Friday, June 19, 2009

Jaulah Penang

Alhamdulillah,

sekarang berada di Penang. nak upload gambar ke? mmm....jap jap...takde..


anyway, satu perjalanan yang mengasyikkan, dan memberikan sedikit lagi pengalaman hidup, untuk mengharungi kehidupan dengan lebih baik lagi...

pernah tak ingat cerita Newton dan epal? bila epal tu jatuh, dia diberikan "akal" oleh ALLAH swt untuk memikirkan tentang graviti. kalau time tu, kita yang duduk bawah pokok tu? "oohhh...epal, sedap nih....nyum nyum..." tapi insyaALLAH kita lebih lagi dari kebiasaan itu kan?

sama juga sepertimana jaulah, perjalanan, ke mana-mana pun. walaupun cuma rehlah ke sungai berdekatan rumah. kalau ianya sekadar jadi rehlah, dapat bertemu rakan2, maka itulah yang akan didapati, akan tetapi, sekiranya ia pandang dan direnung, maka insyaALLAH, perjalanan yang singkat itu, akan menjadi satu pengalaman hidup yang sangat baik..

maka, insyaALLAH, dalam perjalanan kali ini, banyak yang dapat diambil. selepas sekian lama tak naik flight, naik flight (free lagi, guna UTM punya pakej). dan perjalanan melihat sambil belajar makhluk2 yang ada di sini...

dan paling best, dapat melalui jalan balik pulau, dan pusing mengelilingi satu pulau dalam masa 3 jam sahaja. pusing round the island...dan alhamdulillah, dapat melihat sedikit sebanyak pembangunan yang "didiamkan" pihak atasan M-sia. dan juga, dapat melihat di pagi hari ini, akan mungkin bencana, mungkin malapetaka, atau mungkin ujian dari ALLAH, JEREBU yang teruk.

Alhamdulillah, semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita. selepas beberapa lama "berehat" dari ujian ini, hingga terleka sedikit. ini adalah isu masyarakat, adalah isu kebajikan....maka? jadilah orang yang menjaga kebajikan....

wassalam...nak tulis banyak lagi, tapi, terkejar masa lagi... =)

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...