Saturday, January 13, 2007

keadaan tak diduga

assalamualaikum,

mmm..lama rasanya tidak memunculkan diri. suasana hari sabtu yang suram, sedikit mengganggu perjalanan hidup. keadaan yang kurang bermaya juga, memberikan impak yang cukup besar, dengan tidak lagi mengabaikan keadaan dan situasi semasa.

banjir, sekali lagi melanda barat semenanjung malaysia, kali ini, lebih teruk, dengan rumah yang sebelum ini dinaiki air separas pinggang, kali ini, hingga bumbung. keadaan yang tidak terkawal juga, mula meresahkan ramai orang..

namun, masih ada yang mampu berfikir secara rasional. dalam kekalutan dan kesukaran yang dialami, masih ada yang mampu tersenyum, dan berfikir secara rasional, betapa besarnya kekuasaan ALLAH, dengan sekelip mata, semuanya musnah. dalam sekelip mata, semuanya menjadi igauan yang ngeri buat sesetengahnya.

dan, ia juga membenarkan apa yang telah ALLAH janjikan buat hambaNYA, iaitu, andainya seseorang atau sekumpulan orang berbuat kejahatan, dan ALLAH menurunkan bencana, semuanya tidak akan terlepas, walaupun ada orang alim dikalangan mereka.

in jua menjadi saksi dan bukti, betapa ALLAH MAHA BERKUASA, dengan berkata JADILAH, maka ianya pasti terjadi..

------------------------

selepas beberapa kali, rasanya, kali ini akan memberi ruang untuk diri sendiri bersedia setiap masa, dan mula memikirkan, betapa perlu untuk sentiasa berada dalam keadaan siap siaga..

sedih, salah sorang member sepejabat, akan berhenti kerja, mencari peluang kerja yang baru, tiba2, dan sangat mendadak..saat diperlukan, sebagai ketua lagi..takpelah, setiap pertemuan, ada perpisahan. samada perpisahan itu berlaku cepat, atau lambat...samada ditinggalkan, atau meninggalkan..

wassalam


-zakri-

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...