Tuesday, April 15, 2008

Kereta bergerak ke hadapan!!!!


Assalamualaikum,

nak bercerita benda "besar", perlu dimulakan dengan benda "kecil" dahulu, sebab yang "kecil2" ini yang akan dapat membina yang "besar2"..

sukarkah? tidak sukar, cuba tengok kereta, ianya bergerak, dan berfungsi disebabkan adanya fungsi2 kecil.

fungsi kereta ialah membawa seseorang daripada satu tempat ke satu tempat yang lain, walaupun jaraknya cuma 1 meter, mungkin kurang...kan?
dan fungsi2 "kecil", seperti tayar yang berfungsi untuk berpusing, agar kereta bergerak ke depan atau belakang...dan juga fungsi stering kereta, yang berfungsi agar tayar boleh membelok ke kiri atau kanan...dan juga fungsi brek yang akan memberhentikan kereta...

daripada fungsi yang "kecil" ini, ada lagi fungsi yang "lebih kecil", fungsi "lebih kecil"? pelik kan? ok, untuk stering kereta, ia berfungsi untuk membelokkan kereta, tapi ianya perlu kepada beberapa komponen lain, agar stering dapat bersambung dengan tayar agar ianya berfungsi.


ok ok, susah nak faham, amik fungsi pedal minyak. pedal minyak berfungsi untuk membolehkan kereta bergerak ke depan bila pedal ditekan. akan tetapi, ianya memerlukan kepada sambungan yang tertentu agar ianya berfungsi dengan baik. bayangkan dawai yang mengawal kadar pedal minyak ditekan terputus, atau tidak dapat kembali ke asalnya, pasti kereta akan bergerak dengan sangat laju, dan akhirnya kemalangan..


dan daripada fungsi yang "lebih kecil" ini, ada lagi fungsi yang "mikro kecil", yang lebih detail dan teliti penyambungannya. setiap skru, besi, ikatan, sambungan, adalah mikro kecil ini. dan mikro kecil ini sangat penting. bayangkan kalau satu skru je takde dalam fungsi brek, dan bila brek ditekan, ianya pasti tidak akan berfungsi...bahaya kan?


so, pendek kata, setiap fungsi "besar", fungsi "kecil", fungsi "lebih kecil" dan fungsi "mikro kecil", setiap satu ada tanggungjawab masing2. kalau salah satu tak berfungsi, kereta tidak akan dapat menunaikan matlamat dan objektif ia dijadikan. kereta tidak akan dapat bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain. dan penjelasannya?

kereta itu ibarat apa? mmm...
yang penting, fungsi "mikro kecil" seperti skru itu perlu diberi perhatian. setiap fungsi "mikro kecil" ini perlu bertanggungjawab dahulu, dan fungsi "mikro kecil" ini adalah diri kita sendiri. kalau kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, pasti yang lebih "besar" fungsinya tidak akan dapat berfungsi dengan baik. selagi mana kita termasuk dalam komponen kereta itulah..

so, marilah kita menjadi salah satu komponen kereta ini, dan dapat menjalankan fungsi dengan lebih baik dan bagus, agar kereta bergerak ke hadapan!!!

1 comment:

charbulb @ Islamaddeen said...

kenpa kereta myvi tak iswara...??!hehe