Monday, April 23, 2007

berlari

assalamualaikum,





hari ni, masih lagi terasa kepenatan, dengan pelbagai perkara yang terjadi hari sebelumnya, menambah lagi sedikit kesakitan dalam badan...

larilah, wahai musangku, larilah, ayuh lari...


malam semalam, main futsal dengan pakcik2, di taman anggerik, selepas lebih kurang dua bulan tak main...ye, saya memang seorang yang sangat suka bersukan, lebih2 lagi futsal, tapi saya paling tak suka bermain bola sepak di padang yang lebih luas...penat giler, pastu sekali dua je dapat bola, memang bosan.
anyway, bukan persoalan bersukan atau tidak, tapi banyak perkara yang dapat difikirkan semalaman. paling seronok, dapat berkenalan dengan pakcik2 yang memang tak pernah jumpa pun sebelum ni. ada seorang pakcik, datang dari kota tinggi, perrrggghhhh...memang hebat, main dari awal sampai ke habis...saya bermain cuma 30minit, dan baju yang dipakai, tiada langsung ruang untuk ruang yang kering...(apa yang aku tulis nih?)

berlari ke sana kemari, melihat suasana yang pelbagai...kalau ikutkan hati, memang nak je marah2 orang, yelah, bawa bola pun fail, lagi nak main stiker, giler arr...apa daa...tapi, belajar untuk menelan amarah yang membakar, terus gak pas bola pada dia...

satu point....point yang lain, tengok gaya bermain pakcik2 ni, tak seperti bermain dalam kejohanan yang biasa. macam dalam EPL, yang penuh dengan gaya ganas, tackle tak ingat, macam dia sorang ada kaki, tapi pakcik2 ni, rileks je, macam tak pandai main pun ye juga...ukhuwwah tu, berjaya menahan kaki dari "pergi" lebih jauh untuk tackle orang sampai jatuh..betul ke? betul...


apapun, sedih gak, bila dalam gerakan, aspek kekuatan jasmani dikurangkan...mmm...tak nak komen lebih2, sebab sebelum ni, ramai gak yang memang boleh sama2 bermain, dan bukan sekadar "kaki surau" atau "kaki buku" je, cuma sekarang, kekurangan orang, nak buat satu team futsal pun susah...mmm....satu team futsal cuma 5 orang je, campur pemain tambahan, 7 orang ke 8 orang je...lalala

tapi dah cuti ni, ramai balik, main futsal setiap minggu arr...sorry ar pada "bukan kaki futsal", program kiteorang akan lebih pada futsal. actually, futsal digunakan untuk menarik orang kepada ISLAM lagi, tak percaya? sebab kat Taman Pulai Utama, AJK surau yang berikan tanah untuk dibina satu gelanggang futsal, iyelah, ia akan ditutup time solat, time lepas solat, dibuka kembali...kan bagus? then ada tirai, untuk pemain2 wanita, mmm....maksudnya, wanita pun boleh main, takde orang kacau..

anyway, terpulang pada individu untuk menilai, kepentingan sukan dan sebagainya...seimbangkan antara ruh, ilmu dan juga jasmani..kan?

3 comments:

Anonymous said...

setuju...!! aku balik JB nnt kita tubuhkan team futsal ikhwah ye :)

Anonymous said...

hoho...jom zaid...meriahkan jasmani kita...tunaikanlah hak badan kamu ke atas kamu..petikan kata2 us wan malam tu, betul tu...ilmu, ruh dan jasmani, tiga pemangkin hidup manusia...

Anonymous said...

wahh... main memolek yerk.. jgn sampai patah kaki..

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...