Tuesday, December 30, 2008

2008's Conclusion?

Assalamualaikum,

tahun 2008, terlalu banyak perkara yang terjadi, dan insyaALLAH, dalam post kali ni, saya akan menyenaraikan beberapa perkara penting yang terjadi sepanjang 2008...bukan pada dunia, tapi dunia diri sendiri....

Januari 2008
- bertungkus lumus siapkan master projek, dalam masa sama, siapkan projek Batu Pahat and Kulai. pening kepala. officemate sorang berenti keje. 
- program Outdoor r2j2 yang sangat2 hampeh. as a pengarah program, we didn't manage to handle the program as pakcik2 expectation...yeah, they want a program such as mukhayyam like sekolah2 style, tapi kita dah adapt with uni style, its totaly different..anyway, dah settle pun...
- arwah cik lan, suami kepada adik mak meninggal dunia. ayah naik bus dari KL, kami dari JB naik bas ramai2...sedih sangat. sebab that evening, kami hantar anak bongsu arwah balik ke kuantan, rupa2nya, kami semua pun ikut balik...arwah dikebumikan kat terengganu...

Februari 2008
- first time pegi test SPA, untuk jawatan PTD - pegawai tadbir dan diplomatik - salah satu cara untuk jadi duta ke negara2 luar..haha...tapi tak pass pun, susah giler..pastu banyak sangat soalannya...

Mac 2008
- Hantar tesis. kene bagi 5 salinan lagi...huhu
- 26 hb presentation yang teruk kene tanya, teruk kene hentam dan sebagainya...

April 2008
- tak banyak perkara berlaku...actually, takde yang penting..huhu

Mei 2008
- 4 hb ada program KBM untuk staff IMAN, so, sebagai suami, kene join sekali...and last program, pengendali program, doakan untuk kesejahteraan ummi dan anak yang dikandung...
- Farahiyatul Afifah dilahirkan pada 10 Mei 2008. Alhamdulillah...tapi Tok Ayah takde, die ke Palembang hari yang sama

Jun 2008
- 2 hb daftar diri sebagai tutor di UTM, jabatan geoinformatik...at last, doa dan harapan yang diangan-angankan menjadi kenyataan....alhamdulillah...
- ulang tahun pertama perkahwinan...huhu...

Julai 2008
- interview sekali lagi untuk UTM, tapi tak penting pun. anyway, patutnya ke Seminar NGIS 2008, tapi nampaknya tak payah...alhamdulillah...tak payah tinggalkan ummi....tak habis pantang pun lagi...

Ogos 2008
- 16 Ogos, tarikh Konvokesyen untuk Msc IT-Management yang telah bertungkus lumus selama 2 tahun.
- 18 Ogos bergambar KOnvo sekeluarga, gambar terakhir arwah ayah yang sedikit berlainan perangainya dari kebiasaan.
- 29-30 hb pergi ikut lawatan pelajar ke Pulau Pinang. balik 3 hari sebelum ayah meninggal

September 2008
- awal Ramadhan, 2 Ramadhan, Ayahanda tercinta meninggal dunia...terasa gelap dunia bila terdengar khabar tersebut...semua adik beradik balik, kumpul. tapi tak lama. seminggu je. tinggallah berlima....
- setiap hari, teman ibunda terchenta melawat kubur ayahanda..

Oktober 2008
- Eid Fitri tahun ni paling sedih. perancangan nak balik terengganu terbatal terus. beraya di rumah sahaja.

November 2008
-anak Maliki dilahirkan. 

Disember 2008
- 10 Disember, Mus'ab bin 'Umayr dilahirkan...hehe
- 13 hb pergi kenduri Zaid and Manihah kat KL, majlis belah perempuan di Dewan Taman Sri Keramat, depan rumah sewa lama di KL dulu...kenangan lama tuh..
- 27 hb kenduri zaid di Johor. Afifah jatuh katil pagi tuh. nangis2 kuat. ummi belajar memandu, abi je yang kelam kabut...huhu
- 28 hb Zaki Afifi wedding pulak. 

---------------------
banyak perkara yang terjadi, tapi tak banyak yang dapat dicoretkan.ada yang hilang dari ingatan...huhu....

anyway, semoga tahun 2009 akan membawa sinar harapan yang lebih banyak dalam kehidupan, dan semoga jauh lebih baik dari tahun2 sebelum ini....aminnn....

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...