Wednesday, May 02, 2007

insyaALLAH hari rabu

assalamualaikum,

tibe2 teringat, salah satu perkara yang sering diwar-warkan pada diri, iaitu benda yang selalu menjadi permainan, dan akhirnya diri sendiri tumpas...

eh, bukan itu yang hendak diperkatakan, sebenarnya, teringat satu madah

"janganlah kamu mencari redha manusia dengan kemurkaan ALLAH,
dan carilah keredhaan ALLAH walaupun manusia tidak redha..."

satu bait yang sangat pendek, jika dikatakan sebagai pendek, dan ianya sangat mendalam...dan selalu, dan sangat selalu terasa dengan diri sendiri, apa sebenarnya yang telah aku buat? kenapa akhirnya aku menjadi begini?

memang, benar, sangat benar...nampak seperti mudah untuk dilakukan, tapi tidak...

andaikan, bahawa kita berdepan dengan ibu kita, dan kita perlu bersegera dalam sesuatu, dan ibu kita meminta tolong daripada kita, dan kita tidak melakukannya...seperti biasa dilakukan bukan? tapi sebenarnya, redha ibu, sama ertinya dengan redha ALLAH, kerana itu, terfikir kembali betul ke apa yang aku buat ni?

sama juga, apabila diajak ke gelanggang futsal, seperti kelajuan cahaya jawapan "YA" terus diberikan, akan tetapi ke majlis ilmu, jawapan "YA" seperti tidak mempunyai masa depan, atau tidak lagi mempunyai kelebihan berbanding jawapan "tidak bolehlah", disertakan dengan beberapa attribut alasan yang panjang berjela..

kadang2, terfikir, betul ke apa yang aku buat ni? redha ALLAH, walaupun jauh lebih penting dari redha manusia, tapi seringkali, redha manusia yang kita kejar terlebih dahulu...dalam urusan solat, andai bos panggil berbincang, perbincangan didahulukan, hingga solat tercicir ke akhir waktu...betul ke tindakan aku ni?

dalam berdakwah juga sama, kita melupakan redha ALLAH, walaupun sebenarnya, kita mengejar redha ALLAH, dengan melakukan perkara2 yang "sedikit" membelakangi syariatnya...benarkah perbuatan aku ini?

aku pun tidak tahu jawapannya, yang pasti, kenyataan itu adalah benar, dan perbuatan aku yang tidak pasti, benar atau tidak....

bukankah begitu?
-----
penulis tidak pandai lagi menggunakan sepenuhnya function dalam blog+google ni...nantilah, supaya lebih best..sebab tak sempat..sempat menulis je..huhu...konon2 sibuk...padahal, langsung tak sibuk...opppss....kantoi...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...