Friday, May 15, 2009

SELSEMA BABI sampai ke MALAYSIA - sebarkan

Assalamualaikum,
langkah berjaga-jaga...
dari laman web kementerian kesihatan Malaysia. link disini
Selesema A(H1N1) [Influenza A(H1N1)] (15 Mei 2009)  

15/05/2009 : Kes pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia. Kementerian Kesihatan menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA pada 13 Mei 2009 jam 7.15pagi supaya menghubungi talian 03-88810200/03-88810300


Bermula 30 April 2009 pihak WHO secara rasmi menamakan wabak ini sebagai wabak influenza A(H1N1) dan bukan lagi wabak swine flu atau selesema babi. Tahap amaran wabak masih pada fasa 5.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan. 

Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan bagi memantau situasi wabak Selesema A(H1N1). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 atau email kepada cprc@moh.gov.my  

=========================================
Kes pertama selsema babi di Malaysia
Harakahdaily 
Fri | May 15, 09 | 2:13:05 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa seorang pelajar berusia 21 tahun menjadi mangsa pertama dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara ini
   
"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican yang dipetik daripada laman web.

"Ini merupakan kes yang pertama influenza A (H1N1) dikesan diMalaysia."

Pelajar itu, dipercayai dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

"Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.

Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarga beliau dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Kementerian juga meminta semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut supaya menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut: batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi tujuan siasatan dan pemerhatian. - azm _



1 comment:

Unknown said...

dia datang.dengan lengganglenggoknya.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...