Wednesday, November 05, 2008

kubur masing2

assalamualaikum,

satu istilah, yang sering digunakan apabila kita menegur orang lain, akan tetapi, orang yang ditegur, tidak mahu mendengar nasihat.

"ala, kubur masing2..."

ada ke pernah terfikir, kita mula hidup, perlukan orang lain, ibu yang meneran, melahirkan kita. kemudian, nurse, atau doktor yang menyambut, memudahkan untuk kita dilahirkan. dipotong tali pusat, kan orang lain yang buatkan?

ibu yang bagi susu, takkan kita minum sendiri? belajar, orang yang ajarkan, bercakap, daripada pendengaran, dan pelajaran dari persekitaran sekeliling. kan semuanya perlu orang lain?

bahkan, kadang2 yang ditegur, sedang berchentan-chentun, bercouple, tapi bila ditegur, dia cakap "ala bang, kubur masing2...", laaa....kan sebelah awak tu, orang lain gak...

nanti dah mati, ada orang tolong mandikan, kafankan, kebumikan...takkan nak mandi sendiri? nak kapan sendiri? hebat...bahkan syaitan yang "membantu" penyesatan kita pun tak tolong...lepas tu, masuk kubur sendiri? takde orang bawakan?

paling best, nak kambus kubur sendiri? kubur masing2 lagi ke? mmm....


nasihatkanlah kamu, sebelum kamu tak sempat dinasihatkan...hehe

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...