Friday, July 27, 2007

Warisan - Jasa Bonda

Assalamualaikum,

ayah saya suruh cari lagu ni, dah lama dah...so, baru dapat cari..sebab tak tahu tajuk lagu, tak tahu apa2...so, lastly, mama call satu pagi, dua hari lepas, suruh dengar ikim.fm, and time tu lagu ni dimainkan...so, tangkap lirik die je...alhamdulillah...dapat gak hari ni, selepas lebih dua bulan meneka2 lagu apa..huhu...

orait, khas buat wanie sayang, and ayah wanie...



Warisan

Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah


Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Wednesday, July 18, 2007

video clip hari ini

assalamualaikum,

satu video klip dari Top Gear, tentang kereta limousine, tapi hampeh giler..kelakar gak, boleh main blowling dalam kete...tak caya? tengok sampai habis...haha...

the next one, video my best friend wedding, jubey, dengan wardah, so, tengok, dan hayatilah ianya...masyuk tuh lagu video jubey..hoho






Monday, July 16, 2007

Lafaz Nikah Jubey

Assalamualaikum,

so, pada yang tak dapat datang, kempunan nak tengok, ni video masa jubey nikah..huhu...





rite....sekali lafaz, dengan kelajuan cahaya..hoho

Friday, July 13, 2007

tahukah anda? kemerdekaan malaysia

assalamualaikum,

tahukah anda, tarikh kemerdekaan negara kita, negara malaysia ini? oohhh...iye, 31 ogos 1957, iye, betullah tuh, sangat betul...tapi, anda tahu ke tarikh hijrah untuk kemerdekaan kita? oo...belum tahu ye?...mm...betul juga tuh...

kita tahu kisah disebalik kemerdekaan kita? oo...iye, tunku onn jaafar pegi jumpa dengan ratu british time tuh, then, masa nak pegi, kumpul duit dari rakyat, untuk sokongan...mm...betullah tu...

then, tarikh tuh, sape ek yang pilih? oo....tak tahu ek? mestilah tunku kan? tapi, betul ke? ke masih ada orang yang yang die berbincang? oooo...tak tahu ye? takpelah...

kenal ke Tuan Guru Abdullah Fahim? ala, datuk kepada Pak Lah...tak kenal? ha'ah, saya pun tak kenal, tak tahu pun cerita...tapi hari tu, ustaz rifqi ada bagitahu, Tuan Guru Abdullah Fahim, adalah antara ulama malaysia saat kemerdekaan dulu...tak percaya? err....kite kene cari buku ulama malaysia, yang nombor dua...ada gambar lagi...ha'ah, pernah nampak kan? oo...tak minat? takpelah...

masa tunku pegi, die naik apa ek? naik kapal ke? ha'ahlah, die pegi naik kapal, dua minggu tu, lama sangat...kenapa ek? pastu balik naik kapal terbang..kenapa tak naik kapal terbang je masa pegi? ooo...tak tahu gak...emmm....susah gak, mengaku je anak malaysia, rupanya, banyak lagi kita tak tahu kan? teruk betul kita nih...kita disogokkan dengan kisah2 dari barat je...sedangkan ada sejarah dari negara kita sendiri...kan?

------------------------------------------------

ketika tunku ingin pergi berjumpa ratu british saat itu, die bertanya kepada Tuan Guru Abdullah Fahim, pendapat beliau ketika ingin ke sana, samada ingin menaiki kapal laut, atau kapal terbang, lalu Tuan Guru menyatakan, pergilah menaiki kapal laut, kerana dalam perjalanan selama dua minggu itu, mereka dapat berbincang lagi sesama sendiri, mengenai perkara berkaitan, dan menghadamkan kesemuanya, dan apabila bertemu ratu british kelak, mereka dapat menjawab semua persoalan dengan lancar dan tepat....


selepas selesai Tunku pulang daripada britian, dia bertemu dengan Tuan Guru sekali lagi, untuk mendapatkan tarikh yang sesuai, dan menggunakan ilmu falak, yang beliau kuasai, tarikh yang diberikan adalah

31 Ogos 1957 Masihi

bersamaan

5 Safar 1377 Hijrah

nah, sekarang anda tahu tarikh hijrah kemerdekaan negara malaysia, indah kan begitu? kita sibuk meraikan kemerdekaan, tanpa mengetahui apa yang ada disebaliknya...sedihnya hati, sebab diri sendiri pun masih banyak tidak tahu...moga ALLAH bagi kekuatan untuk mengenal lebih lagi, agar ianya dapat menambah IMAN dalam hati ini...dan hati isteri, hati kedua ibu bapa kami, saudara2 kami, sahabat2 kami...dan kaum muslimin seluruhnya....amin...

Thursday, July 12, 2007

ustaz rifqi: C.I.N.T.A

assalamualaikum

hehe, malas nak update tentang niat tuh, actually, terdetik nak upload tentang niat, sebab nasyid dari muadz, dari album die al-asr, a moment..something like that...

anyway, semalam, isteri tersayang ajak pegi ke majlis ilmu, IMAN CORNER, yang dianjurkan oleh otai2 KRI, so, layan jelah..patutnya ada mesyuarat untuk program lain, so, tunggu orang, sekali call umayr, tak jadi lak mesyuarat, ganti hari jumaat, so, apa lagi, layan je lah majlis ilmu tuh...

---------------

malam yang bening, ustaz memulakan ceramah dengan lafaz bismillah, dan dengan menggunakan teknologi power point, die terus memaparkan tajuk ceramahnya malam itu, C.I.N.T.A, satu tajuk yang sangat sinonim dengan kita...tapi, apa maksud sebenarnya?

dihuraikan dari surah at-Taubah:24, ---> sekiranya bapa2 kamu, anak2 kamu, isteri kamu, perniagaan yang kamu takut kerugian and so on...lebih kamu cintai dari kecintaan kepada ALLAH dan RasulNYA, dan berjihad di jalan ALLAH, maka tunggulah......

lalu dihuraikan oleh ustaz rifqi lagi, dalam hadith yang dibentangkannya, sape yang patut kita cintai? pertama sekali, ALLAH, kedua, cinta orang yang mencintai ALLAH, dan ketiga, cinta kepada amalan2 yang mendekatkan kita kepadaNYA...

dan seterusnya, ustaz menerangkan, dalam hadith yang lain, perkara yang akan mengampunkan dosa hamba2 ALLAH yang banyak dosa ni, iaitu;

  • berjalan ke masjid
  • duduk bertafakur dalam masjid selepas solat berjemaah
  • mengambil wudhu' dengan sempurna
  • bercakap dengan lemah lembut dengan orang2 lain
  • sentiasa menjaga solat malam

oleh itu, apa lagi kawan2? jangan tunggu2 lagi, lakukan apa yang patut, kita mengejar redha ALLAH, moga dosa2 kecil dapat dihapuskan terus (aminn....), dan amalan harian bertambah juga (aminnn lagi sekali)

so, pada semua, moga ada sedikit manfaat untuk diri sendiri dan orang lain. teringat, kebiasaannya, orang2 tabligh akan memberikan tasykilnya, dan dieorang akan cakap, tazkirah ni, sebenarnya untuk diri sendiri, sebab telinga sendiri lebih dekat dan lebih dengar apa yang dicakapkan, dalam ni, penulis sendiri yang baca terlebih dahulu dari orang lain...moga bermanfaat..aminn...

------
*kredit to isteri tersayang sebab ajak pegi ceramah semalam

Friday, July 06, 2007

setiap sesuatu bermula dengan niat

assalamualaikum,

pernah ke dengar tentang niat? rasanya banyak kali telah diterangkan, disuakan dengan pelbagai kisah tentang niat...tentang seorang abid, tentang hijrah lebih2 lagi, sebab apa? sebab masa hijrah, ramai yang ikut berhijrah, tapi niatnya berbeza....

apapun, niat yang penting, akan tetapi, niat, tidak menghalalkan cara....penting sangat...alamak, tak sempat, keje banyak...upload and update lain kali...lalalala

Wednesday, July 04, 2007

ampuni daku

assalamualaikum,

keperluan untuk merancang, seperti tidak menjadi satu habit pada diri sendiri. seolah2 semua perkara akan menjadi dan terjadi begitu sahaja...seperti mengharap ianya akan berlaku, dan dnegan hanya mengatakan "jadilah", dan benda itu terjadi...

tidak, tidak dan tidak, sebagai manusia, perlu sangat2 untuk merancang, dengan pelbagai kaedah...ada cara A, ada cara B, bergantung kepada seseorang...yang penting, ianya perlu untuk dizahirkan...ditulis, di apa jua. kerana manusia yang tidak merancang, sukar mencapai matlamat hidupnya...

matlamat hidup? ramai yang bertanya...dan ada yang menyasarkan matlamat hidupnya, untuk menjadi insan yang soleh, solehah. ada yang menyasarkan lebih sikit lagi, agar dapat bersama keluarga mengamalkan ISLAM sepenuhnya...ada yang lebih lagi, nak bersama daulatkan negara menjadi negara ISLAM, dan ada yang lebih lagi, untuk seluruh alam mengamalkan ISLAM...

so, terpulang pada kita...dan juga, tengok kemampuan kita...bukankah begitu?

so, bile nak tahu? bile nak bermula, mulakan dengan langkah pertama...insyaALLAH, langkah bermula, dan terus melangkah...kiranya penat, berhenti sebentar, dan teruskan perjalanan...

Tuesday, July 03, 2007

keperluan diri?

assalamualaikum,

hari hari, telah pun berlalu,
usiamu, makin bertambah,
seorang ibu, sudah semakin tua,
namun terus berkorban,
untuk sesuap rezeki,
agar sempurna, hari depanmu....

---------

alhamdulillah, akhirnya, selepas kejatuhan seperti sudah berakhir...dan semoga, semangat yang ALLAH berikan ini, mampu untuk menguatkan lagi keazaman dan kekuatan dalaman diri untuk terus berdiri dan terus berdiri di atas jalan yang DIA redhai...aminn...

beberapa hari ini, saat dan waktu seperti semakin suntuk, seperti masa itu tidak lagi memberikan ruang dan peluang untuk diri bernafas dan menarik nafas lega...

namun, dalam kesibukan dan kepayahan hidup yang macam2 ada ini...perlu diingatkan, perlunya untuk menyeimbangkan banyak perkara, rohani kita, fikiran kita, dan juga fizikal kita...semuanya perlu diseimbangkan, lagi2 dalam hidup berkeluarga, perlu bersama2 untuk menguatkan semuanya..harapnya, ia mampu untuk menjadi kenyataan...

terasa lama benar tak berjoging...tapi, riadhah yang lain, masih ada dilakukan. terasa seperti telah berlaku zalim pada jasmani, dengan tidak memberikan keperluan yang sepatutnya...

insyaALLAH, kita cuba azam, perkahwinan tidak menyekat gaya hidup yang sihat, malah, menuntut agar lebih lagi menggayakan cara hidup sihat, supaya dapat menjaga keluarga, menjaga kesihatan, spiritual, dan juga akal fikiran..

moga ALLAH permudahkan..aminn.....

Monday, July 02, 2007

Assalamualaikum,

terasa sangat dengar lagu nih...sedih sangat pun ada gak..tak tahulah...

walaupun nampak seperti ianya lagu yang kureng, tapi liriknya, sangat menyentuh hati...thanx to grapenasyeed.com sebab menunjukkan lagu ni...isk isk..*nangis sendirian...