Sunday, September 23, 2007

Nikmat Ramadhan

Assalamualaikum,

blog efx2 dah break down, rasanya selama-lamanya, same as modblog, dah hilang terus dari arena blogging, so, satu lagi blog untuk menggantikan efx2 dah pun dibuat, so, sila search sendiri untuk mencari, guna blogspot gak, lebih selamat rasanya, lagi pun, blogspot dah lama bertahan....ohhh....all my stuff in efx2 dah hilang...ok, what everlah, let the bygone be bygone...

"what comes around, will goes around"


ramadhan dah habis sepertiga pertama, and here we are, on the ten ramadhan...and setakat ni, rasanya macam2 cerita pasal ramadhan yang telah kita dengar and perkatakan...

mmm...ada satu pagi, beberapa hari lepas, dalam radio, perbincangan pagi hari, tajuknya adalah, "apa yang best tentang bulan puasa?", so, people all around malaysia call, and give their opinion, and all their thought about this topic, and of it, is

"paling best, bila time puasa ni, keje tiga jam je sehari, lepas tu, bos suruh balik, keje start jam 8 pagi, by 10 am or 11am, bos dah suruh balik. tu yang best tentang puasa"

haha, pelik kan? ada gak cakap, time bulan puasa ni lah nak makan something different, all the kuih muih yang tak pernah muncul, muncul time bulan ramadhan ni, and orang biasanya sangat seronok, and beli banyak benda untuk berbuka...

ada gak yang cakap, antara yang best time bulan ramadhan ni, adalah dapat pegi tarawih, alhamdulillah...

and sebut tentang tarawih, tahun lepas, merancang dengan kawan2, dengan hafiz bai, dengan arizam, nak pegi tarawih kat different masjid every night, paling kurang, 15 different places, but last year, its doesn't happen...but this year, senang nak tarawih lak..huhu...

first night, pegi kat masjid UTM, the next night, pegi kat masjid sri pulai...and next and next...and thats very interesting, even thought just in skudai area, but still, it have a different mood in different masjid...best woo...ada imam yang baca rileks je, habis satu muka satu rakaat, ada yang every second rakaat baca surah al-ikhlas..and before 9pm, dah habis 8 rakat...huhu...

that one thing that interest for me lah, to others, maybe this is a month that they can rileks from other thing, they can focus on their ibadah only, mostly pakcik2, every night, tidur and qiam kat masjid....datang seawal 10pm, tidor terus, takde borak2, and bangun by 3am...huhu..bestnyer...before subuh balik...

dan memang betul, this month dinyatakan sebagai bulan ibadah, bulan berpesta ibadah..pelik kan? ibadah pun nak berpesta, but thats the reality, people all around the world, penuhkan masjid, boleh lak habiskan al-Quran dalam satu bulan, and lesser, kalau bulan lain, setahun tak habis2 khatam quran...pelik kan? but thats the reality, semua orang berlumba2 nak tambah amal....huhu....

anyway, adakah kita addicted gak dengan pesta yang melanda hati ramai orang? atau kita masuk orang tak ambil peduli? atau kita langsung tak nak layan? atau tak sempat nak melayan? atau just nak amik sikit2 je amal yang termampu...?

terpulang pada kita? apa yang seronok pada korang dalam bulan ramadhan ni?

tepuk dada, tanya iman...

Friday, September 21, 2007

SOmething About Upin and Ipin

Assalamualaikum,

since the efx2 broke down or what so ever happen, so, terasa malas nak buat blog yang baru...so, bosan2, masuk je dalam blog ni dulu...nanti dah rajin sikit, baru buat yang baru...if i'm not lazy enough ler..hoho...

so, lately, in this ramadhan, tv9 started a very cute show, call Upin & Ipin, two brother, made by malaysian...and i'm really proud of it...its shows every friday, saturday and sunday, so, for starting, this is the three episode, haha...someone has upload it in youtube...so, you also can watch it...and this is special to those who stay or studying oversea, and didnt know about this show, so, this is it...layan beb! gerek gak, truly layan...haha...rasa macam nak cubit2 je pipi dieorang tuh...macam nak cubit pipi baby layth...errr...future doc, jangan marah, k? you can a lovely mom? keh keh keh...


anyway, lots of thing happen...and sometimes, i feel like i cant go on...but then, the spirit from everybody lift me up...and know, i'm on fire!!! come here master project, i'm gonna settel down with you!!! hohoho..

anyway, this is my first ramadhan as a husband..huhu...kelakar pun ada gak...anyway, keep up the good work...lalala...apa aku merepek ni...time puasa ni, kepala agak mereng sikit...so, layan je lah citer budak kecik dua orang nih...


upin dan ipin part 1: esok puasa!!


upin dan ipin part 2: dugaan!


upin dan ipin part 3: nikmat!!

Tuesday, September 18, 2007

MASIH vs TINGGAL

assalamualaikum,

bertemu lagi, selepas beberapa ketika...

masih versus tinggal? tajuk jenis apa ini? ok, cuba anda fikirkan, apabila kita sedang belajar, atau kita bekerja, dan kita perlu menyiapkan kerja kita, tugasan, atau mungkin, kita perlu belajar untuk peperiksaan yang semakin dekat masanya, apa ayat yang akan keluar dari kita?

"alamak, masa TINGGAL 2 minggu je lagi"

atau

"MASIH ada 2 minggu lagi!"

dalam frasa ayat yang pertama, seperti kita terkejar2 masa, seolah2 kita tidak berkesempatan untuk membuat kerja kita, tidak sempat nak belajar, tidak sempat dan tidak berkesempatan...

dalam frasa ayat yang kedua pula, ada dua situasi yang akan melanda kita, samada kita positif dan yakin dengan kemampuan diri kita, ataupun, kita leka, dan tidak ambil peduli...

jika kita positif, ayat panjangnya akan menjadi seperti berikut

"MASIH ada 2 minggu lagi, insyaALLAH, aku masih sempat siapkan, dengan jadual yang dirancang, insyaALLAH boleh!!"

begitu bersemangat dan berkeyakinan tinggi sekali, tapi cuba kita liha ayat berikutnya

"MASIH ada 2 minggu lagi, rileks arr, masih banyak masa"

gaya yang biasa kita dengar...lalu, kita bertanya kembali pada diri kita, kita ini jenis yang mana satu? yang yakin dengan kemampuan kita? atau tidak yakin? atau mungkin, mengambil dan membuat kerja sambil lewa sahaja...terpulang pada kita...kita yang lebih memahami diri kita..

kepada sahabat2 yang mengejar keberkatan ramadhan, MASIH ada 24 hari lagi untuk kita berkejar-kejaran, untuk kita memungut, untuk kita memperbaiki, untuk kita buat apa yang patut kita buat, dan memperbanyakkan lagi amalan kita yang sedia kala sedikit ini...

oleh itu, mari kita menambahkan keyakinan kita, yang walaupun 5 hari telah berlalu, tapi, MASIH ada ruang dan peluang untuk kita merebut, dan memperbaiki diri kita, agar ramadhan ini, walaupun tidak sepenuhnya, tapi masih punya ruang untuk diri kita perbaiki diri, dan lebih lagi, menambah ruang amal kita...

SALAM RAMADHAN KAREEMMM...

ahlan wa sahlan...

Monday, September 17, 2007

Friday, September 07, 2007

Bajet 2008

assalamualaikum,


Bajet 2008 datang kembali, satu saat yang ditunggu2 oleh rakyat malaysia, selepas berhempas pulas selama setahun, dan selepas berakhirnya keseronokan menyambut kemerdekaan ke 50 kalinya...akhirnya, PM akan membentangkan bajet 2008...

bajet kali ini, katanya akan memberikan impak yang besar, dan lebih kepada keperluan ekonomi setempat, selepas kerajaan menaikkan gaji pekerja kerajaan diantara 15% - 35%, kali ini, yang memberikan impak sedikit negatif, apabila kebanyakan peniaga, menaikkan harga barang keperluan, dengan pelbagai alasan

lalu, kali ini, bonus yang ditunggu pegawai kerajaan juga menjadi satu persoalan, adakah ianya akan ada, atau akan ditidak adakan...atau mungkin, kali ini, bajet akan menyentuh aspek pertanian yang selama ini diperjuangkan oleh PM kita...

tapi, selepas beberapa ketika, terfikir juga, adakah kali ini, WPI, Koridor Utara, Koridor Timur, akan mendapat manfaat yang sama? atau sekadar menjadi angan2 semata?

sebagai penduduk malaysia, sebagai seorang mad'u, sebagai daie, sebagai apa juga diri kita cuba perlakukan, bajet 2008 ini, akan memberikan impak kepada kita, samada kita mahu, atau tidak, atau kita tidak mahu mengambil tahu...dan walaupun kita tidak mengambil tahu, ianya tetap akan terjadi, tetap akan berjalan, dan kita perlu berfikir, di mana kita, dan di mana sudut yang boleh kita gunakan untuk menjana modal insan, agar masyarakat tidak hanya mendapat keperluan ekonomi, tetapi juga, keperluan rohani...

bertanya kembali, di mana kita? dan ke mana kita?

renung-renungkan, dan fikir-fikirkan...