Monday, November 26, 2007

bersyukurlah selalu....





Assalamualaikum,

lagu yang first kat atas tu, mengenai seseorang yang sentiasa makan, dan dengan nikmat yang mudah didapati, die sukar mengucapkan syukur....benar kan?

bukan sekadar makanan, malah lebih lagi, dengan adanya kereta, kita lebih tidak bersyukur, sebab dah lupa sukarnya nak dapatkan bas masa nak ke mana2....kan begitu?

bila dah ada rumah, dah bayar bulan2, terlupa, dan lupa nak bersyukur sebab dah selesa, dah mudah nak beli rumah, dah ada rumah dengan "nama kita" sendiri sebagai tuan rumah....

dengan mudahnya bernafas, kita terlupa, itu antara nikmat yang sangat besar, sebab mudah nak dapat kan? senang je....tarik nafas, hembus....tapi, bila dh kene asma, dah susah nak nafas, kita diletakkan dalam satu kolong kecil, baru kita teras nikmatnya bernafas, nikmatnya dapat tempat yang luas...kan?

anyway, bersyukurlah, caranya? banyak sangat....mengucapkan alhamdulillah juga satu ucapan yang sangat besar ertinya....kan? alhamdulillah...

ALHAMDULILLAH....

4 comments:

Islamaddeen said...

bila sudah ada pasangan, kita terlupa, itu tanggungjawab yang besar diamanahkan kepada kita. lupa nak bersyukur sebab sudah seronok dan bahagia. tapi bila dah ada masalah, bergaduh sana sini...barulah terasa syukur apabila keadaan kembali normal kembali...betulkan akhi??! hehe...

Ummu Layth said...

terdengar desas desus anda akan menjadi bapa. betulkah? nak konfem khabar angin ni

zakri said...

ada ker desas desus begitu? ada ke? entah...

yang pasti, orang lain iye lah...

desas desus je tu...

Islamaddeen said...

ha....ha...ha....cakapla...betulkan anda akan menjadi bapa?