Thursday, May 03, 2007

Satu persoalan

assalamualaikum,

satu perasaan, bila dibolak balikkan...

mmm...sebenarnya benda ni dah jadi agak lama, dan bukan sekadar agak lama, tapi telah sangat lama...cuma nak menunjukkan masa yang lama telah diambil sebelum keputusan ini dibuat...

---------------------------------

kalau pernah membaca karya tulisan mustafa masyhur, bertajuk dakwah fardhiah, terdapat uslub dan marhalah dalam dakwah.

marhalah yang pertama, adalah untuk mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad'u, iaitu taaruf, perkenalan...kita bersungguh2 untuk mengenali mamat ni, bertanya khabar selalu, ajak berbual, jumpa, minum sekali, kadang2 sama2 berjoging, bersukan dan sebagainya...

marhalah yang kedua, adalah pembangunan iman, perbincangan mengenai iman dalam kehidupan kita. dalam semua aspek, kita menerangkan bahawa kepentingan iman itu, menerangkan keunikan ciptaan ALLAH, menunjukkan, bahawa betapa indahnya alam ini, dan kehidupan ini, bila hidup bersulamkan iman dan islam...

marhalah yang ketiga, adalah memperbaiki diri, dengan mengajarkan kepada madu tentang kebenaran dan ketaatan kepada ALLAH...memperelokkan ibadah, dan sebagainya..

dan marhalah yang keempat, adalah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul, bukan sekadar kepada solat, puasa, zakat, dan haji sahaja, tapi lebih lagi. semua aspek kehidupan kita adalah ibadah...makan, minum, riadhah, tengok tv, berbual dan sebagainya adalah ibadah...dengan syarat;
1. niat kepada ALLAH,
2. melaksanakan dengan mengikut syariat
marhalah kelima pula, adalah pabila kita menerangkan kepada madu, bahawa, islam ini, bukan sekadar amalan individu sahaja, ia lebih lagi, ia meliputi masyarakat secara khusus...ia melibatkan ekonomi, perundangan, sistem hidup, pemerintahan dan sebagainya. inilah sebenarnya konsep agama islam, bukan sekadar memperelokkan diri sendiri, tapi juga memperelokkan orang lain, dan lebih lagi, semua sistem hidup kita. oleh itu, disinilah bermulanya individu untuk membantu orang lain, dan ia dinamakan sebagai dakwah...

marhalah keenam pula, adalah menjelaskan bahawa, dalam kita membantu dan memperelokkan orang lain, kita perlu bersama2 dengan orang yang juga membantu menolong orang lain ini. oleh itu, perlunya untuk bergerak bersama2, bersama2 atau lebih dikenali sebagai berorganisasi, kerana dengan bersama2, ia lebih menguatkan lagi kekuatan bantuan kita..dan disinilah bermulanya organisasi yang dinamakan sebagai jemaah...

marhalah yang ketujuh, menekankan, bahawa, jemaah yang ingin dia bersama, perlu untuk mempunyai sifat2, atau nilai2 yang tertentu, agar niat yang ikhlas, dan mengikut syariat ini, tidak tersilap langkah, atau terlalu terburu2 mengejar laksana.

-------------------------

namun, persoalan timbul, apabila satu situasi dikemukakan...

kita dah lama mengikut dakwah, dan tarbiyah ini, akan tetapi, ada sedikit lompatan dari awal marhalah, madu tidak melalui marhalah pertama, dan kedua, dan mungkin, ketiga dan keempat...bagaimana ianya boleh dilakukan? memang benar, sebahagian orang, pernah belajar itu semua sejak awal, tapi, ia tidak menunjukkan bahawa, bolehnya untuk melompat dari marhalah2 tersebut...

dan apabila, seseorang itu, telah mengikuti kesemua marhalah tersebut, dan di saat akhir, dia tertewas sebentar, terleka, dan ditinggalkan...dan akhirnya, dia ingin kembali...dan semua orang merasakan, ia boleh terus bekerja, sedangkan, dia merasakan bahawa dirinya, tidak lagi seperti dahulu, dan memerlukan bantuan dan bimbingan untuk bermula semula...sedari awal...

amalan individunya perlu digilap semula, amalan sunatnya, terlalu banyak perlu dibaiki, amalan tambahan, masih terkapai2 cuba dilalui, dan saat itu, semua orang merasakan dia perlu bergerak dan membantu, tapi hakikatnya, dia tidak bersedia lagi, dan perlu untuk membantu dirinya sendiri mencapai tingkatan yang pernah dicapainya...

dan apabila semua orang masih menganggap dia ini tidak memerlukan semua itu, dan hanya perlu bergerak bersama, akhirnya, dia akan merasakan, bahawa, ia tidak akan dapat membantu. dan akhirnya, terus tenggelam, kerana keperluan peribadi, amalan individu masih tidak mampu dilalui, dan akhirnya, amalan wajib menjadi teman, dan akhirnya, muka yang satu ketika dulu menjadi berada didepan, selalu bersama teman, senyum dan tertawa bersama, tapi saat duka, dia ditinggalkan, saat memerlukan, dia tetap sendirian, akan hilang terus, dan mungkin hanya sekali sekala dilihat berada di masjid, di surau, ber"jemaah" juga, tapi hanya sekadar ber"jemaah" dalam solat...

---------------------------------

analisis dibuat berdasarkan pengalaman, dan pemerhatian daripada beberapa orang yang pernah gah satu ketika dahulu, menjadi ikon, tapi akhirnya, dalam "situasi" yang sama, dalam keadaan yang sama, orang yang sama, kumpulan orang yang sama, orang itu akhirnya, tidak mampu kembali, dan sekadar melaksanakan kehidupan sebagai seorang muslim, bukan kerana "tidak hendak", tapi sudah "tidak dihendak".

bukan tidak mahu bersama, tapi bukan itu yang menjadi keperluan saat itu, keperluannya adalah untuk mengembalikan dahulu "amalan" yang pernah jadi "mainan" satu ketika dahulu...

terfikir, bagaimana hendak kembali "bermain" seperti dahulu?...mmmm...tidak perlu mad'u pun, cukuplah sekadar sahabat yang sama2 mengajak kembali seperti dahulu...bersama ke tiang seri masjid yang itu, tidur bersama, di awal pagi, dikejutkan...saat awal minggu, diajak bersama menahan lapar, dan sama2 minum saat azan maghrib berkumandang...dimanakah teman itu? entahlah...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...