Thursday, July 16, 2009

Tambang Bas, Teksi Naik!!

Assalamualaikum,

hari ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa tambang bas dan teksi akan naik, bermula 1 Ogos 2009.

tambang teksi akan naik dari RM2 kepada RM3 untuk minit yang pertama, tambahan 10 sen akan dikenakan bagi setiap 115 meter perjalanan. dan kenaikan tambang bas antara 22%- 30% bergantung kepada jenis bas, dan bas berhawa dingin atau tidak.

akan tetapi, yang kurang pasti, ada salah seorang pengusaha mengatakan, sepatutnya, kenaikan adalah 10% setiap tahun, dan sehingga kini, sudah 5 tahun tiada kenaikan, dan sepatutnya kenaikan adalah 50%.

wahhh...hebat!!!...kenapa tidak keluarkan kenyataan ini "awal" sedikit sebelum keputusan Manek Urai diumumkan pada dua malam lepas? kalau keluar awal kan, pasti impaknya lebih bagus, bukan sekadar 65 sahaja bezanya...pandaikan mereka? mestilah, sebab tu mereka berada di kerusi panas "itu"...

kebajikan siapa yang perlu dijaga? entah...

*p/s: teringat kisah Muhammad Al-Fateh, ketika dia ingin menakluk Konstatinopel, dia meragui dirinya, kemudian, apabila dia turun kepada masyarakat, masyarakatnya seperti masyarakat kita ketika ini. dan dia mengeluarkan arahan untuk menjaga kebajikan masyarakatnya, dan tenteranya..dan alhamdulillah, ianya berjaya, dan akhirnya, dia ditakdirkan sepertimana hadith Ar-Rasul tersayang: Kota Konstantinopel akan ditakluk oleh Pemerintah yang baik, tentera yang terbaik dan masyarakat yang terbaik...

wallahualam..tidak terbanyang kebaikan masyarakat itu, dengan keadaan masyarakat kita yang sebegini...dan diri ini yang sebegini...astaghfirullah...

2 comments:

et said...

mahalnyer!! mcmn la lps ni..huhuuu~

zakri said...

itulah pasal...

tapi kene g check dulu tanya...

hehe