Friday, November 13, 2009

Sejarah Telefon Bimbit

Assalamu'alaykum,

ehem ehem...disebabkan hari ini, terasa kecil hati dengan diri sendiri, dan dengan keadaan hati yang kering kontang, serta mata yang tidak lagi berair, maka entry hari ini nak cerita pasal sejarah my telefon bimbit...dah dah bermula pada tahun 2000...jom...

mula-mula pakai hp, ketika berumur 18 tahun, masa tu dah masuk UTM. masih lagi diingati, ketika itu, antara services yang ada, adalah ADAM, TM Touch, Celcom, Maxis. Digi belum muncul lagi time tu. apatah lagi iTalk dan sebagainya.

so, pada awalnya, nombor yang dipakai, disediakan oleh ADAM, yang sekarang di"telan" oleh Maxis, 017....menggunakan handphone Ericsson, jenis apa ye? jenis ini


kemudian, ianya hilang ketika solat di masjid. memang bengang sangat. tapi tak tahulah..so, beli handphone lain, sama seperti akh Taufiq, hehe..masih ADAM lagi...sebab itu yang paling murah ketika itu...


selepas itu, bertukar kepada Ericsson T18, yang ada flip tu...hehe...sajer nak test. tapi ianya bermasalah, sebab


kemudian, bertukar kepada Nokia 3310, beli dari Irfan Radzi, second hand...and hp tu masih ada di rumah, dah bertukar tangan, semua adik2 nih..hehe...


dan selepas beberapa lama, hp tu diberikan kepada adik, time tu, ringtone ada yang polyphonic, dan mengikut trend semasa, aku bertukar ke hp satu lagi...nokia 2300, kelabu...




dan diri sendiri membeli Nokia 6230, ada kamera...wahhhh...hebat2....dan hp ini dipakai selama 2 tahun...


kemudian, ada artikel mengenai Nokia menyokong kerajaan haram ISRAEL, dan memberikan sponsor, maka, aku bertukar kepada Sony Ericsson, ketika itu dah bernikah, so, sama2 bertukar, isteri dan diri sendiri memakai Sony Ericsson k550i, dan ianya sangat berbaloi...sangat2 berpuas hati dengan hp ini...banyak fungsi, dan sangat bagus...


dan selepas hampir 2 tahun, ia mula membuat "perangai", dan mula hang, dan sukar untuk menekan...so, dua bulan yang lepas, diri sendiri  decide untuk bertukar kepada handphone lain, kali ini, nak mencuba keluaran Malaysia, CSL Blueberry-a


alhamdulillah, ianya sangat best...akan tetapi, adik ipar nak beli sangat, so, jual pada dia, dan beli yang lain, tapi masih CSL, CSL Blueberry-a 500...dan masih ok setakat ini..takde masalah sangat. adalah bengong2 sikit..tapi still, ianya berguna dan bermanfaat...hehe


2 comments:

+akufobia+ said...

aa.tunggu ada duit sendiri,time tu nak beli pondok telefon pun tak kisah.besar.ada bumbung.haha.

zakri said...

cantik gak tu..

tapi nak bawak ke mana pondok telefon tu?

sepuk kang