Thursday, August 21, 2008

Remembrance Of al-Quds (ROQ 08)

Ada apa dengan 21 Ogos 2008?

Ada! Genap 39 tahun Masjid Al-Aqsa yang mulia telah dibakar oleh Dennis Micheal Rohan, warga Australia yang menganut agama Yahudi.

Aku kongsikan bahan edaran sempena ulangtahun yang akan berlangsung esok. Ayuh, sebarkan mesej kemanusiaan. Buktikan solidariti umat manusia sejagat dalam mempertahankan kiblat pertama umat Islam itu.

Hakcipta tidak terpelihara. Demi Allah Ta'ala dan Rasul-Nya.

Seperkara lagi. Ayuh berpakaian serba hitam pada hari ini. Bukan sebagai manifestasi perkabungan (entah wujud ke tidak istilah ini?), sebaliknya simbol kegelapan. Kegelapan yang mendamba sinar. Kesedihan yang menyelebungi. Inilah yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Saban hari dilayan tidak ubah seperti haiwan oleh puak Israel yang sarat nilai kebinatangan.

Cahaya itu pasti datang. Segalanya terpateri di dalam ayat-ayat Tuhan. Siapa lagi yang paling mengotakan janji, melainkan Allah Ta'ala.

Selain itu, berpakaian hitam beramai-ramai akan mewujudkan suasana yang signifikan. Maka ambillah peluang untuk menyebarluaskan mesej kemanusiaan ini.

Setakat itu sahaja niat berpakaian hitam untuk beramai-ramai. Bukan kerana berkabung lalu menurut kepercayaan agama lain atau mempromosikan black metal, apalagi meraikan hal-hal yang bertentang syarak.

Cepat, selongkar almari anda sekarang. Atau pergi basuh baju.

Berpadu jiwa mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Al-Quds, kami senantiasa bersamamu! Mari menyumbang kepada rakyat Palestin. Sumbangan boleh disalurkan ke:

Akaun Maybank 562209608847 atas nama “Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia” (Sila fakskan bank-in slip pembayaran ke 03-4107 1754)

atau

Pembayaran krediti card secara online melalui laman sesawang di bawah
http://www.jim.org.my/e-bazaar/index.php?main_page=product_free_shipping_info&cPath=3&products_id=27&zenid=90






===========
artikel di atas di"curik" daripada laman blog sahabat saya, dhany sarip

1 comment:

malaysia baru said...

Sahabat kita yang kita kasihi, Akhi Tarmidi bin Tamsir telah kembali kepada Allah pada selepas Subuh hari Selasa, 2 Ramadan 1429 (2 September 2008), di kebumikan di Perkuburan Kg Melayu, Kangkar Pulai, Skudai selepas Zuhur.

Semoga Allah mengampunkanmu, menerima segala amal dan dakwahmu selama ini dan mengurniakan kebahagiaan di alam barzakh sementara menanti hari kiamat dan di akhirat nanti. Amin.

Bagi kita yang masih tinggal, teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia via dakwah.

Kepada Zakri dan keluarga: Takziah dan kita semuanya turut bersedih dengan kewafatan Akhi Tarmidi.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...