Friday, March 28, 2008

Added Values...

Assalamualaikum,

value added? apa benda tuh? bagi sebahagian orang, ianya sangat familiar, satu benda yang pelik2...

value added, atau bahasa mudahnya, penambahan nilai kepada seseorang. satu perkara yang sepatutnya diambil kira dalam pelbagai perkara. dalam pembelajaran sudah semestinya, takkan kita nak sama seperti rakan2 yang lain? mesti nak lebih, so, kita kene belajar lebih dari orang lain, agar kita dapat lebih nilai berbanding orang lain. dan orang yang lebih nilai ini yang biasanya mendapat lebih perhatian...

begitu juga dalam pekerjaan. sebahagian orang, mencari kerja yang terlalu tinggi expectation die, akan tetapi, bagaimana nilai sebenar pada orang itu?

sebahagian orang, tidak mahu menjadi pembantu kelas kedua, macam membasuh pinggan, jadi pelayan restoran, dan lain-lain. dalam masa yang sama, bekerja. kan? susah kan? takde nilai kan kalau difikirkan...

akan tetapi, sebenarnya, tanpa kita sedari, pekerjaan yang "biasa-biasa" inilah yang memberikan lebih nilai. tanpa kita sedari, communication skill, interaction, pengalaman, akan bertambah walaupun kita tak sedar. dan tanpa kita sedari, selepas beberapa lama bekerja, lagi banyak perkara yang tanpa kita sedari, telah menjadi kebiasaan, dan lebih nilai berbanding orang lain...kan?

lebih2 lagi, value added yang sukar untuk didapati...teringat kisah sirah Ar-Rasul, ketika mudanya, dia menjaga kambing biri-biri, keluarkan dari kandang, bawa ke padang ragut, petangnya, bawa pulang ke kandang, dan ianya sangat sukar. tapi penuh dengan nilai tambah yang tidak dapat tidak, digunakan kemudiannya dalam kehidupan sebagai Ar-Rasul..

oleh itu, andai kata pekerjaan yang sedang dibuat, seperti tidak ada nilai, fikirlah semula, insyaALLAH ada nilai yang tidak kita perhatikan..dan insyaALLAH pengalaman itu akan berguna kelak, dan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa..

so, tambah nilai dalam apa juga yang sedang anda perbuatkan!!!

till then...

Thursday, March 27, 2008

tanggungjawab dan bebanan?

Assalamualaikum,

dalam hidup ini, terlalu banyak perkara yang perlu dilunaskan, dan banyak perkara yang tidak sempat dilunaskan, atas pelbagai sebab...

banyak tanggungjawab yang perlu dilunaskan, yang perlu diuruskan sebaik mungkin. akan tetapi, ini semua sepatutnya tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab yang lain.

dalam hidup ini, tanggungjawab, perlu dibuat sedikit-demi-sedikit, agar ianya dapat disempurnakan dengan lebih baik dan sempurna. ada yang tidak mampu memberikan yang terbaik dalam sesuatu perkara, dan mampu memberikan yang terbaik dalam perkara yang lain. bergantung kepada kemahiran dan kelebihan masing-masing.

lalu, persoalannya, bagaimana menguruskan perkara yang bertindih? perkara yang mengikut minat, dan tanggungjawab? adakah ianmya perlu atau tidak? ianya perlu diuruskan sebagaimana caranya?

lalu, pengurusan masa dan kerja perlu dibuat dengan teliti...dan perlukan sokongan agar semangat yang meluap2 dapat disalurkan dengan lebih baik, dan teliti..

sekadar ini dahulu..

----------------------

jam 12 tengahari ini, insyaALLAH, akan buat presentation untuk projek 2 master...doakan saya, insyaALLAH, kalau takde aral, dan tiada masalah, sem ini sem terakhir di fakulti sains komputer dan sistem maklumat ini...insyaALLAH, ada rezeki bertemu lagi di bumi UTM ini...cuma keadaaan dan suasana tempat yang berbeza...

Wednesday, March 19, 2008

aplikasi google map

Assalamualaikum,

so, akhir2 ni, orang masih lagi sibuk menyatakan mengenai kedudukan politik negara Malaysia, yang nampaknya, masih belum dapat diterima oleh pihak pemerintah, yang seolah2 menjadi musuh kepada rakyat saat ini.

pelbagai perkara yang tidak terfikir oleh mereka sebelum ini, mula dibuat, walaupun dulu mereka menyatakan tidak boleh membuat perkara tersebut...betulkan?

sebelum ini, sibuk menyatakan bahawa demonstrasi merupakan bukan budaya malaysia, merupakan satu perkara yang teruk, dan sebagainya, dan akhirnya, mereka sendiri yang menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan negeri..pelik kan? lalu apakah mereka tidak melakukan apa yang mereka katakan?

dalam firman ALLAH, surah As-Saff, ayat 2-3;
"wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan apa yang tidak kamu kerjakan"

"amat besar kemurkaan ALLAH kepada mereka yang menyatakan tetapi tidak melakukannya"

------------------------

satu perkara agak baru, actually, benda ini dah lama, satu teknologi menggunakan peta dalam telefon bimbit. aplikasi ini telah dibangunkan oleh google, melalui laman web berikut;

http://www.google.com/mobile/gmm/index.html

dan hasilnya? saya telah terpengaruh, dan mendownload aplikasi ini, dah menggunakannya...dan yang bagusnya, ia dapat detect dimana saya berada ketika ini, dalam range yang besar, iaitu lebih kurang 1.7 KM, ok lah...dan mereka boleh memaparkan peta untuk skudai!! wahhh....dan juga imej satelit untuk kawasan yang ada dalam pangkalan data mereka...wahhh....ini sudah bahaya...dan saya telah membazirkan sebanyak rm6 untuk memaparkan peta rumah saya, siap dengan imej dari satelit, hoho....

dan satu pembaziran yang sangat nyata...tapi bila kita berada di tempat yang tidak kita ketahui jalannya, mungkin ia akan menjadi sangat berguna, seperti apabila saya ke Kuala Lumpur, atau mungkin ke tempat lain, yang saya tak tahu jalan, dan tidak tahu hendak ke mana, ianya boleh digunakan...dengan syarat, ada penerimaan GPRS, dan ianya memerlukan kos yang sedikit tinggi, sebab ianya akan mendownload maklumat terus dari internet...

apapun, teknologi yang sangat best, dapat digunakan oleh saya yang sangat berminat dengan GIS (geographic information science...), satu kajian yang sangat best mengenai muka bumi kita ini...

oklah, cukup dulu, tak puas kalau bercerita mengenai teknologi ini...kan?

Saturday, March 15, 2008

kepeningan - POlitik Malaysia minggu ini..

assalamualaikum,
akhir2 ini, kita diprovok mengenai keadaan pakatan pembangkang yang seperti tidak stabil, bergaduh dan sebagainya...tapi, bukankah membuka mulut, dan menyatakan ketidakpuashatian itu lebih baik, dari diam diri? daripada tidak menegur dan TIDAK boleh ditegur? satu artikel yang baik untuk melihat dari satu sudut yang sangat baik..dan juga dikupas dengan baik oleh saudara (mungkin?) Maulana Purnama...right, bacalah!!!
-------------------------------

Melayu menyesal sokong DAP, Cina menyesal sokong PAS?

Maulana Purnama Sat Mar 15, 08 1:43:42 pm MYT

Melihat apa yang berlaku di Perak, ada orang Melayu sudah mula menyesal mengundi DAP.
Begitu juga dengan orang Cina yang mengundi PAS.

Itulah masalahnya apabila rakyat Malaysia sudah terlalu biasa dengan sistem Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya suatu tidak normal dalam amalan demokrasi. Dalam perhatian rakyat kepada apa yang berlaku di Perak, Selangor dan Pulau Pinang, orang lupa tentang masalah yang dihadapi oleh BN untuk membentuk kerajaan di Perlis dan Terengganu walaupun mereka tidak perlu menubuhkan kerajaan campuran.

BN juga bermasalah, cuma ia berlaku secara tertutup. Sebaliknya apa yang berlaku di antara DAP, PAS dan PKR diketahui umum dan secara terbuka. Tambahan pula media yang dikuasai BN mengambil kesempatan dalam kesempitan parti pembangkang. Sedangkan apa yang dihadapi oleh PAS, DAP dan PKR ketika menubuhkan kerajaan campuran adalah suatu perkara biasa yang berlaku di seluruh dunia.

Penubuhan kerajaan campuran merupakan dinamika poilitik demokrasi normal. Sementara sistem BN dengan parti-partinya tunduk di bawah UMNO adalah suatu yang tidak normal, dan akhirnya mendatangkan kebekuan dalam politik di negara ini.

Justeru apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang sihat. Perbahasan terbuka mengenai kehendak parti-parti yang terlibat dan akhirnya diharapkan akan mencapai kesepakatan. Ia bukan suatu yang tidak stabil, tetapi merupakan sebahagian daripada proses demokrasi. Malah ia lebih baik berlaku sekarang, sebagai suatu latihan dan pelajaran bagi parti-parti pembangkang dalam persediaan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan jika rakyat memerlukannya pada suatu hari kelak.

Ketinggalan zaman

Sistem BN sudah ketinggalan zaman dan tidak menepati aspirasi rakyat. Pada mulanya ia dibentuk sebagai kerajaan campuran Perikatan-Pas. Kemudian ia diperluaskan menjadi Perikatan-Gerakan- PPP. Akhirnya ditubuhkan BN yang muncul dalam bentuk UMNO sebagai parti dominan.

Sedangkan dalam kerajaan campuran, tidak ada parti yang dominan. PAS, DAP dan PKR adalah setaraf. Kekuatan mereka hanya bergantung kepada bilangan kerusi yang diperolehi. Sebagai kerajaan-kerajaan baru di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sudah tentu akan berlaku pelbagai kesilapan. Tetapi pengundi tidak harus menyesal kerana pilihan raya umum ke-12 membuka lembaran baru kepada cara berpolitik yang lebih demokratik dan adil. Tidak ada patah balik. Walaupun mungkin BN boleh memperbaiki diri dan memenangi semula beberapa kerusi yang ia terlepas, tetapi rakyat negara ini tidak wajar pandang ke belakang. Sesungguhnya BN sudah bobrok dan perlu diganti untuk dirawat. Ia mesti menyesuaikan dengan iklim baru politik.

Seperti di Indeonsia, Golkar yang zaman Suharto menguasai negara itu perlu menyesuaikan diri dengan zaman reformasi di mana politik adalah terbuka.

Pengalaman ini juga berlaku di Taiwan, Jepun, malah di Rusia. Di Taiwan, Kuomintang menyesuaikan diri dan kini mampu mencabar Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah. Begitu juga dengan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun dan Parti Komunis Rusia yang menguasai parlimen tetapi gagal menjadi presiden.

Umno dan BN mungkin tidak pupus tetapi mereka mesti berubah.

Mungkin akan makan masa lebih lama dan dalam perjalanan itu, mereka mampu menang semula mengatasi PAS-DAP-PKR, tetapi sempadan minda rakyat negara ini telah diterobos. Pembangkang mampu menubuhkan kerajaan.

Akan sampai masanya, PKR, PAS dan DAP terpaksa bertelagah dalam menbubuhkan kerajaan persekutuan setelah menang majoriti di negara ini. Pada masa itu, pengalaman di Perak amat berguna.

Kekuatan tersendiri

PKR, PAS dan DAP sebagai parti berasingan mempunyai kekuatan sendiri berbanding dengan BN yang tergabung dalam parti. Apa yang menjadi kemarahan orang Cina kepada MCA dan gerakan adalah kelemahan mereka ketika berdepan dengan Umno. Perkara itu tidak akan berlaku dalam kerajaan pembangkang. Ini kerana DAP adalah setaraf dengan PKR dan PAS.
Mereka boleh menyuarakan aspirasi kaum Cina tanpa bimbang diperlekehkan.

Sementara PAS pula juga berdiri setaraf dengan PKR dan DAP.

Ketika PAS berada dalam BN, ia hanya mampu memiliki Menteri Besar di Kelantan. Tetapi dalam kerajaan campuran PAS-DAP-PKR, bukan saja PAS berpeluang menjadi Menteri Besar di Kelantan dan Kedah, tetapi juga di Perak. Justeru pada masa akan datang, parti kecil juga berpeluang menerajui pucuk pimpinan mana-mana negeri, mengikut kesesuaian politik semasa.
Selain itu setiap parti, PAS, DAP dan PKR tidak berasaskan kaum walaupun PAS adalah parti satu agama, DAP pula keahilannya adalah dominant Cina.

Tetapi seseorang Cina Islam boleh menyertai PAS, sementara seorang Melayu boleh menyertai DAP. Tidak seperti BN, hanya Gerakan dan PPP yang berbilang kaum.

Banyak pengulas yang menekankan perbezaan ideologi antara DAP dan PAS, sambil menggambarkan bahawa DAP dan PKR tidak mempunyai perbezaan ideologi.

Tetapi jika diteliti perjuangan ketiga-tiga parti mereka mempunyai lebih banyak persamaan daripada perbezaan. Perjuangan menentang rasuah, persamaan antara kaum, membela orang terpinggir adalah serupa dan menjadi tonggak perjuangan. Perkara ini tidak begitu dilaungkan oleh BN kerana mereka tidak berupaya melakukannya.

Tidak wajar menyesal

Dalam hal ini, pengundi tidak wajar menyesal mengundi PAS-DAP-PKR kerana perjuangannya adalah jauh lebih bersih daripada BN. Sebaliknya pengundi-pengundi BNlah yang perlu menyesal. Ini kerana tindak-tanduk BN selepas pilihan raya melihatkan mereka sombong, pendendam dan enggan berubah.

Mereka mencari sebab kekalahan atas perkara-perkara kaedah seperti soal strategi dan calon.
Sedangkan apa yang menimpa BN ialah kelemahan asas perjuangannya.

Selama ini ia mampu menang adalah kerana kekuatan jentara dan strategi, dan kurang atas sebab asas perjuangan.

Dr. Mahathir Mohamad menyalahkan Abdullah Ahmad Badawi kerana kekalahan BN ini, tetapi jika diteliti tentang apa yang dialami oleh BN dalam pilihan raya umum ke-12 ini, ia merupakan lanjutan kepada kesilapan Dr Mahathir.

Orang kata dua kesilapan Dr Mahathir ialah pemecatan Anwar dan pelantikan Abdullah.

Tetapi hakikatnya kesilapan Dr Mahathir ialah kegagalan untuk berubah dan reformasi. Beliaulah yang mengecilkan ruang demokrasi bukan saja dalam negara tetapi dalam Umno.
Pemilihan parti ditangguhkan hingga Umno tidak dapat memperoleh pemimpin yang baik.
Amalan serupa itu dituruti oleh Abdullah, maka calon yang diletakkan oleh BN dalam pilihan raya umum ke-12 itu merupakan hasilnya.

Dipetik daripada Detikdaily.

Monday, March 10, 2008

goodbye sam

salam,

akhirnya, orang yang dikatakan "bakal" menjadi menteri paling lama, telah pun kalah di sungai siput, satu kejutan yang sangat2 terkejut...pembangkang mendapat 2 kali ganda undi berbanding 2004...

so, with all this fact, lets farewell this "suka-naik-tol" leader...