Tuesday, July 03, 2007

keperluan diri?

assalamualaikum,

hari hari, telah pun berlalu,
usiamu, makin bertambah,
seorang ibu, sudah semakin tua,
namun terus berkorban,
untuk sesuap rezeki,
agar sempurna, hari depanmu....

---------

alhamdulillah, akhirnya, selepas kejatuhan seperti sudah berakhir...dan semoga, semangat yang ALLAH berikan ini, mampu untuk menguatkan lagi keazaman dan kekuatan dalaman diri untuk terus berdiri dan terus berdiri di atas jalan yang DIA redhai...aminn...

beberapa hari ini, saat dan waktu seperti semakin suntuk, seperti masa itu tidak lagi memberikan ruang dan peluang untuk diri bernafas dan menarik nafas lega...

namun, dalam kesibukan dan kepayahan hidup yang macam2 ada ini...perlu diingatkan, perlunya untuk menyeimbangkan banyak perkara, rohani kita, fikiran kita, dan juga fizikal kita...semuanya perlu diseimbangkan, lagi2 dalam hidup berkeluarga, perlu bersama2 untuk menguatkan semuanya..harapnya, ia mampu untuk menjadi kenyataan...

terasa lama benar tak berjoging...tapi, riadhah yang lain, masih ada dilakukan. terasa seperti telah berlaku zalim pada jasmani, dengan tidak memberikan keperluan yang sepatutnya...

insyaALLAH, kita cuba azam, perkahwinan tidak menyekat gaya hidup yang sihat, malah, menuntut agar lebih lagi menggayakan cara hidup sihat, supaya dapat menjaga keluarga, menjaga kesihatan, spiritual, dan juga akal fikiran..

moga ALLAH permudahkan..aminn.....

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...