Friday, July 13, 2007

tahukah anda? kemerdekaan malaysia

assalamualaikum,

tahukah anda, tarikh kemerdekaan negara kita, negara malaysia ini? oohhh...iye, 31 ogos 1957, iye, betullah tuh, sangat betul...tapi, anda tahu ke tarikh hijrah untuk kemerdekaan kita? oo...belum tahu ye?...mm...betul juga tuh...

kita tahu kisah disebalik kemerdekaan kita? oo...iye, tunku onn jaafar pegi jumpa dengan ratu british time tuh, then, masa nak pegi, kumpul duit dari rakyat, untuk sokongan...mm...betullah tu...

then, tarikh tuh, sape ek yang pilih? oo....tak tahu ek? mestilah tunku kan? tapi, betul ke? ke masih ada orang yang yang die berbincang? oooo...tak tahu ye? takpelah...

kenal ke Tuan Guru Abdullah Fahim? ala, datuk kepada Pak Lah...tak kenal? ha'ah, saya pun tak kenal, tak tahu pun cerita...tapi hari tu, ustaz rifqi ada bagitahu, Tuan Guru Abdullah Fahim, adalah antara ulama malaysia saat kemerdekaan dulu...tak percaya? err....kite kene cari buku ulama malaysia, yang nombor dua...ada gambar lagi...ha'ah, pernah nampak kan? oo...tak minat? takpelah...

masa tunku pegi, die naik apa ek? naik kapal ke? ha'ahlah, die pegi naik kapal, dua minggu tu, lama sangat...kenapa ek? pastu balik naik kapal terbang..kenapa tak naik kapal terbang je masa pegi? ooo...tak tahu gak...emmm....susah gak, mengaku je anak malaysia, rupanya, banyak lagi kita tak tahu kan? teruk betul kita nih...kita disogokkan dengan kisah2 dari barat je...sedangkan ada sejarah dari negara kita sendiri...kan?

------------------------------------------------

ketika tunku ingin pergi berjumpa ratu british saat itu, die bertanya kepada Tuan Guru Abdullah Fahim, pendapat beliau ketika ingin ke sana, samada ingin menaiki kapal laut, atau kapal terbang, lalu Tuan Guru menyatakan, pergilah menaiki kapal laut, kerana dalam perjalanan selama dua minggu itu, mereka dapat berbincang lagi sesama sendiri, mengenai perkara berkaitan, dan menghadamkan kesemuanya, dan apabila bertemu ratu british kelak, mereka dapat menjawab semua persoalan dengan lancar dan tepat....


selepas selesai Tunku pulang daripada britian, dia bertemu dengan Tuan Guru sekali lagi, untuk mendapatkan tarikh yang sesuai, dan menggunakan ilmu falak, yang beliau kuasai, tarikh yang diberikan adalah

31 Ogos 1957 Masihi

bersamaan

5 Safar 1377 Hijrah

nah, sekarang anda tahu tarikh hijrah kemerdekaan negara malaysia, indah kan begitu? kita sibuk meraikan kemerdekaan, tanpa mengetahui apa yang ada disebaliknya...sedihnya hati, sebab diri sendiri pun masih banyak tidak tahu...moga ALLAH bagi kekuatan untuk mengenal lebih lagi, agar ianya dapat menambah IMAN dalam hati ini...dan hati isteri, hati kedua ibu bapa kami, saudara2 kami, sahabat2 kami...dan kaum muslimin seluruhnya....amin...

3 comments:

Hana' said...

Ohh, macam tu rupanya cerita dia.

Interesting..interesting...

Anonymous said...

Bagus la abg citer kan blk dlm nie. Kiter hampeh jer... lain kali gi majlis ilmu dr meeting jer la... (hahahaha)
-Wanie-

Zakeri said...

hana: ha'ah, hari tu g majlis ilmu baru tau..nasib baik catit sikit2, boleh ingat, bile ingat, kongsi dengan orang lain...

wanie: hoho...tapi kalau baca dalam sejarah ulama malaysia, lagi detail kot..ingat nak cari, kan sayang? hehe...umayr jangan jeles

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...