Sunday, April 29, 2007

pening

assalamualaikum,

beberapa hari yang lalu, mengimbau kembali kenangan lama, mengingat akan perangai yang nakal saat sekolah dulu, dan satu saat, tersenyum, lalu tergelak sendirian, betapa kurangnya kecerdikan otak untuk berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan...

dan, dengan pengalaman hidup yang terkumpul, dengan pelbagai rintangan yang dilalui, diri merasakan telah menjadi kuat, dan tabah mengharungi kehidupan...macam2 rintangan yang terjadi pada diri, boleh diharungi dan dilalui dengan sabar dan tabah..

walaupun diri telah semakin matang, namun tetap ada perangai2 yang masih tersimpan rapi, dan menjadi identiti diri, dan itu tidak mampu dirubah sama sekali...dan tidak ingin diubah, kerana ianya menjadi identiti diri sendiri dalam meneruskan hidup...dan salah satunya, ialah membaca komik, manga, dan apa jua yang sama sepertinya...

"membaca komik, manga dan sebagainya, seolah2 seperti budak kecik yang tidak mahu membesar"

itu pendapat sebahagian orang, dengan tanggapan, membaca komik, hanya akan menjadikan masa itu terbuang begitu sahaja, sedangakan dia lupa, lebih baik membaca komik, daripada melangut tak tentu pasal, daripada merempit ke sana sini, daripada membuat onar di luar sana, bukankah begitu?

tapi, bukan soal ini yang hendak diutarakan, tapi pengalaman hidup, menggambarkan, betapa sukarnya untuk mengekalkan keadaan dan situasi semasa...namun, lebih sukar untuk bangun semula, selepas terjatuh dengan teruknya...perasaan hati, hasutan syaitan, kekurangan sokongan, menambahkan lagi kesukaran ini, dan akhirnya, hati yang inginkan, terkubur begitu sahaja...

kebajikan, yang sering dilupakan, dan sering diingati untuk orang yang lebih bawah, dan tidak yang bersama2 kita...dan akhirnya, sekuat manapun seseorang itu, akan tersungkur jua...walaupun telah menjadi "otai", tapi, perasaan tidak dapat menipu...perasaan juga yang akan menjadi penghalang terbesar...bukannya tidak mahu, tapi, cuma perlukan perhatian, dan sokongan, dan akhirnya, hati yang mati, akan kembali hidup, dan berdegup dengan bersemangat sekali...

Monday, April 23, 2007

berlari

assalamualaikum,





hari ni, masih lagi terasa kepenatan, dengan pelbagai perkara yang terjadi hari sebelumnya, menambah lagi sedikit kesakitan dalam badan...

larilah, wahai musangku, larilah, ayuh lari...


malam semalam, main futsal dengan pakcik2, di taman anggerik, selepas lebih kurang dua bulan tak main...ye, saya memang seorang yang sangat suka bersukan, lebih2 lagi futsal, tapi saya paling tak suka bermain bola sepak di padang yang lebih luas...penat giler, pastu sekali dua je dapat bola, memang bosan.
anyway, bukan persoalan bersukan atau tidak, tapi banyak perkara yang dapat difikirkan semalaman. paling seronok, dapat berkenalan dengan pakcik2 yang memang tak pernah jumpa pun sebelum ni. ada seorang pakcik, datang dari kota tinggi, perrrggghhhh...memang hebat, main dari awal sampai ke habis...saya bermain cuma 30minit, dan baju yang dipakai, tiada langsung ruang untuk ruang yang kering...(apa yang aku tulis nih?)

berlari ke sana kemari, melihat suasana yang pelbagai...kalau ikutkan hati, memang nak je marah2 orang, yelah, bawa bola pun fail, lagi nak main stiker, giler arr...apa daa...tapi, belajar untuk menelan amarah yang membakar, terus gak pas bola pada dia...

satu point....point yang lain, tengok gaya bermain pakcik2 ni, tak seperti bermain dalam kejohanan yang biasa. macam dalam EPL, yang penuh dengan gaya ganas, tackle tak ingat, macam dia sorang ada kaki, tapi pakcik2 ni, rileks je, macam tak pandai main pun ye juga...ukhuwwah tu, berjaya menahan kaki dari "pergi" lebih jauh untuk tackle orang sampai jatuh..betul ke? betul...


apapun, sedih gak, bila dalam gerakan, aspek kekuatan jasmani dikurangkan...mmm...tak nak komen lebih2, sebab sebelum ni, ramai gak yang memang boleh sama2 bermain, dan bukan sekadar "kaki surau" atau "kaki buku" je, cuma sekarang, kekurangan orang, nak buat satu team futsal pun susah...mmm....satu team futsal cuma 5 orang je, campur pemain tambahan, 7 orang ke 8 orang je...lalala

tapi dah cuti ni, ramai balik, main futsal setiap minggu arr...sorry ar pada "bukan kaki futsal", program kiteorang akan lebih pada futsal. actually, futsal digunakan untuk menarik orang kepada ISLAM lagi, tak percaya? sebab kat Taman Pulai Utama, AJK surau yang berikan tanah untuk dibina satu gelanggang futsal, iyelah, ia akan ditutup time solat, time lepas solat, dibuka kembali...kan bagus? then ada tirai, untuk pemain2 wanita, mmm....maksudnya, wanita pun boleh main, takde orang kacau..

anyway, terpulang pada individu untuk menilai, kepentingan sukan dan sebagainya...seimbangkan antara ruh, ilmu dan juga jasmani..kan?

Friday, April 20, 2007

MACAM2...

ImageChef.com - Create custom images
kopi cappucino...huhu

ImageChef.com - Create custom images
best dapat main tepi pantai...

ImageChef.com - Create custom images
tangan yang best

ImageChef.com - Create custom images
tag ni, dah lama mengidam



ImageChef.com - Create custom images
hoho...

ImageChef.com - Create custom images
salah satu buku yang telah ditulis

MY BRAIN IS GREEN....haha

Your Brain is Green

Of all the brain types, yours has the most balance.
You are able to see all sides to most problems and are a good problem solver.
You need time to work out your thoughts, but you don't get stuck in bad thinking patterns.

You tend to spend a lot of time thinking about the future, philosophy, and relationships (both personal and intellectual).

yeke? entah, sajer je...taruk sekali sekala...

Tuesday, April 17, 2007

Tahun 3 SGG (Sarjana Muda Sains Geoinformatik) 2003

assalamualaikum,

ni gambar masa degree..hampir semua ada, biasa ar, budak u, habis kelas, balik bilik, kadang tak sempat nak berbual pun, kemas barang, angkat kepala, semua dah hilang..anyway, ni masa tahun 3, seronok gak..hehe..bebudak lelaki semua malas, dok bawah, ada yang duduk terus kat lantai..hehe..semua dah berubah, ada yang lost contact terus, tak tahu kat mana..hehe..anyway, ada tiga orang sekarang ni, sama kelas, thats me, farhan and zailan...semua amik it management, ada lagi 3 orang gak, sambung belajar, wan yusrizal, anis, and uznir...tapi uznir dengarnya dah nak habis...mmm....

orait, saje je upload gambar2 lama..lalala...

Monday, April 16, 2007

pemahaman persekitaran

assalamualaikum,

so, this entry about something yang tak berapa berkenan di hati...

beberapa hari lepas, semasa melayari blog2 orang lain, singgah sebentar di saifulislam.com, dan time tu, ada satu kisah mengenai sahabatnya, yang telah meninggal dunia, dengan seorang pemuda, yang mempersoalkan kenapa begini dan begitu..

satu ketika dahulu, dengan semangat yang mendalam dan membara, selalu mempersoalkan mengenai banyak perkara. semua perkara seperti tidak berkenan di mata, apatah lagi di hati...selalu memberontak dan mempersoalkan semua perkara, seolah2 kita yang benar, dan kita yang betul...

tapi, seiring dengan perjalanan masa, hati melihat suasana, dan persekitaran, masuk ke dalam "hati" beberapa orang, terasa betapa tidakkah keterlaluan perlakuanku sebelum ini? mempersoalkan itu dan ini, dengan tidak mengambil kira hati orang yang melakukan kerja...

beberapa persoalan, sebagai anak, menyelami perasaan ibu, lebih bermakna...jika sebelum ini, kita merasakan yang membuat begini dan begitu seolah2 membesarkan keadaan, tapi seiring dengan "penyelaman" hati seorang ibu, difahami, bukan kerana mengikut trend, tapi hati seorang ibu, inginkan yang terbaik untuk anaknya...

begitu juga dalam apa jua, orang2 yang lebih tua dan berpengalaman, juga memendamkan apa yang patut, kerana inginkan yang terbaik untuk semua, bukan terbaik untuk diri sendiri..

tapi, tetap ada beberapa perkara yang perlu diberontakkan, ada perkara yang perlu diubah, tapi, perlu berhikmah, dan tidak lagi "menembak peluru berpandu" lagi selepas ini. mungkin menggunakan setitis air, setitis demi setitis, hingga batu yang keras, berlekuk jua akhirnya...walaupun masa yang diambil lama, tapi, tetap berguna..

terfikir, orang2 yahudi, merancang lebih seratus tahun untuk mengubah seluruh dunia hingga menjadi seperti sekarang, tapi kita, yang ingin merancang, seboleh2nya, dalam masa terdekat, selagi kita hidup, seolah2 dunia akan tamat selepas kita mati...mungkin perancangan yang lebih teliti dan walaupun masa yang sangat panjang, adalah lebih baik, dari terburu2...dan perancangan yang dinyatakan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna dan para sahabatnya, perlu diambil kira...dan perlunya persefahaman dan kerjasama yang erat antara pelbagai kumpulan, agar kita bersama2, dan tidak bersendirian...

fikirkanlah, orang muda dengan "tembakan" lurus dan keras, dengan orang tua dengan semburan air yang perlahan, tapi tetap memberikan kesan yang bermakna dan mendalam...namun, dari satu segi, hati merasakan perlu untuk menembak, tapi tidak lagi sekarang. kiranya, segala apa yang diberontakkan, ada jua yang memberikan impak yang positif, namun, tetap perlu difikirkan...agar kesilapan semalam, tidak berulang lagi...

so, fahamilah persekitaran anda..bukan sekadar menjadi katak yang melompat bawah tempurung, dan merasakan tempurung itu cukup besar...

semoga ada manfaat untuk semua

Sunday, April 08, 2007

gerek tuh...

sajer, masuk2 blog orang, terjumpa benda nih...gerek betul, ada jual ke? hehe...

Friday, April 06, 2007

CLASS OF '99



Assalamualaikum,

i've been searching this picture for how many years, i dont know, but at last, when i'm doing my master project, i've got to use school magazine, Inspirasi, so, i've found the most memorable picture, that is class of '99, the pioneer, first batch of SMIH and so many other name been given..and our calss motto is, "la creme de la creme" since 1998..

so, the logo with married tag, is the one who has been married...and this year, some of them will join the married group...haha...so, the name, yes, the name:

berdiri paling belakang
dari kiri:
ayepp, samah, boy, darma, amadQ, jubey, ME, wan, karna, zul J, taufiq, and sabique

second row from left:
huda ramli, mardhiyah, elle, nuha, sarah, koy, amrah, maya, and fatimah

duduk dengan bergaya dari kiri:
hakim, najib, afiff, ust kamaliah, ust suharti, mai and sakeenah.

haha...want me to describe each and everyone? no lah..but i'll tell the updated story about them...err...the boys only..and some of the girls...hehe..

so, ayepp, dah habis study kat tanah arab, which one? mmm..i forgot...maybe jordan, if i'm not mistaken...so, sekarnag, jadi pembantu ustazah arfah..hehe..lost contact, sebab aqib sambung belajar ke mesir..

samah, the one and only sekarang ni, yang jadi tourist guide lepasan SMIH..hebat? yeah, he marvellous...

boy a.k.a azhar...budak skaters, masih main lagi, and sekarang ni, keje sebagai kontraktor cermin, so, who want to decorate their houses, boleh contact die nih..

darma, jadi technician kat resort pulau, i forgot, whcih island he is...tapi masa ni, die ada kot kat rumah, sebab ombak kuat...biasanya...

amadQ, the US made computer engineer...kat kulim kedah, in intel company...tak tahu lak keje die macamana...

jubey, keje kat MMC oil and gas..giler kaya mamat nih...sikit lagi join group warna merah..hehe..

me, myself and ...tak payah citer, baca je blog nih..

wan, shaherwan, tetiba tahun lepas, dah kawen, giler, kelakar gak masa die citer macamana die kawen..haha...anyway, dah nak dapat anak, keje kat kedai makan dekat SMIH, masih lagi..and quite good business what..

karna, keje kat EPIC-i, kat plaza pantai, KL, as check officer kot..tak ingat lak..sorry karna..dah kawen gak, after wan, and waiting...ye ke? expecting kot ayat die..

zul J, my man, kawen dengan elle, row no 2, hehe...seronok kat KL, ada studio...masih lagi dengan muziknyer...bangga dapat member macam ni..

taufiq, masih d UTM, dah nak habis, tengah wat tesis je..good luck man!!

sabi-Q, kat universitas hasanudin, sulawesi, to-be-doc in 3 years time..aminn..ada gak doktor yang boleh rawat orang..hehe

then, huda, huda, masih kat UIA, should be finish last semester, tapi ada conflict sikit, tersilap masa daftar subject, terpaksa extend, sian die...

mardhiyah, mm...minah ni, kurang tau, dah kawen, pegi masa nikah die...tapi, tak tahu cerite lak etrbaru..dengar dah dapat anak...yeah, betullah tu..

elle, dah dapat keje kat UIA gombak, akan sambung belajar, good luck!! kawen dengan zul J, belum ada anak lagi..menunggu...

nuha, mm...jubey cakap, die keje kat KL, tak tahu lak apa citer..

sarah...mmm...pun tak tahu citer..

KOY, jadi cikgu kembali ke sekolah...hehe...mengajar kat SMIH

amrah, kawen dengan atif, abg ayep and afiff...dah dapat anak. dengar dah kat serdang or bangi..try contact her husband, tapi tak angkat hp, dunno why..i'll try later..dah habis belajar die nih..

maya and fatimah, dua-dua tak tahu citer...mmm...

hakim, sambung master kat UIA, after 4 years struggle mengejar myself..haha..come on dude!!

najib, die nih, nak fly ke dubai or oman, should be this month, tapi last contact, masih di plentong lagi..enjin pesawat pun belum dengar bunyik..

afiff, keje kat kelantan, bakerer...anak nak masuk empat..giler tak? baru berapa tahun kawen..haha..

mai a.k.a khumaizah, masih d UIA, belum habis, extend sikit...should be grad end of this year kot..

and sakeenah..buat part time study, and bekerja as guru tadika iman..=)

and that's all..seronok jer berbual...and i'm been searching the picture with colour, baru best..macam form 3 nyer gambor..maybe have to ask ustazah norizah..sebab gambo ni, after we grad from school..so, magazine been done by zaidO batch..so, takde gambor..

anyway, goodluck to everybody..and hopefully, one day, i can gather us again...take a pic, and change the latest news about everybody..maybe 10 years after 1999, baru gerek...or maybe, 30 years..or maybe, for every five years ke..look foward into it...masa datang gathering to, mesti bawa anak2 sekali..haha..kelakar...sronok...orait dude..ngantok...must...sleep....