Tuesday, February 06, 2007

Jiwa besar

Assalamualaikum,

satu perkataan ---> "sabar"

satu perkataan yang sukar untuk untuk dilakukan...lebih2 lagi, dalam keadaan yang kritikal dan sangat menguji...

tanpa sedar, kita sering menyatakan perkataan ini, "sabar" apabila seseorang ditimpa musibah atau ujian, atau mungkin sekadar satu dugaan padanya. namun, ianya tidak semudah yang dijangka, apa lagi apabila kita mula termasuk dalam golongan yang diuji kesabarannya...

dalam keadaan biasa, kita tidak terfikir pun perkara sabar ini, ia hanya akan muncul apabila keadaan mendesak kita, dan kadangkala, hingga ke penghujung, hingga tiada lagi harapan untuk terselamat...

ada insan, yang sentiasa diuji, dengan pelbagai ujian, dan kesabarannya akan terus menerus teruji....dan ada jua, yang kesabarannya hanya teruji sekali sekala...namun, dia tetap tidak dapat menanganinya...

ada insan yang selalu diuji, dan sehingga kesabarannya berjaya untuk ditahan. dia tidak lagi kesah dengan ujian yang diturunkan, dan akhirnya, ujian menjadi enteng baginya...namun, sekali sekala, pasti ada ujian yang lebih besar melanda, dan saat itu, kesabarannya teruji kembali, dengan tahap yang lebih tinggi...

ada yang baran tidak tentu pasal, ada yang baran saat memandu sahaja, ada yang baran kerana cuaca yang panas, ada yang baran, dengan perangai orang lain, dan ada yang baran, apabila kerjanya, tak sempat disiapkan...ia meliputi banyak faktor, tapi ianya tetap perlu untuk dipertahankan..

nasihat untuk diri sendiri, dan sahabat2 yang lain, moga kita mampu menahan baran kita, dan sabar apabila diuji, walau sebenar mana ujian tersebut. walaupun sekadar ujian kecil, untuk menunggu sahabat untuk pergi makan tengahari..

moga kita terus mampu bersabar, dan terus bersabar...aminn...

(diri sendiri jua tak berapa nak sabar, kene berlatih lagi...)

-zakri-

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...