Friday, June 06, 2008

Harga Minyak Naik Lagi


Assalamualaikum,

alhamdulillah, dan bersyukur kepada kerajaan BN, kerana telah menaikkan harga minyak petrol kepada RM2.70 seliter...terima kasih banyak2 kerana menyusahkan, dan membebankan rakyat, dan hanya mendengar pendangan menteri yang tidak pasti dan tidak pernah tahu apa itu erti kesempitan hidup...

dalam dua hari ini, rata2, segenap lapisan masyarakat memperkatakan mengenai kenaikan harga minyak ini. pelbagai tomahan dan pelbagai lagi kritikan pedas yang dilontarkan, dan seperti biasa, PM masih lagi tidur, dan membisu seribu bahasa, walaupun berbakul2 kritikan diberikan.

hampir segenap rakyat merasakan bebanan yang bertambah. dan tun mahathir sendiri pun, telah mengeluarkan kenyataannya di laman blog beliau, dan pastinya, bukan masalah subsidi, akan tetapi, ia lebih kepada pengurusan ekonomi yang sangat lemah oleh pemimpin BN sendiri, khususnya PM.

apapun, banyak kekurangan pentadbiran yang jelas ditunjukkan. dan nampaknya, rakyat pasti akan memberontak, dan jika ini berlaku, PM hanya akan mengeluarkan kenyataan "kita tidak perlu berdemonstrasi, kita negara demokrasi"...dan bla bla bla..

anyway, sebagai muslim, sebagai seorang islam, dalam keadaan ini, kita perlu untuk memberikan pendapat, walau apa cara sekalipun...kalau dengan surat, kita bagi surat, kalau dengan telefon, kita telefon, kalau perlu demonstrasi, kita demonstrasi...ini adalah suara rakyat.

apapun, kita kene positif...minyak memang akan naik, ini sudah pasti, tapi dengan sikap yang mendadak, memungkiri janji, dan terlalu tinggi, pastinya, ramai akan meluahkan perasaan mereka.

rakyat perlu bangkit...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...