Wednesday, February 07, 2007

Kisah Penjual Tempe

Kisah Penjual Tempe

bagus kisah nih..bacalah. sesungguhnya tiada kuasa
lain yang dapat menandingi kekuasaan Allas swt..amin

Bacalah....moga menjadi iktibar.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada
seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat.
Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di
pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang
dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang
bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba
dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang
soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum
bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.
Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang
masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan
tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana
hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah
teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa
Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa
bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun
mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,
"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini
menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh
hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti
mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu
menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk
menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe .
Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih
tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin
doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun
mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.

"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe
kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar
jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi
membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia
termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap
begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah
tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia
tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi
dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa
barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah
pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil
berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua
tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi
semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari
rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk
berdoa.

"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau
kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe
ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia
tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan
barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang
tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg
berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan
menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe
yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya
dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih
belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik
nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa
sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana
doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak
adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya
punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya
cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab
dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli
tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun
semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para
pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe ,
tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu
seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari
ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun
jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir
kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun
dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat
pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali
terakhir,
"Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang
wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak
menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah
pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih
belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga
seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun
menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya
mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab
sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa
di dalam hatinya
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi
lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia
membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah
seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih
belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis
kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum
wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita
itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di
England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan
tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi
kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe
yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah
menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi
dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun
kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun
dimakbulkan oleh Tuhan...


----------
Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada
Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih
mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik
untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan
seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan
sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta.
Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita
sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar
jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita
sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah
seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan
solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan
berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada
sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.
Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat(
",) ..

1 comment:

Bee Family said...

salam..

sekadar bertanya kpda penulis cerita tempe ni...

kat mana nak cari tempe perisa keju yer..

saya dari dulu cari tak jumpa2...

bai : ada ke cheese soya bean...huhu

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...