Monday, December 15, 2008

PERJALANAN YANG TERASING

Assalamualaikum,

setelah dua hari mengharungi perjalanan menemani Zaid Omar yang melangkah ke alam yang baru, terasa kelelahan dan kepenatan yang agak tinggi tahapnya...

akan tetapi, dalam masa dua hari perjalanan, terdapat bermacam perkara yang dapat diambil iktibar. seolah2, ALLAH masih lagi menyayangi diri ini, dengan "memberikan" tazkirah cara mudah...

pertamanya, ketika sampai ke puduraya, hujan renyai2, dengan laptop yang dikhuatiri dibasahi air hujan, dengan keadaan pudu yang sedikit banjir, menyukarkan sedikit perjalanan ke PUTRA LRT. terasa seperti tergugat sedikit, lalu bertanya pada hati, "kenapa aku ke sini?"

dalam kesibukan manusia ke hulu hilir dalam KLCC, satu lagi ujian diberikan. sepatutnya, aku perlu bertanya kepada mana2 manusia yang nak ke PC Fair, namun, aku tidak lakukan. malah, aku cuma keluar dari Suria KLCC, dan melihat keindahan tasik dan suasana di luar Suria. kenapa aku tidak bertanya sahaja kepada orang lain, lalu ke PC Fair? aku sendiri tidak mengetahui jawapannya. mungkin ALLAH tidak mahu aku bersama2 kesibukan manusia yang lain. lalu aku menghabiskan masa di situ.

kemudian, dalam perjalanan pulang ke JB, dalam PUTRA LRT daripada Jelatek ke Masjid Jamek, satu lagi insiden yang tidak disangka2. daripada insan yang juga tak disangka akan buat begitu. 

pertamanya, ada dua orang couple, sudah berkahwin mungkin (aku ingin bersangka baik), yang lelaki sibuk bermain PSP, dan perempuannya, syok melayan lelaki tersebut bermain PSP. ketika sampai di satu stesen, ada dua orang ibu, bersama anaknya yang kecil, masuk ke LRT, si anak kecil berkata kepada ibu "ibu, nak duduk", mungkin kepenatan barangkali, setelah penat berjalan. dan tidak semena-mena, couple tadi bangun, lalu memberikan tempat duduk kepada dua orang ibu tersebut. 

"Alhamdulillah, masih ada perasaan sayang kepada sesama manusia lagi mereka ini" bisik hatiku sambil tersenyum. satu budi yang rasanya, kalau ditanya pada diri aku sendiri, mampu ke aku lakukan seperti itu. atau aku leka dengan permandangan Kuala Lumpur yang mengasyikkan.

kemudian, insiden kedua, ketika dua orang ibu tadi, turun pada stesen2 berikutnya, ada seorang lelaki, tanpa ragu2, duduk, dan duduk di tengah2 kerusi yang tiga, dalam keadaan yang tergesa2, gaya seperti foreigner, lalu aku beristighfar...manusia seperti ini, memang sentiasa ada..


======================


apapun, apa yang dapat aku pelajari, masih ada benda yang manusia ini perihatin. dan peringatan kepada diri aku sendiri. adakah aku lakukan "akhlak2" seperti itu? atau aku pun sama, berebut2 nak kerusi, agar punggung aku selesa melekat tanpa perlu melenguhkan kaki?

masih banyak "AKHLAK2 MULIA" yang perlu aku praktikkan...sebagai manusia, sebagai seorang muslim, sebagai daie (mungkin), sebagai ayah, anak, dan sebagainya...

adakah aku mampu? insyaALLAH aku mampu, cuma perlu berdikit2...

amin....

2 comments:

It4Ch1 said...

kalau tanak sesak2. time ada pc fair. pegi je jalan imbi.

Zakeri said...

memang tak nak pegi pun...saje nak jumpa salman, pastu berambus ke rumah die...takde niat pun nak pegi

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...