Friday, September 07, 2007

Bajet 2008

assalamualaikum,


Bajet 2008 datang kembali, satu saat yang ditunggu2 oleh rakyat malaysia, selepas berhempas pulas selama setahun, dan selepas berakhirnya keseronokan menyambut kemerdekaan ke 50 kalinya...akhirnya, PM akan membentangkan bajet 2008...

bajet kali ini, katanya akan memberikan impak yang besar, dan lebih kepada keperluan ekonomi setempat, selepas kerajaan menaikkan gaji pekerja kerajaan diantara 15% - 35%, kali ini, yang memberikan impak sedikit negatif, apabila kebanyakan peniaga, menaikkan harga barang keperluan, dengan pelbagai alasan

lalu, kali ini, bonus yang ditunggu pegawai kerajaan juga menjadi satu persoalan, adakah ianya akan ada, atau akan ditidak adakan...atau mungkin, kali ini, bajet akan menyentuh aspek pertanian yang selama ini diperjuangkan oleh PM kita...

tapi, selepas beberapa ketika, terfikir juga, adakah kali ini, WPI, Koridor Utara, Koridor Timur, akan mendapat manfaat yang sama? atau sekadar menjadi angan2 semata?

sebagai penduduk malaysia, sebagai seorang mad'u, sebagai daie, sebagai apa juga diri kita cuba perlakukan, bajet 2008 ini, akan memberikan impak kepada kita, samada kita mahu, atau tidak, atau kita tidak mahu mengambil tahu...dan walaupun kita tidak mengambil tahu, ianya tetap akan terjadi, tetap akan berjalan, dan kita perlu berfikir, di mana kita, dan di mana sudut yang boleh kita gunakan untuk menjana modal insan, agar masyarakat tidak hanya mendapat keperluan ekonomi, tetapi juga, keperluan rohani...

bertanya kembali, di mana kita? dan ke mana kita?

renung-renungkan, dan fikir-fikirkan...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...