Tuesday, November 10, 2009

Sirah - satu keperluan dan pengajaran

Assalamu'alaykum,


alhamdulillah, kekenyangan selepas melantak nasi beriani Shahab yang tersangat banyak (baca: terlebih makan dah ni), dan menyebabkan sel-sel dalam badan terpaksa bekerja lebih. maafkan aku wahai perut, usus kecil, usus besar, hati, pankreas, dan rakan2 sekalian. aku terpaksa habiskan...dan menyebabkan kamu semua (baca: dan diri sendiri) terseksa...



apapun, bukan itu fokusnya hari ini. akan tetapi, satu isu yang menjadi lumrah ketika belajar di sekolah "arab" satu ketika dahulu. 


satu ketika dahulu, mendengar sirah, tidak teruja dan semeriah ketika menjenguk sirah nabawiyah dan sirah sahabat pada saat-saat ini. mungkin kerana penyampaian, dan konteks sirah itu di"kecil"kan, untuk pembelajaran, penghafalan, dan sebagainya.


berbeza dengan saat sekarang, tidak perlu mengingat untuk ditulis kembali dalam kertas peperiksaan, akan tetapi untuk dikongsi, difahami, dan dihayati dalam kehidupan seharian. isu-isu yang tidak dapat dikenal pasti sebelum ini, semakin terserlah dengan sirah yang telah dibaca kini...


rasa merindu (baca: yeke?) pada Ar-Rasul dan para sahabat, melonjak2 dalam hati. kenapa? sebab jalan penceritaan, kaedah penyampaian yang lebih teratur, dan lebih mudah difahami berbanding di zaman "baju seragam" dahulu.


dan insyaALLAH, andai diberikan peluang dan ruang, akan menulis sedikit kisah2 yang rasanya tidak diketahui dulu...

anda setuju?

1 comment:

Unknown said...

mu tulis ku baca.+diambil pengajaran bersama.lalala.diamalkan?samasama?jom.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...