Friday, April 25, 2008

ALHAMDULILLAH - My Master's Thesis

Assalamualaikum,

akhirnya, selepas bertungkus lumus selama 2 tahun setengah, akhirnya ALLAH mengizinkan hambaNYA yang seorang ini untuk grad masternya...

so, this is my thesis journey, before it become the brown one...


First draft, khas buat my supervisor, Dr Naomie, paling banyak pembetulan kene buat...


Second Draft, ada pembetulan lagi sikit2....abstrak pun kene ubah sikit


Third draft, dah malas nak binding, klip je...haha


Final draft, just betulkan format, ikut standard universiti...jangan jeles, ni kene banyak lagi betulkan



Akhirnya, semua kertas2 yang boleh direcycle bertukar kepada thesis ini...sekali lagi

ALHAMDULILLAH....

Focus on Solution, not the problem

Assalamualaikum,

video clip ini diambil daripada youtube, diupload oleh dr hishamudin alham, sangat2 terkesan, sebab seharian, kita sibuk memikirkan masalah, dan tidak memikirkan jalan keluar kepada masalah tersebut.



jika kita melihat kepada situasi keadaan semasa, setiap hari kita akan menempuhi pelbagai masalah, dan kita selalu fokus kepada permasalahan tersebut, dan yang sepatutnya, kita melihat dan memikirkan mengenai jalan menyelesaiannya terlebih dahulu, kerana ia akan membantu kita menyelesaikan masalah tersebut.

oraite, biarkan positive thinking meliputi hari2 kita...

Wednesday, April 23, 2008

Blog readibility Level? Mm...

Assalamualaikum,

betul ke nih? tak percaya arr...aku tulis ikut suka hati mak bapak je, die tulis blog ni, reading level die genius? mmm....


blog readability test

TV Reviews

sengal

Sunday, April 20, 2008

Menanti di Barzakh

assalamualaikum,

menanti di barzakh,

walaupun dengar banyak kali dah, dah hafal liriknya, tapi masih terasa lagi, terasa betapa teruknya diri sendiri...

beberapa kali dalam hidup ini, melihat urusan pengebumian saudara, sahabat...dan teringat semasa arwah badang meninggal, betapa ramainya orang yang sama2 uruskan, dan ramainya yang solatkan arwah...dan terfikir, macamana bila aku mati nanti? adakah selayaknya aku mendapat apa yang dia dapati?

dan selalu melihat, urusan pengebumian saudara2 ini, mudah, dan cepat, tiada masalah seperti yang pernah dibaca. dan terfikir, adakah urusanku nanti mudah seperti itu? dan tidak menyusahkan orang2 sekeliling, dan saudara2 aku nanti?

rasa macam tak larat nak dengar lagi nasyid ni...lagi2 ayat quran yang menyebut balasan kepada orang berdosa. memang tak nampak, tapi bila diceritakan, bila dikisahkan dengan sebegitu teliti, baru terasa....

baru terimbas kembali, betapa nakalnya dulu kecik2, betapa teruknya diri sendiri, yang tidak sedar apa yang dibuat itu salah, dan kini, terpaksa terima hakikat, yang semua itu telah berlaku, dan tidak mampu diubah lagi, cuma mampu dihindari selepas ini...


"ku merintih, aku menangis,
ku meratap, aku mengharap,
ku meminta, dihidupkan semula,
agar dapat kembali ke dunia nyata..."

Friday, April 18, 2008

seni kehidupan




Assalamualaikum,

ni diambil daripada laman seni kehidupan, sangat2 menyentuh hati...satu usaha yang sangat baik...dan ada juga video, dan juga seni komik..

memang, masih ada karat2 jahiliyah dalam hati ini...dan mata ini, sering ditutup dari keadaan umat ISLAM seantero dunia...

isk isk...ya ALLAH, berikan ku kekuatan...

Tuesday, April 15, 2008

Kereta bergerak ke hadapan!!!!


Assalamualaikum,

nak bercerita benda "besar", perlu dimulakan dengan benda "kecil" dahulu, sebab yang "kecil2" ini yang akan dapat membina yang "besar2"..

sukarkah? tidak sukar, cuba tengok kereta, ianya bergerak, dan berfungsi disebabkan adanya fungsi2 kecil.

fungsi kereta ialah membawa seseorang daripada satu tempat ke satu tempat yang lain, walaupun jaraknya cuma 1 meter, mungkin kurang...kan?
dan fungsi2 "kecil", seperti tayar yang berfungsi untuk berpusing, agar kereta bergerak ke depan atau belakang...dan juga fungsi stering kereta, yang berfungsi agar tayar boleh membelok ke kiri atau kanan...dan juga fungsi brek yang akan memberhentikan kereta...

daripada fungsi yang "kecil" ini, ada lagi fungsi yang "lebih kecil", fungsi "lebih kecil"? pelik kan? ok, untuk stering kereta, ia berfungsi untuk membelokkan kereta, tapi ianya perlu kepada beberapa komponen lain, agar stering dapat bersambung dengan tayar agar ianya berfungsi.


ok ok, susah nak faham, amik fungsi pedal minyak. pedal minyak berfungsi untuk membolehkan kereta bergerak ke depan bila pedal ditekan. akan tetapi, ianya memerlukan kepada sambungan yang tertentu agar ianya berfungsi dengan baik. bayangkan dawai yang mengawal kadar pedal minyak ditekan terputus, atau tidak dapat kembali ke asalnya, pasti kereta akan bergerak dengan sangat laju, dan akhirnya kemalangan..


dan daripada fungsi yang "lebih kecil" ini, ada lagi fungsi yang "mikro kecil", yang lebih detail dan teliti penyambungannya. setiap skru, besi, ikatan, sambungan, adalah mikro kecil ini. dan mikro kecil ini sangat penting. bayangkan kalau satu skru je takde dalam fungsi brek, dan bila brek ditekan, ianya pasti tidak akan berfungsi...bahaya kan?


so, pendek kata, setiap fungsi "besar", fungsi "kecil", fungsi "lebih kecil" dan fungsi "mikro kecil", setiap satu ada tanggungjawab masing2. kalau salah satu tak berfungsi, kereta tidak akan dapat menunaikan matlamat dan objektif ia dijadikan. kereta tidak akan dapat bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain. dan penjelasannya?

kereta itu ibarat apa? mmm...
yang penting, fungsi "mikro kecil" seperti skru itu perlu diberi perhatian. setiap fungsi "mikro kecil" ini perlu bertanggungjawab dahulu, dan fungsi "mikro kecil" ini adalah diri kita sendiri. kalau kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, pasti yang lebih "besar" fungsinya tidak akan dapat berfungsi dengan baik. selagi mana kita termasuk dalam komponen kereta itulah..

so, marilah kita menjadi salah satu komponen kereta ini, dan dapat menjalankan fungsi dengan lebih baik dan bagus, agar kereta bergerak ke hadapan!!!

Saturday, April 12, 2008

what's your name's hidden meaning? yeke?

Assalamualaikum

ni dapat dari blog adik, sajer je nak taruk, tapi mari kita analisa apa maksudnya..keh keh..



What Zakri Means



You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.

You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.

But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.



You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.



You are a seeker of knowledge, and you have learned many things in your life.

You are also a keeper of knowledge - meaning you don't spill secrets or spread gossip.

People sometimes think you're snobby or aloof, but you're just too deep in thought to pay attention to them.



You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.

You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.

You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.



You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.


antara yang menarik, adalah petikan ini
"You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.

You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense."
zakri seorang yang nakal, giler2, and sangat rebel, and selalu masa sekolah dulu. always up to something? yup, memang selalu lah tu..haha...

lot of energy, betul gak, asik nak kacau orang je, tak pernah penat kacau orang...hehe...orait, just nak masukkan sikit benda je dalam ni...

why not you try yourself? mesti best...haha

Menanti di Barzakh

Assalamualaikum,

dah lama nk letak nasyid ni, and for the sake of keinsafan diri, today, i put this song, to all...walaupun tak terasa sangat bagi sesetengah orang, but to me, its mean a lot...this year only, two of my relative has passed away, hopefully, they will be among solehin...aminn...

if you want to play it, klik je kat atas tu...isk iskk.....


Menanti di Barzakh by Far East
ku merintih.aku menangis
ku meratap,aku mengharap
ku meminta dihidupkn semula
agar dpt kembali ke dunia nyata

perjlnn rohku
melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda
sblm menjejak ke dunia
menanti di barzakh
sblm berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan
penentu syurga atau sebaliknya

tnh yg basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
7 langkah pun baru berlalu
seusai talqin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku

terbangkitnya aku dr sebuah kematian
seakan ku dengari
tangis mereka yang ku tinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi Ia sebenar kejadian

kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku
jasad di dalam keranda kayu

ajal yg dtg di muka pintu
tiada siapa yg memberitahu
tiada siapapun dpt hindari
tiada siapa yg trkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi

jantung berdegup kencang
menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
selama Ini diceritakan
kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

ku merintih.aku menangis
ku meratap,aku mengharap
ku meminta dihidupkn semula
agar dpt kembali ke dunia nyata

Thursday, April 10, 2008

warkah buat diri sendiri

assalamualaikum,

kepenatan sedikit berlari-larian, dari pejabat, ke pejabat satu lagi, pastu boleh pulak bagitahu, tak boleh, sabar jelah..takpela, insyaALLAH, die punya hikmah banyak tuh....hehe..

anyway, kesian wanie, terpaksa sama2 layan sengal, sebab sibuk buat projek master nih...takpelah, sabar sebentar untuk kelebihan di masa depan, kan?

anyway, banyak perkara yang telah berlaku, and hopefully, banyak jugalah pengajaran dan hikmah yang dapat diperolehi...dan salah seorang budak psm yang selalu lepak dengan kiteorang, nampaknya, macam akan bersalin dua-tiga hari ni...tunggu jelah...anak tu sabar je, sebab maknya nak amik final exam dulu..

oklah, nak prepare, jap lagi nak pegi jumpa supervisor, hopefully, kali ni lepaslah, tak nak dah betul2kan, tak nak dah buat ulang2 lagi..kepenatan dah, and doa banyak2, dapat graduate this august..insyaALLAH...amin...

jeles zaidO dapat ke mesir, lawat unta, chess!!!! tengok gambar kerek die:
zadio!


rite, dah hujan, tutup dulu

Monday, April 07, 2008

recent updates

Assalamualaikum,

lately, banyak perkara terjadi, ni gambar Majlis Perbandaran Kulai, majlis yang pertama membangunkan GIS, dengan aplikasi integrasi dengan maklumat penilaian dan juga pengurusan harta tanah. dan insyaALLAH, yang pertama yang mempunyai sistem GIS dengan integrasi keseluruhan jabatan dalam majlis...haha...

orait, anyway, ni gambar buku yang ada maklumat pokok2 yang dibuat sebagai lanskap di singapore, dan di malaysia, ianya ada di laman web





nama pokok ini, dalam bahasa biasa, adalah pokok nangka, dan nama saintifiknya, adalah seperti di atas, malas nak taip...ni antara projek baru yang akan dibuat dalam MPKu...



ni pula, adalah Majlis Perbandara Batu Pahat, yang baru sahaja di ziarahi jumaat lepas (4 April 2008)....perbincangan untuk membuat sistem juga, dan lebih advance, dimasukkan nilai 3 dimensi, dan agak sukar, sebab kosnya tinggi, dan masa yang lebih panjang sikit...


ni gambar masa amik data pokok, nak buat inventori pokok, so, bayangkan, 5000 pokok nak kene buat, right now, pilot project untuk 800 pokok, gambar untuk contoh inventori akan diupload kemudian...insyaALLAH, doa2 lah dapat projek inventori ni, supaya dapat memudahkan kedua-dua pihak, pihak Jabatan Lanskap, dan juga pihak perunding sendiri, which is us, the MGIS studio team...

orait, that's all for tonight, its a relief coz can upload pic again, after a while, after the networking of utm under some kekangan yang menyusahkan...

rite, may ALLAH bless us all...

Sunday, April 06, 2008

saat kepergian

assalamualaikum,

awal pagi, jam 4 pagi jam sekarang berdetik, seperti masa yang berlalu, tidak lagi akan menunggu...

jam 2 pagi tadi, zaujah kejutkan, dalam keadaan terkejut, die bagitahu, yang ayah kepada akak ipar meninggal tadi. baru sebentar tadi...mungkin jam 1.30 pagi...

satu benda yang tidak diduga langsung, jikalau sebelum ini, pakcik meninggal, disebabkan kegagalan hati, buah pinggang, kali ini, hanya semput, asma...

arwah baru sahaja pulang dari kerja, dan berbaring2 sebentar, dan ingin melelapkan, mata, dan terasa tidak boleh tidur, dan mula semput, kemudian, terus ke klinik, dan tidak sampai ke klinik, die mula terasa sesak nafas, dan saat tiba di klinik, doktor mengesahkan die telah meninggal..

alhamdulillah, dari cerita oleh isterinya, disaat akhir, dia masih sempat mengucap, dan mengucapkan "ALLAHu AKBAR" berulang2 kali...sebak mendengar cerita makcik. die tabah dan kuat, cuma masih terkejut lagi dengan ketiadaan pakcik...

insyaALLAH, kalau larat, dan tak bermasalah, pagi nanti, akan ke sana lagi, membantu apa yang patut..moga ALLAH cucuri rahmat atas rohnya..

al-fatihah..

Thursday, April 03, 2008

Hayunan Hidup

hayunan hidup...
2 April 2008

penat sudah terasa hati,
badan pun tiada tenaga lagi,
seperti sisa hidup terbuang begitu sahaja,
dan tidak memberi apa2 makna...

terasa kosong dan sunyi di dalam hati,
merasakan ruang yang tidak berpenghuni,
ruang yang tidak mendapat redha barangkali,
sementara hidup di dunia ini..

banyak yang tidak dipercayai,
telah pun terjadi,
seperti khayalan dan mimpi,
kini terjelma dalam realiti
seperti mempermainkan diri ini...

kesunyian tidak beerti keseorangan,
kegembiraan tidak beerti keramaian,
namun, pasti ada ketenangan,
dalam setiap perjalanan...

hidup pasti menjadi sejarah,
meninggalkan benang dan tompok perjalanan,
menjadi ikutan atau teladan,
atau cuma menjadi diari lipatan,

terus atau tidak,
tempuhi atau larikan diri,
berdepan atau buat tidak tahu,
semua pasti ada akibatnya,
jika ingin terbaik,
jalannya tidak semestinya baik,
jika inginkan yang tidak baik,
mungkin jalannya jauh lebih baik,

realiti atau fantasi,
hidup atau mati,
melarikan diri,
berlari,
terpulang pada diri....