Thursday, May 07, 2009

INDUSTRI BARU BERKAITAN ROKOK

Assalamualaikum,

alhamdulillah, ada isu nak update, hehe...

perasan tak, (rasanya ramai tak perasan), kotak rokok di Malaysia baru-baru ini, ditambah sedikit info, selepas amaran pihak kerajaan di tepi kotak rokok itu (AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN). info yang baru adalah gambar2 penyakit yang didapati apabila seseorang itu merokok.

lalu, di depan kotak rokok (ulang, depan kotak rokok), ada gambar penyakit seperti kanser mulut, gambar jantung perokok (yang dah mati), gambar bayi yang berpenyakit dan sebagainya. 

lalu, gambar ini memberikan "sedikit" keinsafan kepada para perokok, dengan hati sedikit terasa, atau lebih tepat, kecil hati dengan gambar yang dipaparkan. lebih-lebih lagi kepada para perokok yang punya anak kecil, yang sudah pandai bercakap. kerana anak kecil tadi akan bertanya dengan nada kurang menyenangkan: "abah, buruknya mulut orang ni", "eee.....apa ni ayah?", "nanti jantung papa jadi macam ni eh? eeee....gelinya"

lalu abah, ayah, papa, dada ini terasa hati, lalu mula mencari jalan untuk "tidak melihat" gambar2 tersebut. lalu, muncul satu industri baru dalam bidang perokokan, iaitu industri penjualan kotak penyimpanan rokok yang lebih canggih. rokok2 yang dibeli daripada kotak2 rokok "bergambar", ditransfer ke dalam kotak rokok yang baru. 

lalu, industri ini berkembang, malah ada yang menjadi seperti MLM, dijual di pejabat, kepada rakan taulan dan sebagainya. lalu, dimanakah rasional gambar tadi? 

rasionalnya, ia masih memberi kesan, tapi otak dan akal manusia lebih ligat mencari jalan penyelesaiannya. gambar itu masih berkesan, kerana tanpa gambar, industri "pengkotakkan rokok" tidak akan maju seperti sekarang. tahniah kepada kerajaan. kerana berjaya menyedarkan para perokok, walaupun hanya sebentar. moga usaha yang kecil, akan mendapat keredhaan dari ALLAH, atas usaha yang kecil. 

sekurang-kurangnya, orang yang tidak mampu "mengkotakkan" rokok mereka, akan terus menerus melihat "penggambaran" sebenar akibat rokok, dan lebih "dekat di hati" para perokok tegar ini. dan seterusnya, dengan doa-doa orang ramai, dan insyaALLAH soleh, akan membuka hati mereka untuk  "memberhentikan" tabiat merokok ini...insyaALLAH....

semoga berjaya kepada semua!

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...