Monday, September 14, 2009

Panas dan Sejuk

Assalamualaikum,

cuaca di Johor, terutamanya di Skudai panas ketika ini. lebih dua minggu tidak hujan, dan sangat2 panas, terutamanya di tengahari dan petangnya.

Afifah pun dah tidak mampu tidur dengan lena di malam hari. gelisah je...kesian afifah..

anyway, mungkin ianya akan mengganggu sedikit perjalanan dan keselesaan dalam beribadah, lagi2 di hujung Ramadhan yang mulia ini...ada beberapa hari lagi. malam ini, malam ke 25 Ramadhan, dan masih ada 6 malam lagi, sebelum 1 Syawal menjelma.

masih ada peluang untuk memecut dalam amal ibadah..

aduss..kenapalah badanku ini, makin teruk keadaannya? makin sukar rasanya. salah makan? tak cukup vitamin? tak cukup senaman? memang semuanya tak cukup.

sebab apa ye? sebab permakanan? tidak seimbang? atau makanan itu sendiri dah tidak berapa ok? yelah, ayam yang dah disuntik, ikan yang dalam air yang tidak sihat, sayur yang bercampur sikit2 dengan racun, tambah dengan ubat-ubatan, bertambahlah eden punya sakit..

anyway, Ramadhan Kareem!! semoga masih punya waktu untuk memperbaiki diri..

azam, azam, azam...


No comments: