Monday, August 10, 2009

just a little updating thing

Assalamualaikum,

last few weeks ni, agak tidak sihat. dan ianya menyukarkan untuk berprogram ke sana dan ke sini. kenapa? sebab, tak boleh beri komitmen. pada awalnya dah dipersetujui, akan tetapi, akhirnya, tidak dapat hadir. dan ia bukannya satu perkara yang mudah.

kecil hati kawan2. kecil hati orang yang mengharap. kecil hati pada yang menginginkan bantuan. banyak program hujung minggu yang lepas. ada kem kepimpinan, satu modul baru, yang nak sangat pergi, tapi kekangan masa, dan kesihatan. satu program je dapat hadir, moga dapat beri sedikit manfaat. itupun, balik dari program, terus demam, dan alhamdulillah, tanpa buang masa, hari ahad itu juga ke klinik, dan alhamdulillah, beransur pulih. cuma afifah pula yang "didemamkan" untuk menguji ibubapanya...

tapi yang peliknya, demamnya macam teruk, tapi masih lagi aktif, macam tak demam. abi dan ummi yang rasa nak demam jaga dia yang aktif nih...takpelah, itulah dugaan sebagai ibubapa.

apapun, harapannya, agar tahap kesihatan akan lebih mantap lepas ni. supaya hadirnya RAMADHAN dapat dinikmati dengan lebih baik lagi. agar kedatangan RAMADHAN akan lebih tertunggu2 lagi. dan dapat dioptimumkan penggunaan jasmani dan rohai kelak..insyaALLAH...

orait...

*p/s: moga diberi kekuatan untuk beribadah dengan hebatnya di RAMADHAN nanti

4 comments:

Ummu Layth said...

sepatutnya org2 tu tak bleh kecik hati. sakit tu qadar Allah.. kita tak bleh control. kan masa dah janji tu kita dah ckp Insha Allah. habis tu kalau dah Allah tak izinkan, kenapa nak kecik hati/marah.

demam saje takde masalah. bila budak2 demam and lembik tu baru la patut risau. kalau aktif tu maknanya sihat lagi la Insha Allah.

ibnuajmain said...

alhamdulillah...... =)

zakri said...

hehe..memang betul...tapi risau bila aktif sangat, pastu pagi ni dah demam balik...takpe, bagus, at least, die dapat main sikit2 pun ok...

pasal kecik hati: memang tak boleh nak buat apa. lagi2 dah pegang jawatan ni. walaupun faham, tapi mereka pun perlukan bantuan. dieorang tak kecik hati, cuma rasa bersalah dengan dieorang...kita merancang sama2, sama2 bahagi tugas, last2 tak dapat datang...rasa kecewa dengan diri sendiri je..

+akufobia+ said...

sebulan ramadhan bersama afifah.huree.