Saturday, June 02, 2007

Jelesnyer...

assalamualaikum,

semalam, hampir habis membaca sirah Ar-Rasul tersayang. kisah hidupnya telah dikhatamkan, dan bab yang terakhir, memberitahu akhlak Ar-Rasul s.a.w. betapa indahnya akhlak Baginda, betapa cantiknya tutur kata dan sebagainya...benarlah, seperti kata saidatina Aisyah r.a, bahawasanya akhlak Rasulullah itulah akhlak Al-Quran...

juga diterangkan bentuk badan Ar-Rasul, tidak ada gambar, cuma gambaran...Ar-Rasul seorang yang tegap, yang sasa, dada dan perutnya rata, tidak buncit. rambut yang separuh ikal dan separuh luruh...matanya yang putih kemerahan, anak mata yang hitam, mata yang besar, muka yang bersih, dan disempurnakan dengan jambangnya.

pabila ketawa, ketawanya adalah pabila Baginda tersenyum...bila terbaca, ya ALLAH, betapa jelesnya hati ini, betapa geramnya hati ini, betapa berasa beruntungnya para sahabat, dapat jumpa, dapat hidup bersama...ada bersama saat Baginda s.a.w mendapat wahyu, memberi nasihat sedikit sedikit..

tersenyum saat orang bergurau, malah Baginda sendiri juga bergurau bersama sahabat Baginda. saat tersenyum, seolah2 ada kilat dan cahaya yang memancar ke seluruh tempatnya tersenyum. seolah2 satu rahmat menyelubungi kawasan tersebut....

dalam satu kisah, Abu Hurairah berkata:

"aku tidak pernah melihat seseorang yang berjalan lebih laju daripada Rasulullah s.a.w seolah dunia dilipatkan kepada Baginda. kami terpaksa bersusah payah untuk berjalan seiring dengannya sedangkan Baginda berkeadaan biasa. sifat Rasulullah s.a.w yang lain ada ketawanya ada tersenyum. Apabila Baginda s.a.w berpaling, seluruh tubuhya akan berpaling, dan apabila berjalan, Baginda s.a.w berjalan cepat sebagaimana Baginda turun dari tanah yang curam."

bila terbaca satu demi satu demi satu keperibadian Ar-Rasul, semakin rasa rindu, terasa sangat2 jeles, sangat2 jeles...sebab tak berada bersama dengan Baginda....

satu segi, sirah Ar-Rasul menunjukkan bahawa Baginda tidak pernah kenyang perutnya selama tiga hari berturutan. dan tidak pernah mengadu sekiranya tidak mempunyai makanan...sedangkan, harta rampasan perang, dari perang badar, uhud, khandak, khaibar, dicampur dengan sarriyah (peperangan yang tidak melibatkan Ar-Rasul), memang terlalu banyak..tapi, Baginda tetap zuhud, dan pada saat kewafatan Baginda, baju besinya tergadai di sisi seorang Yahudi...

ya ALLAH, entahla...kita ni, lagilah, makan cukup, minum cukup. tak makan tengahari pun mengadu, tentang kelaparan perut kita, betapa kita tak bertenaga sebab tak makan lagi. tidur pun dengan perut penuh kadang2 tu...malunya...entahlah, rasa sangat2 malu....dan sangat2 rindu...

benarlah, dengan mengenali seseorang, kita akn lebih menyayanginya, lebih2 lagi, Ar-Rasul s.a.w, yang agung...terasa betapa kerinduan dalam hati, tidak dapat dibendung lagi...

"alangkah indahnya, hidup ini,
andai dapat ku tatap wajahmu,
kan pasti mengalir air mataku,
kerna pancaran ketenanganmu,

alangkah indahnya, hidup ini,
andai dapat ku kucup tanganmu,
moga mengalir keberkatan dalam diriku,
untuk mengikut jejak langkahmu,

Ya Rasulullah, ya Habiballah,
tak pernah ku tatap wajah mu
Ya Rasulullah, ya Habiballah,
kami rindu padamu,"

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...