Wednesday, May 09, 2007

Perancangan diri

assalamualaikum,

syukur ada yang masih mengingati...

manusia, saya sendiri, merancang dengan teliti, untuk melakukan pelbagai perkara, bermacam2 benda yang disiapkan nak dibuat, nak diselesaikan, nak dipenuhi dan macam2 lagi2 kehendak dan kemahuan yang ingin dipenuhi..

tapi, seringkali, dengan perancangan yang amat teliti pun, namun, selalu terlupa, yang perancangan manusia, hanya perancangan manusia...manusia merancang, tapi jangan lupa, ALLAH jua ada perancanganNYA, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik...

nak sangat pergi ke program, tapi akhirnya, kerana isu yang sangat sedikit, dengan dikurangkan satu nikmat, terus tempang, terus tidak berdaya...terasa patah kaki, terasa kurang kenikmatan pada diri, kurang kekuatan untuk pergi...

seringkali jua, hanya kerana sebab yang sedikit...kerana ada seseorang yang juga pergi ke program, maka terus ditolak pelawaan untuk pergi...

namun, tidak dilupa jua, perancangan yang tidak dirancang...perancangan untuk pergi awal, tapi akhirnya, terlupa yang diri sendiri perlu pergi..kan kecil sahaja nikmat yang ALLAH tarik, nikmat "ingat"...dan nikmat ini yang selalu terjadi pada manusia setiap hari, setiap masa...

ingat, sebab itu perlu mengingati...dengan pelbagai cara, cara yang moden ini, mengingati menggunakan mesej handphone, mesej menggunakan email, mesej menggunakan paparan pada papan kenyataan, mesej dengan artikel yang pelbagai. ditampal dimerata tempat..memberi secara terus menggunakan tangan..

tapi jangan lupa, perancangan dan usaha manusia, perlu jua disusuli dengan ikhlas...takut2, nanti ada yang usahanya melayang begitu sahaja...seperti tafsir yang disampaikan oleh ustaz zahazan mohd, dalam tafsirnya pada 7 mei 2007, mengingatkan, bahawa, syaitan, kadangkala membiarkan manusia membuat pelbagai kebaikan, dan akhirnya, merosakkan segalanya, dengan cara yang sangat mudah, iaitu "riak", "takjub diri"..

sebagai contoh, bangun awal pagi, dengan niat untuk bertahajud, mendekatkan diri dengan ALLAH, kemudian, pergi ke surau, kita yang mengazankan azan pagi2 setiap hari, kan hebat tu? setiap hari buat macam tu, ooohhh...zakri pun kalah, memang kalah teruk, tapi akhirnya, syaitan merosakkan dengan menghasut manusia itu dengan ujub, riak..dia memberitahu semua orang, yang dia bangun awal, dia yang azan, dia yang, dan dia yang..akhirnya semua amalannya lenyap...kesian bukan? kesian juga pada diri kita..

andai kata menulis blog pun, niat tidak ikhlas, untuk ramai orang membaca, kemudian, riak dengan penulis blog yang lain, yang blog kita ramai peminat, sia2 je penulisan kita kan? mmm.....

akhir sekali, tanya hati kembali, kenapa kita membuat semua ini?

cuma sedikit peringatan untuk diri sendiri yang sibuk merancang...semoga ALLAH terus ikhlaskan hati ini...aminnn....

---------------------
Hidupku Aku Yang Rasakan
Bukan Seperti Yang Kau Andaikan
Tak Seindah Yang Kau Anggapkan
Tapi Cukup Untukku Dendangkan
Lagu Ini Aku Tulis Hari Ini
Sekadar Untuk Sendiri Renungi
Bukan Saling Menyalahi
Tiada Sebab Yang Tersembunyi
---------------------

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...