Wednesday, May 20, 2009

Isu Kesihatan?

Assalamualaikum,

alhamdulillah, dapat gak akhirnya menaip dengan idea yang tiba2 nak datang ni...selalu ada idea, tapi disampingkan terlebih dahulu kerana kekangan kerja, dan sebagainya (ni alasan semata2)

isu kesihatan? mmm...rasanya satu isu yang agak besar pada semua orang. lebih2 lagi pada para pendakwah. kenapa? sebab, pendakwah merupakan role model, ataupun idola kepada orang yang didakwahkan...

bayangkan, kita nak buat program, tak kiralah apa jua pun, tapi kita tak sihat. perancangan dah macam2, disusun rapi, tapi disebabkan kesihatan kita tidak memberangsangkan, maka ianya menganggu keseluruhan program. tidakkah menjadi masalah sekiranya ia melibatkan tarbiyah kepada orang lain? maka, oleh itu, cubalah kita mempersiapkan diri kita, dari segi kesihatan, insyaALLAH, kita akan lebih bertenaga untuk berdakwah. orang yang biasa meningkatkan stamina dengan berjoging, dengan beriadhah, dengan bermain sesuatu, niatnya kerana ALLAH, insyaALLAH, ianya lebih baik berbanding dengan sahabat kurang atau tidak bersenam. 

akan tetapi, tidak dipersalahkan, sekiranya tiba2 "tersakit" ketika itu, kerana itu adalah tarbiyah pada diri, dan peringatan untuk diri sendiri pada masa depan.

"Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, atas orang-orang yang sakit dan atas orang-orang yang tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada jalan sedikit pun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (At-Taubah:91)

entry ini khas buat diri sendiri, dan peringatan buat diri sendiri, moga kesihatan yang ALLAH bagi, akan dijaga dengan baik, untuk kebaikan bersama. 

contribute buat Umayr dan Iswan yang anak mereka masuk wad minggu lepas, moga ALLAH mengampunkan dosa, dan menjadikan ini sebagai ujian dan dugaan untuk memperkuatkan diri dan hati untuk menerima tarbiyah dari ALLAH ini. moga kekuatan hati, akan dijelmakan dalam dakwah dan tarbiyah yang lebih hebat dan mantap...insyaALLAH....

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...