Monday, February 05, 2007

assalamualaikum,

jumaat, saat hati terasa bosan, tiba2 kenangan mengimbau, satu mesej sampai, dan menyatakan berita kehilangan ayah seorang sahabat, lalu kepala terfikir, apakah yang perlu aku lakukan? andai kata aku ke sana, pasti kelasku akan terabai, dan andai kata aku ke kelas, pasti, dan sangat2 pasti, aku tidak akan sempat untuk menziarahi sahabatku itu..

lalu kepala berfikir, sel2 otak bercelaru, saling menyampaikan not2 ke setiap laluannya, sehingga akhirnya, satu keputusan dibuat, "ah, biar aku ponteng sahaja kelasku, kerana sahabatku lebih penting dan memerlukan"...

walaupun sebenarnya, seperti tidak perlu untuk berada di situ, tapi saat dan ketika itu, semuanya perlu...walaupun sahabat itu tidak akan melayani kita, tapi cukuplah, ia akan melegakan hatinya, dan merasa dirinya berada bersama kami...

dan, aku jua tidak mahu, dia merasakan apa yang pernah aku rasai, saat aku merasai apa yang dia rasai saat itu. aku jua pernah kehilangan arwah datukku, dan saat itu, tiada kata atau semangat yang ditiupkan, cuma ada sms yang menjadi satu kenangan...

walaupun begitu, aku pasti, sedikit sebanyak hatinya lega, kerana arwah ayahnya, meninggal saat jumaat malam, satu tanda yang menunjukkan bahawa dia insyaALLAH dikalangan orang2 yang soleh, lagi diberkati...

al-fatihah untuk saudara umar zainal abidin..

-----

sayu hati teringatkan, betapa dalam jangka masa terdekat ini, ramai antara datuk2 kalangan kita yang pergi dahulu...datuk abyd, datuk umayr, datuk sendiri, datuk aliya, ayah mertua umar, kalau nak listkan, pasti ramai lagi...tak mengapa, moga ALLAH berkati dan redhai mereka semua...aminn...

-zakri-



1 comment:

Anonymous said...

innaliLlahi wa inna ilaihi rouji'uun. sooner or later, semua y hidup pasti pergi. giliran sudah ditentukan.. :-) moga2 smuanya berakhir dgn husnul khaatimah..

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...