Friday, August 14, 2009

GIS: Penguna yang tidak tahu

GIS: Penguna yang tidak tahu

Oleh Mohammad Zakri Tarmidi


Contoh Paparan Google Map

Assalamualaikum,


Pernahkah anda mendengar mengenai Google Earth? Atau mungkin, Google Map? Atau biasanya menggunakan WikiMap? Mesti selalu kan? Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi, membolehkan kita mencapai MapKing 2009, atau mungkin Garmin dalam telefon bimbit “pintar” kita. Kecanggihan teknologi yang pelbagai, banyak memudahkan kita dalam mencari maklumat kedudukan, atau dalam bahasa mudah, maklumat geografi sesuatu tempat.

Tapi, pernahkah anda mendengar Sistem Maklumat Geografi? Atau bahasa Inggerisnya, Geographic Information System. Sistem Maklumat Geografi, atau dimasa kini, lebih kepada Sains Maklumat Geografi, adalah perkara yang biasa dalam hidup kita, yang kita tidak menyedarinya.

benar kah?

Sains Maklumat Geografi

Sains Maklumat Geografi merangkumi proses merangka keseluruhan sistem yang akan dibangunkan. Selain itu, ia juga termasuk cara-cara dan kaedah untuk mengambil data, seperti data lot tanah, data bangunan, data jalan, data tiang lampu, data tempat-tempat menarik, dan sebagainya. GIS juga memerlukan kemahiran untuk memasukkan data ke dalam pangkalan data yang dibangunkan. Selain kemahiran meletakkan sesuatu tempat di kedudukan yang betul. Maksudnya, meletakkan jalan, di kedudukan jalan yang betul, berdasarkan sistem koordinat yang betul. Dan selepas keseluruhan proses ini, kita boleh melihat maklumat-maklumat tersebut dalam paparan yang mudah, seperti Google Earth, Google Map, Wikimapedia, Mapguide, ArcGIS, dan sebagainya.

Nampak seperti mudah, tapi keseluruhan proses ini, memakan masa bertahun-tahun untuk disiapkan. Dan sehingga ke hari ini, tidak ada satu sistem pun yang boleh menyatakan sistemnya adalah yang sempurna. Pasti ada kekurangan data, kekurangan fungsi dan sebagainya. Tapi, ianya telah diminimumkan.

Komponen GIS

Sains Maklumat Geografi merangkumi data, perisian, perkakasan, manusia yang menggunakannya, dan juga metodologi atau prosedur-prosedur. tanpa salah satu komponen ini, sesuatu GIS itu tidak boleh berfungsi dengan baik. Dan kebiasaannya, kos untuk data, merangkumi 60 sehingga 80 peratus dari keseluruhan sistem.

Rasanya, selepas ini, sekiranya anda menggunakan GoogleEarth, Google Map, WikiMap, Telefon Bimbit beserta GPS Navigator seperti Map King, Garmin, anda akan terfikir semula, “ooo…ini salah satu dari aplikasi GIS”.

Selamat menggunakan teknologi GIS!


Mohammad Zakri Tarmidi

Jabatan Geoinformatik (GIS)

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi

Universiti Teknologi Malaysia

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...