Monday, July 28, 2008

Afifah at hutan Bandar MPJBT

Assalamualaikum

last saturday, me and my family jalan2 kat hutan bandar mpjbt, so, this is the pic..lets the pic tell the story




this one, afifah sibuk nak bercakap....haha..layan jelah

Friday, July 25, 2008

tag by my lovelywife...

salam,

ini tag daripada my wife...wanie...

1) 1st time naik kapal terbang
13 years old, masa tu, baru pindah jb, nak pegi sekolah kat klang..naik dengan mak tersayang...

2) 1st time beranak
err...."beranak?" kalau lelaki, beranak dari kecik lagi...masuk lubang tandas..hahahah (tak senonoh!!)

3)1st time gi overseas
singapore kira kan? err...tahun 2005 kot...ada class trip to singapore

4)1st time duduk jauh drp family
tingkatan satu, dok asrama kat klang, my family kat jb

5)1st time kerja....
after school...jadi promoter kat kamdar...haha...kenangan tak berapa nak indah...

6) 1st time rasa diri gemuk
after grad, 2005...sebab nak naikkan badan, so, makan 'agak' banyak...

7)1st time bercinta?
kecik2 lagi dah pandai..tapi masa tu dengan mak and ayahlah...hehe

8)1st time rasa diri cantik??
cantik ke? takde arr...no no no....my wife cantiklah..hehe

9)1st time masuk cinema
belum pernah lagi...lalu depan cinema selalu...hahaha

10) 1st time admitted in hospital
masa lepas lahirlah...lahir kat rumah kampung, pastu g hospital, checking..haha...ooo..tak kira eh? ok ok...masa darjah 3, akhir tahun, kene rheumatic fever...no futher comment..

------------
dengan ini, saya meng'tag' encik zaid, yeop mayuru, ihsan, hafiz bai, dhany sarip...ok kot...

Monday, July 21, 2008

Zikir dan fikir

assalamualaikum,

alhamdulillah, bertemu lagi hari isnin yang indah...walaupun cuaca sedikit mendung, dengan hujan turun renyai2, akan tetapi, ia tetap indah...setiap hari adalah hari yang indah, sekiranya kita berfikiran begitu...

anyway, dalam surat khabar semalam, ada menyebutkan mengenai zikir, yang menjadi sentaja bagi setiap muslim. so, saya ingin berkongsi artikel tersebut dengan pambaca budiman sekalian..

------------------------

Berzikir senjata mengatasi iblis

Ibnu Jauzah menggambarkan pertarungan diantara manusia dengan syaitan dengan kata-kata indah: "ketahuilah, sesungguhnya hati itu laksana satu benteng yang di atasnya dikelilingi oleh pagar. pada pagar itu ada pintu dan celah. penghuninya adalah akal dan malaikat yang mengawal benteng itu. di sekitarnya ada 'rabadh' iaitu tempat yang dihuni oleh hawa nafsu syaitan juga menempatkan ruang itu tanpa rintangan"

begitulah pertaryngan antara akal dan nafsu, syaitan dan keimanan, yang tidak pernah berhenti sejak terciptanya manusia. kelicikan syaitan merayu manusia sungguh hebat. malah, makhluk Allah yang derhaka itu diberi kelebihan mampu mengubah cara, taktik, strategi dan bentuknya sesuai dengan keadaan manusia. Ar-Rasul s.a.w bersabda:

"sesungguhnya syaitan berjalan pada manusia di pembuluh darah" (riwayat bukhari dan muslim)

seseorang bertanya pada Hassan Al Basri: "adakah iblis tidur?" beliau menjawab: "jika dia (iblis) tidur, dapatlah kita beristirehat".

bagaimana kita dapat menyelamatkan diri daripada syaitan yang menyesatkan ini? senjata paling ampuh ialah berzikir. Ibn Abbas berkata, syaitan itu seperti virus penyakit di hati manusia. apabila manusia lalai dan lupa, syaitan beraksi dan apabila manusia ingat kepada Allah, ia menyorok.

sebuah hadith ada menerangkan mengenai nabi Yahya menyuruh Bani Israel melaksanakan zikir: "aku perintahkan kamu semua supaya berzikir pada Allah, kerana sesungguhnya orang yang banyak berzikir adalah seperti seseorang yang dicari jejaknya oleh mush yang begitu cepat. sehingga dia sampai ke benteng yang kukuh, dia berlindung diri daripada musuhnya di dalam benteng itu"

demikian juga seseorang hamba tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada syaitan kecuali dengan berzikir kepada Allah. begitulah kekuatan zikir dalam mengatasi segala tipu daya iblis dan syaitan yang direjam.

ingatan manusia pada ALLAH adalah pendinding paling kukuh, manakala kelalaian pula bagaikan pintu yang menjemput kedatangan syaitan untuk merosakkan manusia.

Friday, July 18, 2008

ISU IRAQ!!

Tahukah anda:


CERAMAH
Isu Penjajahan Amerika di 'Iraq

Oleh
Mr Khalef AlMullah dan Ms Satha Munther (Ahli Parlimen 'Iraq)


Tarikh?
19 Julai 2008 bersamaan 11 Rejab

Masa?
9:00 malam

Tempat?
MASJID Bandar Baru Uda!

Hadirilah beramai-ramai!
Bawa sekali
isteri,
anak-anak remaja,
anak-anak usrah,
anak-anak buah
dan kawan-kawan!

AJAK SEMUALAH SENANG!



Wassalam.
--
Penganjur Bersama
Masjid BBU dan ISMA Johor

"It was We Who created man, and We know what dark suggestions his soul makes to him: for We are nearer to him than (his) jugular vein." [Qaaf:16]

Monday, July 14, 2008

Nazrey Johani - Air mata Keinsafan

Assalamualaikum,

satu ketika dahulu pernah mendengar nasyid ini. dan kini, ianya telah dikembalikan secara "hatinya" kembali oleh penyanyi asal, iaitu nazrey johani. walaupun nasyid ini pernah dinasyidkan oleh pelbagai orang, dengan pelbagai versi yang berlainan, tapi penghayatannya, jauh bezanya...akan tetapi, kali ini, penghayatannya, terasa menusuk kalbu, sepertimana ianya dihayati satu ketika dahulu, dan bukan sekadar untuk mendapatkan "kesedapan" bernasyid....



10 Air Mata Keinsafan (feat. Salleh Brotherz) - Nazrey Johani


Air mata, keinsafan,
yang mengalir di malam sepi,
inilah dia, pelembut jiwa,
bagi mendapatkan kasih Ilahi...

rintihan di pertiga malam,
dari seorang hamba yang dhaif,
kerna mengenang segala dosa,
moga mendapat keampunan,
dari Ilahi...

setiap kekasih ALLAH,
menempuhi jalan ini,
untuk mereka memiliki,
kejayaan....

ayuh bersama,
kita susuli,
perjalanan, kekasih ALLAH,
agar kita, tiada rugi,
dalam meniti hidup ini....

airmata, keinsafan,
yang mengalir
di malam sepi...
inilah dia, pelembut jiwa,
bagi mendapat kasih Ilahi...

deraian air mata ini,
titisannya, paling berharga,
buat menyimbah api neraka
moga selamat dititian sirat,
bahgia menuju syurga abadi...

setiap kekasih ALLAH,
menempuhi jalan ini, untuk mereka memiliki,
kejayaan....

ayuh bersama, kita susuli,
perjalanan, kekasih ALLAH,
agar kita, tiada rugi,
dalam meniti hidup ini

airmata, keinsafan....
yang mengalir, di malam sepi,
inilah dia, pelembut jiwa,
bagi mendapat kasih Ilahi,
inilah dia, pelembut jiwa,
bagi mendapat kasih Ilahi....

teknologi vs kelalaian

Assalamualaikum,

dalam kehidupan dunia hari ini, hampir semua orang mempunyai gadget tersendiri. ada yang punya handphone, ada yang punya iphone, ada yang punya pda, ada yang punya psp, dan pelbagai lagi teknologi gadget.

ada juga yang sentiasa berada depan internet, dengan pelbagai sebab, untuk mencari kerja, untuk membaca, mencari bahan, update blog, masuk dalam forum dan sebagainya...

akan tetapi, kita terlupa, ianya merupakan salah satu "senjata" yang telah digunakan oleh "shaytan" sejak ia diperkenalkan...kita menganggap teknologi sebagai keperluan, dan sangat ingin berdepan dengan komputer, internet saban masa, tanpa kita sedari, seharian kita menghabiskan masa depan komputer tanpa manfaat yang banyak, hanya sekadar membalas mesej orang, dalam masa yang sama, menyebabkan sebahagian yang lain, "sakit hati" dengan balasan mesej kita.

tanpa kita sedari, seharian, apa yang kita lakukan, hanyalah membuang masa kita sendiri, dan lebih lagi, membazirkan masa orang lain, untuk sama2 membazir masa bersama tulisan kita...

sekadar peringatan untuk diri sendiri, perlukan kita membalas sebanyak ini? perlukah kita melihat dan melayari internet sebanyak ini? perlukah kita membalas sekadar "bagusnya..." atau dengan tulisan yang tiada manfaat?

lalu, persoalan ini, akhirnya kembali pada hati...adakah sebenarnya kita telah "terjatuh" ke dalam perangkap "moden" shaytan? atau masih lagi tidak kita perasan? mmm....

lalu, caranya? sangat mudah, peruntukan masa yang "perlu sahaja" untuk melayari teknologi serba moden ini...ianya perlu, tapi ianya juga perlu dibataskan...seperti kita makan, ianya perlu, tapi kita perlu makan dengan batasnya, agar perut tidak sakit, tidak rosak akibat kegelojohan kita "menikmati" nikmat yang ALLAH berikan ini...

semoga ada manfaat buat diri sendiri, dan sahabat2 sekalian....

Friday, July 11, 2008

afifah punya cerita lagi...

Assalamualaikum

she already 2 month old, so, quit fast lah, nak nak bercerita dengan bersungguh2...orang bercakap pun die nak menyampuk gak...orang berbual, berborak die suka sangat nak join...haha...

anyway, this the latest pic...takde lah latest, but antara yang terbaru lah....so, lihatlah anakku ini didengki dengan penuh perasaan oleh abi die sendiri...


afifah kene dengki lagi..
"abi, tu kaki saya, jangan main!!!"
"malulah abi ni....jahat!!!"





"cute tak saya pakai tudung? mana satu yang cute? hehe"


"abiiiiii....jangan main muka saya!! saya bukan hamster!!"


"dah kene dengki, nak nangis, nak nangis, bagi susu...."


dah cantik anak abi ni...pakai gaun lagi...