Tuesday, December 19, 2006

hujan yang turun

salam,

(situasi adalah di johor bahru)
------------------------------
sudah tiga hari, hujan turun dengan lebat, gerimis, lebat kembali, dan terus menerus membasahi bumi TUHAN yang indah ini, dan menambahkan keindahannya lagi, pada yang mahu untuk berfikir dan memahami...

ramai yang mula merungut, hujan, jalan untuk ke tempat kerja pun jem, banjir sana-sini, jalan naik air, tempat2 "strategik", mula pecah, dan mula untuk tidak lagi sesuai untuk dibawa laju, dan air mengalir di atas jalan...banyak kereta yang mula "terbabas", dan terlanggar macam2 benda...ada yang tersangkut di tengah2 hujan, tidak boleh kemana2, lalu tunggu disitu hingga bantuan sampai..

hujan turun dengan lebat, ada yang bernyanyi gembira, "boleh sambung tido lagi", ada yang sembab matanya, ada yang merungut, "hujan lagi, nak g keje naik moto, kuyuplah lagi", walaupun pakai baju hujan, namun, tetap tidak selamat...

hujan, penuh rahmat dan keberkatan, ada yang melihatnya sebagai musibah, ada yang melihatnya sebagai salah satu daripada ujian, ada yang melihatnya sebagai rahmat, (boleh jual payung lebih sikit, baju hujan pun laku, yang lama2 dah tak tahan...) pemandu teksi pun rezeki lebih sikit, kan? "bro, tolong hantar sampai rumah boleh ye?", bro teksi tersenyum girang...=)

apapun, hujan tetap ada rahmat dan rezeki yang tersendiri..walaupun ramai yang rasa ianya sebagai beban, dan masalah, tapi, percayalah, ianya adalah rahmat, kan? bayangkan, tempat lain, hujan setahun sekali je...bersyukurlah, moga ianya akan menambah redha dalam hati untuk menerima, dan mendidik hati untuk lebih percayakan ketentuanNYA...=)

salam dari kerjauhan...

ikhlas tapi jauh

3 comments:

'Umayr SRA said...

Yang dah dekat nak terbabas pun ade jugak...


*thinking back; waves of nostalgia*

-[[dyba]]- said...

huhu..hujan lebat..lalu berhibernasi di rumah..plan semua tak menjadi..di samping kekurangan diri yg smpi sekarang masih tak ingin nak amek lesen memandu. maka jadilah seperti polar bear di dalam rumah y seperti igloo..

zakri said...

lalu kawasan banjir semalam, giler takut...nasib baik kete lepas..hehe...