Monday, May 19, 2008

kisah anjing

gambar ni takde kene mengena dengan tajuk di atas

assalamualaikum,

hari khamis lepas (15 mei 2008), pada pagi yang agak mendung, diri sendiri pergi menunaikan tanggungjawab sebagai bapa, untuk mendaftarkan nama anak di jabatan pendaftaran negara...

dalam perjalanan, selepas taman tun aminah, dalam kelajuan 80-90km/j, ternampak seekor anjing kat tengah jalan, antara jalanraya dengan konkrit di tengah jalan tu. anjing tu nampak ketakutan dan mencari jalan nak ke tepi jalan. terlintas di hati nak berhenti kat tepi jalan tu, nak amik anjing tu, bawa ke tepi. tapi, dengan kelajuan 80-90 km/j tu, pastu tengok side mirror, kereta kat tepi and belakang banyak, and tempat tu, memang susah nak berhenti, atau nak parking kereta. terpaksa dengan berat hati, menyimpan niat sahaja dalam hati, dan berdoa, agar ada insan yang dapat membantu anjing tu melintas dengan selamat ke tepi jalan.

selepas itu, dalam kepala, ligat memikirkan, dan teringat satu kisah, di zaman silam, kisah seorang lelaki di padang pasir, yang memberikan anjing minum dengan mengisi air ke dalam sepatunya. dan alhamdulillah, wanita tersebut di kurniakan nikmat syurga.

dan selepas itu, terfikir, andai kata ada orang yang tolong anjing tersebut, insyaALLAH, dia pasti akan dapat ganjaran yang sangat baik. dan pastinya dia akan dapat sesuatu kelak.

kemudian, selepas menyelesaikan semua urusan di bandar jb, dah tengahari, dan dalam perjalanan balik itu ternampak kereta bomba di kawasan berdekatan kawasan anjing tadi berada. mula2 terdetik, "eh, kenapa dieorang ni, ada kemalangan ke?" biasalah, andai kata ada kemalangan, antara yang awal di tempat kejadian, adalah ambulan dan bomba. tapi bila dah dekat, tak nampak pun kereta yang berlanggar, dan kelihatan anggota bomba memegang kayu dengan tali bergulung di bahagian depannya, dan sahlah, pasti mereka sedang cuba menyelamatkan anjing tadi. alhamdulillah, dalam hati terdetik, dan mendoakan agar insan yang telah menghubungi bomba tersebut mendapat ganjaran dari ALLAH.

dan berdoa juga, andai kata niat anggota bomba tadi ikhlas, berdoa agar amalan yang kecil ini, dapat menjadikan mereka orang yang sangat beruntung di akhirat kelak..AMIN...

harap2, ia menjadi iktibar kepada semua orang, bukan hanya memberi bantuan kepada anjing, tapi makhluk Allah yang lain...andai kata melihat ada kesukaran pada haiwan, tumbuhan dan sebagainya, tolonglah semampu mungkin....

3 comments:

Ummu Layth said...

rasanya kisah anjing di padang pasir tu lelaki la yang bagi air tu.

zakri said...

oooo....rasanya macam perempuan, tapi ada gak yang cakap lelaki....

ontahlah...oklah, nanti betulkan...

'Umayr SRA said...

Woi! Simpan lagi gambar tuh... haha! lama dah siot. Masa 'Umayr baru kawen.