Wednesday, June 21, 2006

Konsis 06

Assalamualaikum

--------------------
berlari bersama mengejar impi,
berkejaran bersaing ke garisan akhir,
namun adakah sekadar itu yang kau inginkan?
tidakkah kau mahu lebih lagi?
mahukah kau sesuatu yang lebih lagi?
bergeraklah, berdakwahlah, bertarbiyahlah...
insyaALLAH, kau akan dapat, lebih dari sekadar impi...
--------------------


alhamdulillah, konsis 06 telah melabuhkan tirainya, dengan pelbagai suka dan duka sepanjang penganjuran...pelbagai kritik dan saran telah diterima sepanjang program, dan akhirnya, akan melahirkan satu resolusi untuk setiap individu, dan lebih lagi, menjadi satu resolusi untuk ummah ini, agar menjadi ummah berkualitu...

selari dengan mottonya, "mahasiswa berintegriti ummah berkualiti"...bermula dengan sesi ice breaking yang bertujuan untuk menyedarkan keperluan, dan tugas yang perlu dibuat, bertujuan untuk membentuk mahasiswa berintegriti, dengan kaedah penyampaian yang bersemangat dan bersahaja, menyeru para mahasiswa untuk terus bersemangat, dan mencari peluang yang ada, untuk menarik mad'u2 baru, dengan kaedah2 asas...disamping perlunya meningkatkan ilmu dan amalan, agar tugas2 yang diberikan, mampu untuk ditangani dengan sebaik mungkin...

diteruskan lagi dengan perkongsian daripada ikhwah-akhawat dari luar negara, mewakili UK, Jordan, Jepun, dan Ireland, masing2 memberikan pendapat dan suasana sebenar, realiti berada di luar negara, dengan pelbagai masalah dan cabaran, yang mana, di Malaysia juga ada, tapi caranya berbeza...masih punya cabaran yang berbeza...

dteruskan lagi, dengan penyampaian yang bersemangat daripada ikhwah2 singapura dan indonesia, betapa indahnya cabaran dan benarlah janji ALLAH, dalam menegakkan Islam ini, pasti ada cabaran, namun, mereka tetap teruskan, dan hasilnya, di indonesia, jumlah perwakilan, melebihi 35,000 orang...

malamnya, peserta disajikan dengan persembahan daripada kumpulan al-masaar dan one fiqh, tapi hati kecil terdetik bertanya, "inikah harga yang perlu dibayar untuk menyampaikan mesej Islam?.."---> bermaksud, perlukah kita menggadaikan prinsip kita, supaya orang lain akanmenerima mesej kita?...terpulang pada individu

forum muslim professional pula, menerangkan dengan lebih lanjut mengenai perlunya ada professional dalam bidang2 tertentu, dan dalam apa juga bidang, yakinlah pada ALLAH, kerana DIAlah yang memberi rezeki, seperti yang terdapat dalam surah Al-Jumaah ayat terakhir "...dan ALLAH sebaik2 pemberi rezeki"...benarlah kata2NYA...

bermatlamatkan membina mahasiswa berintegriti ummah berkualiti, konsis kali ini, secara dasarnya, berjaya mencapai matlamatnya, cuma masih terdapat persoalan, betapa ramaikah yang memahami dan cuba untuk menggerakkan visi dan misi ini? berapa ramaikah yang faham tentang motto dan matlamat konsis kali ini?...harapnya, ada insan yang akan terus memahami, dan mendokong perjuangan ini, walau sekadar di tempat sendiri, walau sekadar di IPT sendiri, walau sekadar di kolej sendiri, atau sekadar di rumah sendiri...


--------------
-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

2 comments:

'Umayr SRA said...

Woi! Sape tuh?! Giler serabut siot buat business comment kat blog orang...

Dini Syarif said...

Assalamualaikum wbt...

Setuju sangat dengan komen anta on konsert malam KONSIS tuuu...

Hehe...teruskan menulis...

Allahu Ta'ala a'lam...

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...