Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT MALAM RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,

Ramadhan Kareem hampir melabuhkan tirainya...madrasah ramadhan, semakin meninggalkan kita...jauh dan jauh....dan sekiranya ada umur yang lebih panjang, insyaALLAH berjumpa lagi...tapi pastikah kita? tidak pasti bukan? so, gunalah latihan daripada ramadhan ini untuk diteruskan lagi ke bulan2 "sebenar", sebelas bulan dalam bulan islam ini....

akhir kata

Wahai sahabat & diriku, jika sekitarmu menyebut-nyebut ucapan selamat hari raya, aku sinisnya senang mengucapkan selamat malam raya. Padaku & dirimu sahabat, aku bertanya, berapa ramaikah dari kalian yg menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti mana malamnya ramadhan? selain dari takbir & tahmid yang bergema di masjid2.Kita sibukkan diri dengan persiapan untuk harinya, sambil leka berhibur. Dimanakah pengertiannya hadith : Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:
“ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”
Ayuh diriku dan sahabat2ku, kiranya malam ramadhan itu kita culas dlm melakukan lebihan ibadat, kenapa tidak kita mengambil kesempatan yang hanya semalam eid itu, yg nyatanya kita tidak lagi berlapar dan hati yg gembira dgn sempurnanya ramadhan.

------------------
pegi masjid, jangan sepah2kan selipar, kalau nak senang, kunci je...hehe


No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...