Wednesday, June 28, 2006

walimah anak abu urwah...

Assalamualaikum


setelah kepenatan pulang dari walimah sahabat, hati mula terfikir, betulkah tindakan aku ni? benarkah keputusan ini? adakah keputusan ini selari dengan kehendakNYA? adakah aku mengikut nafsu? dan bukannya wahyu?

tetapi, bila terfikir balik, bermula dengan sehari sebelum pemergian, dengan kekalutan mencari tiket bas, kemudian, membeli tiket awal pagi keesokan harinya, dan halangan dari sahabat, yang menginginkan diri ini pergi ke mukhayyam, mula terasa bahang tekanan, adakah benar keputusan aku ini? mereka tetap menegaskan pentingnya untuk pergi ke mukhayyam, dan hati aku terus menerus menyatakan, ini walimah anak usrah aku, aku wajib untuk pegi, dan aku rindukan anak usrahku...

menaiki bas, seorang sahabat menelefonku, "zakri, kenapa S tak datang, patutnya dia datang kan?" sudah, satu lagi masalah timbul, akukah yang salah? aku tidak pergi ke program sebelumnya, dan anak usrahku itu datang, dan pastinya ada masalah ketika itu, hingga dia menghilangkan diri sebelum mukhayyam, hati mula tidak berasa sedap, betulkah keputusan aku ini? bukankah aku telah dinyatakan untuk mengajak ke program, dan aku telah lakukan, dan? ketika program, masih lagi ditanya? aku tidak faham...

dalam perjalanan, tidur tidak menjadi peneman, kerana aku telah berazam untuk menghabiskan buku yang telah sekian lama tidak dihadam, dan alhamdulillah, ALLAH telah memberi keizinan untuk aku menghabiskannya, satu matlamat perjalanan telah tercapai...

kemudiannya, aku menelefon sahabat yang telah berjanji untuk aku tidur dirumahnya, namun, dia masih diluar, dan tidak akan pulang sehingga jam 9malam, ah sudah, kata hatiku, lalu aku teringat seorang sahabatku pula di serdang, yang telah mengajakku untuk singgah menemaninya di sebuah program..lalu aku pun menghubunginya, alhamdulillah, dia masih lagi sudi menemani diriku, lalu aku terfikir, bukankah perancangan ALLAH itu yang terbaik untuk hambaNYA? dan petang itu, masaku tidak terbuang begitu sahaja, walaupun penat, namun, masih mampu untuk berbincang dengan sahabat lama, berkongsi pengalaman, dan bertukar cerita, disamping melihat peluang2 yang ada untuk membaiki diri..

malamnya, aku bertolak ke rumah sahabat yang aku berjanji untuk tidur dirumahnya, dan malam itu, aku tidur awal, kerana kepenatan, dan tiba2, awal pagi aku dikejutkan, "zakri, jom jumpa naim", oh, seorang lagi sahabatku datang, dan sudi meminjamkan kereta isterinya pada kami untuk ke walimah esok hari, alhamdulillah, urusan kami dimudahkan lagi...aku menemani zubair yang memandu, kerana aku kepenatan, dan tidak tahu jalan di KL ini...jam 2.30 pagi baru lah kami tiba kembali ke rumah, lalu aku terus tidur, tanpa sempat memikirkan apa kelebihan aku malam ini...

esok paginya, selesai subuh, tertidur kembali, dan bangun setelah hp berbunyi menandakan 9pagi, persiapan yang ringkas, dan terus ke destinasi, yang dekat cuma...

di walimah, kelihatan abu urwah menyampaikan khutbah nikah dengan bersemangat sekali, dan ayat yang paling sering diulangnya "majlis kahwin, bukan tempat untuk menunjukkan status hidup kita!!!" dan diulangnya beberapa kali..."sapa2 yang ingin bersalam kaut(salam dengan isi ditangan--->duit), saya takkan terima, tapi berilah pada anak2 saya, kerana ini majlis mereka", aku tergamam, inilah dia peribadi yang aku kagumi, meletakkan adat di tepi, dan hanya mementingkan apa yang telah Islam gariskan semata-mata...

bertemu sahabat2 lama, ukhuwwah bertaut kembali, bergambar dengan mempelai yang dua, kerana yang ketiga tidak dikenali, takut2 jadi lain nanti..dua tersenyum, tiga menemani, kelihatan bahagia dan indah bila cinta kerana ILAHI...cinta yang bukan kerana nafsu, tapi demi mencari redha ILAHI...mempelai tersenyum riang, kerana rindu berbalas, cinta berputik...zakri dan sahabat2 menjadi jurukamera tidak rasmi, mengambil gambar mempelai dan keluarga...

akhirnya, ayahanda tercinta tiba jua, bertemu dengan sahabat2 lamanya, dan kerinduan sekian lama padam sudah...azan zuhur yang berkumandang, menambah sayu dihati, dan tanpa berlengah lagi, kaki melangkah ke dalam surau al-muhajirin, dan bersolat bersama jemaah yang ada, sunyi dan tenang, walau diluar kenduri masih lagi berjalan...

selepas perut diisi, dan hati bernyanyi riang, dan sayu hati mula terasa, kerana diri terpaksa berangkat pulang ke johor bahru, salam bertaut, hati jua bertaut, mengungkap seribu makna...bertolak bersama ayahanda tercinta, menghantar adik ke um, dan seterusnya berangkat ke nilai, menuju ke seremban, untuk menaiki bas ke jb...

di seremban, terfikir kembali, betulkah keputusan ku ini? melepaskan mukhayyam dan pergi ke walimah anak usrah? dan akhirnya, aku tersenyum, kerana, aku pasti, inilah jalan yang ALLAH ingin aku lalui, merasai betapa pentingnya untuk merasa sesuatu, dan pentingnya untuk menerima pendapat yang bercanggah dengan pendapat kita...aku bukan setakat mendapat ukhuwwah dengan anak usrah, tapi lebih dari itu, aku bertemu dengan sahabat2 yang kebiasaannya, tidak mampu berbual mesra, kerana kekangan masa, dan bertemu dengan ikhwah2 yang dikagumi, dan mengambil sikit pengalaman mereka untuk diri ini, aku bertemu dengan mempelai, yang membangkitkan, dan meyakinkan aku, bahawa, pabila ALLAH berkata "kun" pasti semuanya akan terjadi...

aku bertemu jua dengan adikku, dengan ayahku, berbual mesra, kerana cuma tinggal kami sahaja, belajar memberikan semangat kepada adik sendiri, kerana sebelum ini, petah berkata2 dengan anak usrah dan orang lain, tidak pada keluarga sendiri...aku bertemu dengan sahabat2 yang aku tak sangka akan dipertemukan seperti itu, dengan pelbagai manfaat yang aku terima...terima kasih ALLAH, terima kasih ALLAH, terima kasih ALLAH...

aku faham kini, tak semestinya sesuatu itu penting, penting untuk diri kita, kerana tarbiyah manusia, boleh dicari, tarbiyah daripada ALLAH, lebih cantik lagi, dengan perancangan manusia, masih punya kelemahan lagi, tapi perancangan ALLAH, sangat cantik dan bernilai sekali...walimah kali ini, bukan sekadar walimah barangkali, tapi inilah tarbiyah ILAHI...untuk hambaNYA yang selalu terlalai ini...


-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

5 comments:

zaid said...

masya Allah, terharu bace. :)

ujian itu sebenarnya adalah tarbiyyah daripada Allah, utk menilai kesabaran dan keyakinan kita pdNya.

proud of u, bro!

Anonymous said...

Salam,
Kuatkan Semangat, I-Allah apa yang anta buat pilihan itu yang terbaik. Sekurang2nya anta dpt something..K..
Dont be sad..

'Umayr SRA said...

Wouh... Nice.

*skang tengah wishing ana boleh split diri menjadi due, cam dalam citer x-men* Tak dapat pergi tengok... Huhuhu!

Tapi takpe... Telah ku pergi ke Supercamp!

Itulah jalan yang Allah kehendaki bagi ana... Dan itulah yang disyukuri... Alhamdulillah.

zakri said...

salam,

semua ni, tak jadi masalah, sekarng ni, rasa lebih kuat untuk hadapi, lagi cantik, sebab teringat, tarbiyah ALLAH lebih best, lebih sempurna berbanding tarbiyah manusia, sebab tu, tak jadi masalah

zaid: g jalan2 lagi arr..pinjam zen creative!!

anonymous: semangat makin kuat, bukan makin lemah, kalau lebih yakin lagi...

umayr: jeles gak tengok main bom2 orang, nak join jer rasa, tapi, mungkin lagi bagus ana tak join mukhayyam tu, takut2 orang lain tak dapat manfaat, sebab zakri dah rosakkan...haha...

'Umayr SRA said...

Hahaha! (hanya mampu sambung gelak...)