Monday, September 22, 2008

buat ayah

assalamualaikum,

khas buat ayahanda tercinta,
Haji Tarmidi bin Haji Tamsir
1 ramadhan 1373 - 2 ramadhan 1429

============
assalamualaikum,

ayah,
dah 20 hari ayah pergi,
dah 21 hari kami berada dalam ramadhan tahun ini,
tapi ramadhan kami, tak sama seperti sebelum ini,
ramadhan tahun ni, suram sekali,

ayah,
setiap hari, pasti ayah akan kembali,
dengan senyuman, sambil memanggil afifah,
tak sempat nak buka baju,
tak sempat nak duduk,
pasti afifah yang ayah cari dulu,

ayah,
zakri terasa penat sangat,
seperti tak tertanggung beban dan tanggungjawab yang ayah tinggalkan,
walaupun tanggungjawab bukan pada zakri,
tapi zakri kene pikul semua ini,

ayah,
adik2, ada lima orang lagi tak habis belajar,
masih panjang perjalanan mereka,
masih jauh penamat mereka,
tapi zakri yakin,
mereka akan tunaikan janji mereka pada ayah,
pastikan ijazah tergenggam erat ditangan mereka nanti,

ayah,
ramadhan tahun ini suram sekali,
tiada tilawah sebelah malam beramai2,
tiada pergi tarawih bersama2 satu kereta,
tiada qiamullail mengejut kami dipagi hari,
ramadhan tahun ini, jauh dari jangkauan kami...

ayah,
mak rindukan ayah,
setiap waktu solat, mak akan doakan ayah,
kami juga doakan ayah,
kami juga rindukan ayah..

ayah,
maafkan zakri, andai tidak menjadi anak yang soleh,
maafkan zakri andai tidak mampu menggalas tugas seperti ayah,
banyak tanggungjawab ayah,
sebagai ketua keluarga,
sebagai ahli masyarakat,
ketua badan kebajikan,
ahli rukun tetangga,
zakri tak habis lagi mengenal jiran2,
zakri tak mampu jadi macam ayah...lagi..
tapi insyaALLAH, nanti zakri boleh...

ayah,
zakri harap, kubur ayah menjadi salah satu taman2 syurga ALLAH,
zakri harap, ayah tidak risaukan kami lagi,
walaupun pedih, terluka hati kami,
tapi kami tetap akan teruskan kehidupan ini..

ayah,
insyaALLAH, kami akan sentiasa melawat ayah,
hari ini, esok, lusa,
minggu ini, minggu depan,
ayah doakan kami sejahtera...

moga ayah akan sentiasa dicucuri rahmat...
"dan kami menguji kamu dengan sedikit daripada ketakutan, kelaparan, dan kehilangan harta, jiwa dan buah-buahan. berilah berita gembira kepada mereka yang bersabar"
al-baqarah:155

moga kami menjadi orang2 yang sabar...

aminnn

1 comment:

Urwah bin Saari said...

Salam zak.
Sayu hati ana bila baca puisi anta ni.Jelas ia datang dari hati yg tulus.
Moga anta banyak bersaba n moga ayahanda diberikan tempat selayaknya disisi Allah.