Thursday, October 18, 2007

ramadhan terakhir....

catatan ini dibuat pada akhir ramadhan...

--------------------------

Assalamualaikum,

akhirnya, ramadhan yang dikejar, yang sentiasa menjadi igauan, menjadi kejaran, dan tumpuan sepanjang tahun, melabuhkan tirainya, selepas 30 hari menjalankan tugasnya...

entah kenapa, bermula maghrib 30 ramdhan, terasa sedih sangat hati...terfikir, inilah maghrib terakhir ramadhan ini....ketika solat tarawih jua begitu, terfikir, inilah tarawih terakhir aku tahun ini, dan ketika solat sunat sebelum subuh, terbayang, inilah solat sunat terakhir dalam bulan yang penuh barakah ini..yang penuh maghfirah...yang tidak ada bulan lain yang sebanding dengannya....

sedih sangat, sebab tahun ini, tak banyak yang dapat dibuat seperti tahun2 lepas...tahun ini, beberapa kekangan, memaksa diri tidak dapat mengejar ibadah ramadhan seperti tahun2 lepas...sedih sangat2...

kekangan hati yang mungkin sedikit degil, yang malas untuk menunaikan kewajipan yang sepatutnya...kekangan projek yang entah bila nak siap..walaupun seperti banyak yang dah buat, tapi bila diselidiki, masih banyak kene buat, kene pantau...programming tidak seperti buat tugasan biasa, ianya perlu idea, perlu cara dan kaedah yang betul...lalu, sibuklah di malam hari mengadap komputer berjam-jam...sampai zaujah pun marah...maaf ye...

tahun ini juga, terlepas sekali solat tarawih, kerana mengejar benda lain...sedihnya....hati terasa jauh sangat berbanding dulu2...tapi tak mengapa, mungkin ada hikmahnya..mungkin dengan keadaan yang sebegini, akan menguatkan hati pada tahun hadapan, menguatkan azam pada tahun hadapan, (insyaALLAH...)

apapun, pada yang berjaya menjadikan ramadhan kali ini sebagai ramadhan yang paling berjaya, atau mungkin yang seperti tahun sebelumnya, alhamdulillah...moga2 kemeriahan ramadhan itu tidak hanya ketika bulan ramadhan sahaja, biarlah tarbiyah ramadhan itu dapat diteruskan pada bulan2 yang seterusnya...inilah ujian sebenar, 11 bulan yang perlu kita istiqamah...agar hati kita tidak lalai lagi...

apapun, semoga hati2 kita tidak keras, dan tidak degil untuk menangisi dosa2 kita...dosa kita pada ALLAH, pada ibu dan ayah, pada isteri, pada keluarga, pada adik beradik, pada sahabat2, pada semua orang....kerana, dosa tetap dosa, walaupun kita memberikan pelbagai alasan...


Salam Hari Raya...
Eid Mubarak...


moga kita terus menerus diampuni dosa, terus menerus diredhai dan dirahmati, dan moga2, kita akan terlepas dari azab kubur dan azab api neraka....

amin....

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...