Monday, August 31, 2009

Renungan Ramadhan 11

Renungan Ramadan 11
Oleh Dr Omar Yaakob

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Kita kini masuk ke malam ke 11 Ramadan. Ini bermakna, kita telah berada di fasa kedua Ramadan. Kita telah meninggalkan fasa "rahmat" manakala kita kini memasuki fasa "maghfirah". Sepuluh hari yang berlalu, kita berharap rahmah, belas kasihan dari Allah. Di hari mendatang, pintu maghfirah Allah terbuka luas menunggu kepulangan hamba-hamba-Nya.

Kita perlu menilai semula, review pencapaian kita. Untuk itu, kita boleh mengambil iktibar dari sebuah kisah yang dinukilkan oleh Sheikh Said Hawa mengenai Al-Hasan bin Abul Hasan al-Bishri. Bahawa beliau ini pada suatu ketika pada bulan Ramadan berjalan melalui satu kelompok manusia yang sedang tertawa sambil bersenda gurau, kemudian al-Hasan berkata:
"Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan Ramadan sebagai bahan ujian yang tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya. Semua orang sama berlumbalumba, atau dahulu-mendahului untuk berbuat ketaatan kepada Allah (SWT). 

Kemudian ada golongan yang dapat mendahului golongan lain, merekalah orang-orang yang beruntung dan berjaya. Sedang golongan lain ada yang tertinggal di belakang dan mereka itulah orang-orang yang menyesal dan merasa mendapat kerugian yang besar. Oleh sebab itu adalah heran seheranherannya ketika saya melihat ada orang yang tertawa, bermain-main pada hari
seperti sekarang ini dalam bulan Ramadan, padahal di saat ini adalah hari sebahagian manusia menjadi beruntung dan berjaya , sedangkan ada sebahagian manusia lainnya yang merasa rugi dan menyesal. Yang berbahagia ialah orang-orang yang mendahului kawan-kawannya untuk mentaati Dzat Yang Maha Pencipta, dan yang merugi ialah orang yang hanya gemar melakukan
kebatilan dan kesia-siaan." 

Setelah melalui sepertiga Ramadahan, eloklah kita berhenti sejenak, menilai prestasi kita dalam sepuluh hari yang telah berlalu. Antara soalan yang boleh kita tanyakan diri kita ialah: 

 Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya kehadiran bulan ramadan yang penuh berkat ini?
 Sudahkah kita cuba sedaya upaya mencantikkan puasa kita?
 Sudahkan kita memastikan anak-isteri-suami dan seluruh keluarga kita sama-sama menikmati keberkatan Ramadan ini?
 Sudahkah kita mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap hari? Jika standard kita ialah satu juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita telah melebihi sepuluh juzuk.
 Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur disempurnakan?
 Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dengan solat tarawih dan berazam untuk meneruskannya ke hujung Ramadan?
 Sejauh manakah Ramadan kita tahun ini lebih baik dari Ramadan yang lepas?

Kuatkan tekad untuk melipatganda amal dan beristighfar atas ketelanjuran kita.

--
Mohammad Zakri Tarmidi
Jabatan Geoinformatik
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi
Universiti Teknologi Malaysia

Sunday, August 30, 2009

Malam 10 Ramadhan

Assalamualaikum,

alhamdulillah, kita masih lagi diberikan kenikmatan nyawa, dan juga kenikmatan mata, otak dan anggota badan yang lainnya...

malam ini, sudah masuk malam ke 10 Ramadhan, bermakna, hari ini akan habis sepertiga Ramadhan yang pertama, dan esok malam, kita akan masuk ke sepertiga Ramadhan yang kedua.

bagaimana prestasi amal kita? tilawah, tarawih, qiamullail...adakah masih mantap, dan maintain? atau sudah "terlopong" sedikit di sana, dan di sini?

dalam tilawah, kita perlu "lebih" sedikit bacaannya, kerana apa? kerana diawal Ramadhan, dengan semangat yang membara, kita mampu menghabiskan dua juzuk sehari, tiga juzuk sehari, akan tetapi, bila disibukkan dengan tugasan, dengan kerja yang sedikit menekan, kita akan "tertinggal" sedikit amalan kita. oleh itu, tidak menjadi masalah andai kita "lebihkan" sedikit amalan kita.

sepertiga Ramadhan yang kedua ini, biasanya ramai yang mula terasa lelah, letih, penat, capek dan sebagainya. akibat tekanan kerja, tempat belajar dan lain-lain lagi. tidak mengapa, kalau terkurang amalan, akan tetapi, simpanlah tenaga untuk memecut di sepertiga Ramadhan yang terakhir nanti. 

andai kata, sekarang ini, terasa kekurangan, lebihkan sedikit. ibarat marathon, awalnya, maintainkan kelajuan, pastikan tidak ketinggalan dengan orang lain..pertengahannya, mula mengorak langkah, mencari strategi baru andai masih tidak dapat memecut laju. dan akhirnya, dibahagian akhir marathon, kita memecut laju, menambah sebanyak2 amalan yang boleh.

akan tetapi, jangan dilupakan ahli keluarga kita, rakan2 kita, sahabat handai kita, saudara mara kita. pastikan mereka juga dapat bersama dalam langkah mengejar penghabisan marathon ini.

semoga amal kita, adalah amal yang dapat menjadikan orang lain juga sama2 beramal...berdakwah dalam beramal, berdakwah dengan amalan!!

Ramadhan, jangan tinggalkan daku!

--
Mohammad Zakri Tarmidi
Jabatan Geoinformatik
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi
Universiti Teknologi Malaysia

Thursday, August 27, 2009

Berada di UTM KL

Assalamualaikum,

hari ini, hari ke enam Ramadhan. dan pasti banyak perkara yang berlaku dalam 6 hari ini. dan sudah 3 hari saya berada di UTM KL.

satu pengalaman baru, mengajar di kerjauhan di bulan Ramadhan. jauh dari kelazatan yang biasa.

bilik kecil, masa yang tak menentu..sedikit menggangu perjalanan ramadhan yang biasa. tilawah dah sedikit tertinggal. adeiii...

apapun, tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan juga. insyaALLAH, semoga diberi kekuatan tambahan dibulan puasa ini, untuk menambah amal...

orait, kuatkan semangat...tapi kat KL ni masa berbuka lambat sikit. pening kepala. kalau di JB dah berbuka, tengok jam, asal tak azan lagi? oooo....aku di KL...

terima kasih pada Hafiz Bai, yang merindui Izznya yang berada di Melaka. pakcik Zakri tak dapat pijak Izz pulak. takpelah. terima kasih kerana berbuka bersama, dan membawa ke masjid negara untuk solat "tawarih" hehe...

petang ni, bersama Urwah, Jubey dan Arizam. semoga perjumpaan ini membawa barakah dan rahmah kepada kami semua.

di atas jalan dakwah, kami berukhuwwah...

Monday, August 24, 2009

Bantulah Ibu, Isteri menambah pahala

Bismillah...

Assalamualaikum,

Ramadhan hari kedua telah melabuhkan tirainya. pesta ibadah masih berlangsung dengan rancak dan meriah di mana-mana. seperti ada keraian besar yang disambut umat Islam seluruh dunia. masing2 cuba mengejar ibadah, mengejar rahmah dan maghfirah yang terkandung dalam bulan
Ramadhan yang mulia ini. dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran, menunaikan solat sunat Tarawih (bukan tawarih seperti ucapan Upin dan Ipin ye), selain menambah solat2 sunat yang lain.akan tetapi, kadang2 kita melaksanakannya, sehingga terlupa kepada kehendak dan kemahuan ibadah orang2 yang terdekat dengan kita. Ibu kita, Isteri kita, adik beradik kita. mereka juga ingin menambah ruang ibadah. akan tetapi, kadangkala disibukkan dengan kerja-kerja rumah, dan juga makan minum anak2. lebih2 lagi anak2 yang baru bertatih dan sibuk meminta macam2 dari ibubapanya.

sebenarnya, perkara ini terlintas ketika melihat sinki dapur yang dipenuhi pinggan mangkuk dan cawan. dan tidak lama kemudian, ibu, isteri, atau adik kita sibuk membasuh pinggan mangkuk dan cawan ini, hingga kadang2 "terpaksa" meninggalkan jemaah tarawih dan bacaan Al-Quran.

Oleh itu, seandainya anda masih mempunyai Ibu, atau Isteri, atau adik beradik perempuan, bantulah mereka sedikit. bahagiakanlah mereka dengan pertolongan kita, membasuh pinggan, mencuci pakaian, malah menjemur pakaian. ini akan memberi sedikit ruang pada Ibu dan Isteri kita untuk sama2 beribadah, menambah pahala dan ketaqwaan dibulan yang mulia ini.
seandainya ada anak2 kecil, boleh diajak bersama membaca Al-Quran, walaupun mereka masih tidak faham, tapi mereka akan dibiasakan dengan bacaan Al-Quran ini, lebih2 lagi dibulan yang shaytan dibelenggu ini.

ayuh, marilah kita bahagiakan isteri, ibu, dan adik beradik perempuan kita dengan membantu sedikit kerja2 rumah, agar mereka mempunyai ruang dan peluang untuk menambahkan ibadah di bulan mulia ini. bukankah dengan membantu mereka itu kita juga akan dapat pahala? dan sekurang2nya, tidak perlu mendengar "ceramah tambahan" dibulan puasa ini.

ayuh, tambahkan amal, kurangkan kemalasan, dan tingkatkan keimanan kita!! Ramadhan ya Ramadhan!

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan dah sampai ke pintu rumah...

Assalamualaikum,

ahlan wa sahlan ya Ramadhan...
selamat kembali ya Ramadhan...
terima kasih ya ALLAH,
memberiku kesempatan ini...
terima kasih kerana masih menghidupkan ku...
terima kasih atas kurnia MU yang banyak ini...

Ramadhan,
aku akan berusaha tahun ini,
agar tidak menjadi seperti tahun2 yang lepas,
agar tahun ini, aku bisa tersenyum,
saat azan maghrib 1 syawal..

Ramadhan,
marilah kita penuhkannya,
dengan amal ibadah,
tingkatkan Iman,
tingkatkan Amal,
tingkatkan Ukhuwwah,

amin, amin, amin ya rabbal alamin...

Friday, August 14, 2009

GIS: Penguna yang tidak tahu

GIS: Penguna yang tidak tahu

Oleh Mohammad Zakri Tarmidi


Contoh Paparan Google Map

Assalamualaikum,


Pernahkah anda mendengar mengenai Google Earth? Atau mungkin, Google Map? Atau biasanya menggunakan WikiMap? Mesti selalu kan? Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi, membolehkan kita mencapai MapKing 2009, atau mungkin Garmin dalam telefon bimbit “pintar” kita. Kecanggihan teknologi yang pelbagai, banyak memudahkan kita dalam mencari maklumat kedudukan, atau dalam bahasa mudah, maklumat geografi sesuatu tempat.

Tapi, pernahkah anda mendengar Sistem Maklumat Geografi? Atau bahasa Inggerisnya, Geographic Information System. Sistem Maklumat Geografi, atau dimasa kini, lebih kepada Sains Maklumat Geografi, adalah perkara yang biasa dalam hidup kita, yang kita tidak menyedarinya.

benar kah?

Sains Maklumat Geografi

Sains Maklumat Geografi merangkumi proses merangka keseluruhan sistem yang akan dibangunkan. Selain itu, ia juga termasuk cara-cara dan kaedah untuk mengambil data, seperti data lot tanah, data bangunan, data jalan, data tiang lampu, data tempat-tempat menarik, dan sebagainya. GIS juga memerlukan kemahiran untuk memasukkan data ke dalam pangkalan data yang dibangunkan. Selain kemahiran meletakkan sesuatu tempat di kedudukan yang betul. Maksudnya, meletakkan jalan, di kedudukan jalan yang betul, berdasarkan sistem koordinat yang betul. Dan selepas keseluruhan proses ini, kita boleh melihat maklumat-maklumat tersebut dalam paparan yang mudah, seperti Google Earth, Google Map, Wikimapedia, Mapguide, ArcGIS, dan sebagainya.

Nampak seperti mudah, tapi keseluruhan proses ini, memakan masa bertahun-tahun untuk disiapkan. Dan sehingga ke hari ini, tidak ada satu sistem pun yang boleh menyatakan sistemnya adalah yang sempurna. Pasti ada kekurangan data, kekurangan fungsi dan sebagainya. Tapi, ianya telah diminimumkan.

Komponen GIS

Sains Maklumat Geografi merangkumi data, perisian, perkakasan, manusia yang menggunakannya, dan juga metodologi atau prosedur-prosedur. tanpa salah satu komponen ini, sesuatu GIS itu tidak boleh berfungsi dengan baik. Dan kebiasaannya, kos untuk data, merangkumi 60 sehingga 80 peratus dari keseluruhan sistem.

Rasanya, selepas ini, sekiranya anda menggunakan GoogleEarth, Google Map, WikiMap, Telefon Bimbit beserta GPS Navigator seperti Map King, Garmin, anda akan terfikir semula, “ooo…ini salah satu dari aplikasi GIS”.

Selamat menggunakan teknologi GIS!


Mohammad Zakri Tarmidi

Jabatan Geoinformatik (GIS)

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi

Universiti Teknologi Malaysia

Monday, August 10, 2009

just a little updating thing

Assalamualaikum,

last few weeks ni, agak tidak sihat. dan ianya menyukarkan untuk berprogram ke sana dan ke sini. kenapa? sebab, tak boleh beri komitmen. pada awalnya dah dipersetujui, akan tetapi, akhirnya, tidak dapat hadir. dan ia bukannya satu perkara yang mudah.

kecil hati kawan2. kecil hati orang yang mengharap. kecil hati pada yang menginginkan bantuan. banyak program hujung minggu yang lepas. ada kem kepimpinan, satu modul baru, yang nak sangat pergi, tapi kekangan masa, dan kesihatan. satu program je dapat hadir, moga dapat beri sedikit manfaat. itupun, balik dari program, terus demam, dan alhamdulillah, tanpa buang masa, hari ahad itu juga ke klinik, dan alhamdulillah, beransur pulih. cuma afifah pula yang "didemamkan" untuk menguji ibubapanya...

tapi yang peliknya, demamnya macam teruk, tapi masih lagi aktif, macam tak demam. abi dan ummi yang rasa nak demam jaga dia yang aktif nih...takpelah, itulah dugaan sebagai ibubapa.

apapun, harapannya, agar tahap kesihatan akan lebih mantap lepas ni. supaya hadirnya RAMADHAN dapat dinikmati dengan lebih baik lagi. agar kedatangan RAMADHAN akan lebih tertunggu2 lagi. dan dapat dioptimumkan penggunaan jasmani dan rohai kelak..insyaALLAH...

orait...

*p/s: moga diberi kekuatan untuk beribadah dengan hebatnya di RAMADHAN nanti

Sunday, August 02, 2009

An Hour at Hospital Sultanah Aminah, JB

Assalamualaikum,


malam semalam, ghazi kegatalan yang amat sangat, naik bintat satu badan, dan mengikut kata adik, Dr Hanif, ia merbahaya kerana ada kemungkinan ia akan menjangkiti paru2, oleh itu kami berempat ke wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah, kerana ghazi memerlukan suntikan, yang pernah diambil di klinik, dan hasilnya, tempat suntikan itu, bernanah, dan perlu dikorek, beberapa kali. oleh itu, untuk mengelakkan kejadian yang sama, kami ke wad kecemasan, dan sampai lebih kurang jam 10.30malam, dan sampai ke rumah semula, jam 1 pagi

Zon Hijau

Ramai orang menunggu, ada dalam 100 orang

muka pesakit = ghazi

mak yang risaukan anaknya...

penulis ngada2 pakai mask mulut..haha


Saturday, August 01, 2009

photoshoot pertandingan memancing di UTM

Assalamualaikum,

pagi tadi ke klinik UTM, tiba2 terperasan ada ramai orang tepi tasik.. pelik, ada apa hari sabtu ni? dan rupanya ada pertandingan memancing, apa lagi, keluarkan kamera, and setting, and then? snap jelah...