Friday, June 30, 2006

Palestin...Palestin...Palestin...

Assalamualaikum,

isu palestin, isu palestin...

beberapa orang menteri kanan dalam pentadbiran palestin telah di tangkap, suasana sangat2 tegang gi genting gaza....tentera isreal telah mula membedil rumah2 orang awam, dan mula memasuki bandar tersebut...

akan tetapi, dengan adanya serangan ini, rakyat palestin, telah bersatu, hamas, fatah, briged bersatu al-aqsa, berada di bawah satu payung, untuk mempertahankan bumi palestin, mempertahankan apa yang mereka percaya merupakan jihad di jalan ALLAH, untuk membebaskan bumi palestin, bumi yang menjadi tempat bagi masjid kedua dibina di atas muka bumi ini, iaitu masjid Al-Aqsa, bumi yang menjadi kiblat pertama umat islam, dan bumi di mana Ar-Rasul diangkat ke langit ketika peristiwa isra&mi'raj...ayuhlah sahabat, ayuhlah sahabat,

"di mana sahabat, di manakah sahabat?
di manakah kamu kala ini?
berdoalah untuk kami, berdoalah untuk kami,
agar kami mampu mempertahankan bumi ini...
aku tidak redha andai di akhirat nanti,
andai kau cuma mendiamkan diri...
wahai sahabatku, wahai sahabatku, wahai sahabatku, sahutlah seruanku ini,
berdoalah untuk kami,
berdoalah untuk kami,
agar Islam akan tertegak di atas muka bumi ini...
agar bumi palestin bebas dari ancaman israel...."



-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Thursday, June 29, 2006

bulan Julai

assalamualaikum,

-----------------
mukhayyam

terasa rugi bila terlepas,
terasa rugi bila tak diikuti,
terasa asing, dikalangan yang pergi,
kerana tidak bersama,
akukah yang bersalah?
hingga dipinggirkan?...

----------------

Wednesday, June 28, 2006

walimah anak abu urwah...

Assalamualaikum


setelah kepenatan pulang dari walimah sahabat, hati mula terfikir, betulkah tindakan aku ni? benarkah keputusan ini? adakah keputusan ini selari dengan kehendakNYA? adakah aku mengikut nafsu? dan bukannya wahyu?

tetapi, bila terfikir balik, bermula dengan sehari sebelum pemergian, dengan kekalutan mencari tiket bas, kemudian, membeli tiket awal pagi keesokan harinya, dan halangan dari sahabat, yang menginginkan diri ini pergi ke mukhayyam, mula terasa bahang tekanan, adakah benar keputusan aku ini? mereka tetap menegaskan pentingnya untuk pergi ke mukhayyam, dan hati aku terus menerus menyatakan, ini walimah anak usrah aku, aku wajib untuk pegi, dan aku rindukan anak usrahku...

menaiki bas, seorang sahabat menelefonku, "zakri, kenapa S tak datang, patutnya dia datang kan?" sudah, satu lagi masalah timbul, akukah yang salah? aku tidak pergi ke program sebelumnya, dan anak usrahku itu datang, dan pastinya ada masalah ketika itu, hingga dia menghilangkan diri sebelum mukhayyam, hati mula tidak berasa sedap, betulkah keputusan aku ini? bukankah aku telah dinyatakan untuk mengajak ke program, dan aku telah lakukan, dan? ketika program, masih lagi ditanya? aku tidak faham...

dalam perjalanan, tidur tidak menjadi peneman, kerana aku telah berazam untuk menghabiskan buku yang telah sekian lama tidak dihadam, dan alhamdulillah, ALLAH telah memberi keizinan untuk aku menghabiskannya, satu matlamat perjalanan telah tercapai...

kemudiannya, aku menelefon sahabat yang telah berjanji untuk aku tidur dirumahnya, namun, dia masih diluar, dan tidak akan pulang sehingga jam 9malam, ah sudah, kata hatiku, lalu aku teringat seorang sahabatku pula di serdang, yang telah mengajakku untuk singgah menemaninya di sebuah program..lalu aku pun menghubunginya, alhamdulillah, dia masih lagi sudi menemani diriku, lalu aku terfikir, bukankah perancangan ALLAH itu yang terbaik untuk hambaNYA? dan petang itu, masaku tidak terbuang begitu sahaja, walaupun penat, namun, masih mampu untuk berbincang dengan sahabat lama, berkongsi pengalaman, dan bertukar cerita, disamping melihat peluang2 yang ada untuk membaiki diri..

malamnya, aku bertolak ke rumah sahabat yang aku berjanji untuk tidur dirumahnya, dan malam itu, aku tidur awal, kerana kepenatan, dan tiba2, awal pagi aku dikejutkan, "zakri, jom jumpa naim", oh, seorang lagi sahabatku datang, dan sudi meminjamkan kereta isterinya pada kami untuk ke walimah esok hari, alhamdulillah, urusan kami dimudahkan lagi...aku menemani zubair yang memandu, kerana aku kepenatan, dan tidak tahu jalan di KL ini...jam 2.30 pagi baru lah kami tiba kembali ke rumah, lalu aku terus tidur, tanpa sempat memikirkan apa kelebihan aku malam ini...

esok paginya, selesai subuh, tertidur kembali, dan bangun setelah hp berbunyi menandakan 9pagi, persiapan yang ringkas, dan terus ke destinasi, yang dekat cuma...

di walimah, kelihatan abu urwah menyampaikan khutbah nikah dengan bersemangat sekali, dan ayat yang paling sering diulangnya "majlis kahwin, bukan tempat untuk menunjukkan status hidup kita!!!" dan diulangnya beberapa kali..."sapa2 yang ingin bersalam kaut(salam dengan isi ditangan--->duit), saya takkan terima, tapi berilah pada anak2 saya, kerana ini majlis mereka", aku tergamam, inilah dia peribadi yang aku kagumi, meletakkan adat di tepi, dan hanya mementingkan apa yang telah Islam gariskan semata-mata...

bertemu sahabat2 lama, ukhuwwah bertaut kembali, bergambar dengan mempelai yang dua, kerana yang ketiga tidak dikenali, takut2 jadi lain nanti..dua tersenyum, tiga menemani, kelihatan bahagia dan indah bila cinta kerana ILAHI...cinta yang bukan kerana nafsu, tapi demi mencari redha ILAHI...mempelai tersenyum riang, kerana rindu berbalas, cinta berputik...zakri dan sahabat2 menjadi jurukamera tidak rasmi, mengambil gambar mempelai dan keluarga...

akhirnya, ayahanda tercinta tiba jua, bertemu dengan sahabat2 lamanya, dan kerinduan sekian lama padam sudah...azan zuhur yang berkumandang, menambah sayu dihati, dan tanpa berlengah lagi, kaki melangkah ke dalam surau al-muhajirin, dan bersolat bersama jemaah yang ada, sunyi dan tenang, walau diluar kenduri masih lagi berjalan...

selepas perut diisi, dan hati bernyanyi riang, dan sayu hati mula terasa, kerana diri terpaksa berangkat pulang ke johor bahru, salam bertaut, hati jua bertaut, mengungkap seribu makna...bertolak bersama ayahanda tercinta, menghantar adik ke um, dan seterusnya berangkat ke nilai, menuju ke seremban, untuk menaiki bas ke jb...

di seremban, terfikir kembali, betulkah keputusan ku ini? melepaskan mukhayyam dan pergi ke walimah anak usrah? dan akhirnya, aku tersenyum, kerana, aku pasti, inilah jalan yang ALLAH ingin aku lalui, merasai betapa pentingnya untuk merasa sesuatu, dan pentingnya untuk menerima pendapat yang bercanggah dengan pendapat kita...aku bukan setakat mendapat ukhuwwah dengan anak usrah, tapi lebih dari itu, aku bertemu dengan sahabat2 yang kebiasaannya, tidak mampu berbual mesra, kerana kekangan masa, dan bertemu dengan ikhwah2 yang dikagumi, dan mengambil sikit pengalaman mereka untuk diri ini, aku bertemu dengan mempelai, yang membangkitkan, dan meyakinkan aku, bahawa, pabila ALLAH berkata "kun" pasti semuanya akan terjadi...

aku bertemu jua dengan adikku, dengan ayahku, berbual mesra, kerana cuma tinggal kami sahaja, belajar memberikan semangat kepada adik sendiri, kerana sebelum ini, petah berkata2 dengan anak usrah dan orang lain, tidak pada keluarga sendiri...aku bertemu dengan sahabat2 yang aku tak sangka akan dipertemukan seperti itu, dengan pelbagai manfaat yang aku terima...terima kasih ALLAH, terima kasih ALLAH, terima kasih ALLAH...

aku faham kini, tak semestinya sesuatu itu penting, penting untuk diri kita, kerana tarbiyah manusia, boleh dicari, tarbiyah daripada ALLAH, lebih cantik lagi, dengan perancangan manusia, masih punya kelemahan lagi, tapi perancangan ALLAH, sangat cantik dan bernilai sekali...walimah kali ini, bukan sekadar walimah barangkali, tapi inilah tarbiyah ILAHI...untuk hambaNYA yang selalu terlalai ini...


-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Hidden Talent? tak caya pun, saje je...

Your Hidden Talent

You are a great communicator. You have a real way with words.
You're never at a loss to explain what you mean or how you feel.
People find it easy to empathize with you, no matter what your situation.
When you're up, you make everyone happy. But when you're down, everyone suffers.

Wednesday, June 21, 2006

Konsis 06

Assalamualaikum

--------------------
berlari bersama mengejar impi,
berkejaran bersaing ke garisan akhir,
namun adakah sekadar itu yang kau inginkan?
tidakkah kau mahu lebih lagi?
mahukah kau sesuatu yang lebih lagi?
bergeraklah, berdakwahlah, bertarbiyahlah...
insyaALLAH, kau akan dapat, lebih dari sekadar impi...
--------------------


alhamdulillah, konsis 06 telah melabuhkan tirainya, dengan pelbagai suka dan duka sepanjang penganjuran...pelbagai kritik dan saran telah diterima sepanjang program, dan akhirnya, akan melahirkan satu resolusi untuk setiap individu, dan lebih lagi, menjadi satu resolusi untuk ummah ini, agar menjadi ummah berkualitu...

selari dengan mottonya, "mahasiswa berintegriti ummah berkualiti"...bermula dengan sesi ice breaking yang bertujuan untuk menyedarkan keperluan, dan tugas yang perlu dibuat, bertujuan untuk membentuk mahasiswa berintegriti, dengan kaedah penyampaian yang bersemangat dan bersahaja, menyeru para mahasiswa untuk terus bersemangat, dan mencari peluang yang ada, untuk menarik mad'u2 baru, dengan kaedah2 asas...disamping perlunya meningkatkan ilmu dan amalan, agar tugas2 yang diberikan, mampu untuk ditangani dengan sebaik mungkin...

diteruskan lagi dengan perkongsian daripada ikhwah-akhawat dari luar negara, mewakili UK, Jordan, Jepun, dan Ireland, masing2 memberikan pendapat dan suasana sebenar, realiti berada di luar negara, dengan pelbagai masalah dan cabaran, yang mana, di Malaysia juga ada, tapi caranya berbeza...masih punya cabaran yang berbeza...

dteruskan lagi, dengan penyampaian yang bersemangat daripada ikhwah2 singapura dan indonesia, betapa indahnya cabaran dan benarlah janji ALLAH, dalam menegakkan Islam ini, pasti ada cabaran, namun, mereka tetap teruskan, dan hasilnya, di indonesia, jumlah perwakilan, melebihi 35,000 orang...

malamnya, peserta disajikan dengan persembahan daripada kumpulan al-masaar dan one fiqh, tapi hati kecil terdetik bertanya, "inikah harga yang perlu dibayar untuk menyampaikan mesej Islam?.."---> bermaksud, perlukah kita menggadaikan prinsip kita, supaya orang lain akanmenerima mesej kita?...terpulang pada individu

forum muslim professional pula, menerangkan dengan lebih lanjut mengenai perlunya ada professional dalam bidang2 tertentu, dan dalam apa juga bidang, yakinlah pada ALLAH, kerana DIAlah yang memberi rezeki, seperti yang terdapat dalam surah Al-Jumaah ayat terakhir "...dan ALLAH sebaik2 pemberi rezeki"...benarlah kata2NYA...

bermatlamatkan membina mahasiswa berintegriti ummah berkualiti, konsis kali ini, secara dasarnya, berjaya mencapai matlamatnya, cuma masih terdapat persoalan, betapa ramaikah yang memahami dan cuba untuk menggerakkan visi dan misi ini? berapa ramaikah yang faham tentang motto dan matlamat konsis kali ini?...harapnya, ada insan yang akan terus memahami, dan mendokong perjuangan ini, walau sekadar di tempat sendiri, walau sekadar di IPT sendiri, walau sekadar di kolej sendiri, atau sekadar di rumah sendiri...


--------------
-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Monday, June 12, 2006

as for one day...jubey

assalamualaikum...

------------------

disebabkan ni blog zakri, and akhir2 ni, zakri mula kehilangan sahabat2 yang best...sedih giler...so, kene arr wat cerita about my friend nih...

-----------------


masa tingkatan satu, ayah hantar diri sendiri ke sekolah Hira', time tu, kenal abg je, dengan taufiq, and then, yang lain, semua tak kenal...time tu, baran gak arr...main chess ke, mesti tak boleh, sebab tak sabar kan...hehe...and masa tu, katil double, abg duduk atas, and me kat bawah, time tu, tak kenal sorang pun, and dorm asrama tu, ada tiga, duduk tengah2 rasanya..then, kenal seorang kawan ni, dia gempal2, cute2, chubby2 lah kiranya...tapi tak geram kat dia, rileks je...dia selalu jadi mangsa buli masa form 1 dulu...then, masa form 2, pindah ke jb, and he stay kat hira...

after 2 years, dia pulang ke jb, and kami satu sekolah sekali lagi...and he still the same, chubby as ever, until now...and still jadi mangsa buli zakri masa sekolah...tapi, caranya berbeza kini, semua dah "matang" sikit...adn we become best friend, with amadQ, g makan, program sesama...dan dia telah dilantik jadi pengawas, a good one, not like me...hehe...and dalam group nasyid sekolah sesama gak, dia jadi apa ntah, tapi gabungan memang sedap...both of us selalu tido sekolah, eh, dia duduk asrama...selalu lepak2 sama...dekat2 SPM, selalu gak study, amik gambo belakang sekolah yang tak siap lagi..study konon2, padahal baca buku sambil dengar walkman...

after that, dia sambung ke matriks, for 3 month rasanya...and then, we meet again kat utm, dalam kelas yang sama, mekanikal pure...tapi lepas satu kelas, dia tukar kursus, amik elektrical-electronic...we in the same usrah for one year, then, akhirnya terpisah usrah, coz dia lebih menonjol...next year, dia join kelab iqra, and mula jadi penggerak, sangat2 menonjol bakat pengurusannya...

time tu, our usrah dah terpisah, bergerak dalam situasi yang berbeza...dalam PaLS pun begitu juga, penuh idea dan pengurusan yang menarik..membantu PaLS menjadi satu organisasi yang berkesan...tahun ni, dia tinggal di luar, selalu ke rumahnya, lepak di biliknya, tengok2, bincang2 dengannya...pergi ke HP beli dvd dengan dia, g KL dengan dia, tak selalu arr...

next year, dia tinggal di KTDI, bilik hujung, still lepak di bilik dia, layan2, main futsal dengan dia, main bola, time ni selalu main kat surau annur, crossing yang cantik, tapi stamina je kurang...and time ni, dia masih lagi bergerak dengan aktif di kelab..pergi ke ksppj time ni, and dia main wing rasanya, 9 sebelah..penat weh...

setahun kemudian, kami dikumpulkan kembali dalam usrah yang sama, masih sama, dengan gaya yang sama...selalu berbeza pendapat, gaduh2...kutuk2..main futsal, main bola, pergi ke HP, jalan2, g bando...macam2 buat sama2...pergi usrah naik van saifudin sama2...then, dia still macam dia...minatnya dengan bola, team MAN U, tetap d hati, hari sabtu, lepak di aliff..minat dengan nasyid dan lagu pun sama, dia boleh bezakan sedap atau tak lagu, bit, harmoni, yang zakri tak faham...

last two week, he said that, he's going to KL, working over there, dengan gaya yang mungkin sama...itulah zubair, gaya seorang pengurus, moga selepas ke KL, tarbiyahnya akan lebih mantap, dan lebih digilap lagi, moga perjalanan yang panjang ini, akan tetap diteruskan lagi, agar apa yang dipelajari dan dihadam di sini, mampu diaplikasikan di sana nanti, meneruskan cita-cita terbesar umat ini...

-------------
-zakri-
-sedih sorang lagi hilang...takpela...-

Friday, June 09, 2006

kisah semalam...

assalamualaikum

----------------
indahnya bila melihat sesuatu dengan kacamata ISLAM,
indahnya bila membuat sesuatu selari dengan ajaran ISLAM,
indahnya pabila setiap nafas, kata2, tak bercanggah dengan ISLAM,
indahnya, indahnya, indahnya, bila semua ini,
niatnya kerana ALLAH, ingin mendapat rahmat ALLAH,
dan selari dengan ISLAM...
----------------

semalam, dapat satu tazkirah yang simple, tapi sangat2 terkena batang hidung sendiri...dari seorang ikhwah, so, sangat2 berterima kasih, sebab ALLAH masih sayang diri, dan memberikan tazkirahNYA melalui hamba2NYA...

surah al-a'raf:11-12, terjemahannya, tentang iblis yang tidak mahu sujud kepada adam, kala ALLAH menyuruhnya, kerana rasa darjat dan kedudukannya lebih tinggi dari adam, iblis dijadikan dari api, dan adam dari tanah, dia rasa dia tak perlu sujud pada adam, kerana dia lebih mulia darjatnya...dan kita sedia maklum, yang syaitan itu, adalah seteruk2 makhluk, dengan kepastian, bahawa mereka akan terus ke neraka, tanpa bolak balik lagi..rasanya, semua orang setuju dengan statement ni...

then, kita lihat situasi kita sekarang, lihat kawan2 sepejabat, kawan2 sekelas, kawan sekerja, kawan2 seinstitusi dan sebagainya lagi...ada yang dah mula pakai kereta waja, ada yang pakai perdana, ada yang pakai baju mahal2, crocodile, cardin, kasut paling kurang harga mesti rm150, sekurang2nya, lagi2 bebudak skate, kasut mesti mahal, es, and so on...bila tengok diri sendiri, tengok kereta, kereta family, pinjam dulu, baju, beli kat bundle je...takde lah terlintas langsung nak pakai crococile ke, apa ke...

handphone, asal boleh call, pakai 3310, cukuplah...terasa rendah diri, rasa macam rendah diri je dengan "orang2 lain", rasa tak bagus...orang lain, ada mms, ada 3G, call orang, boleh tengok muka...ada video, ada kamera, amik gambo2, bila call, keluar muka orang yang call...canggih2...ada radio, ada mp3, boleh dengar2 lagu...hp sendiri, ada games ular tu, then, boleh call orang, boleh mesej...tu je...rasa cikai je...

tapi, bila lihat orang2 lain, yang handphonenye lebih cikai dari kita, bila tengok orang pakai motor cabuk, dah nak tanggal, kita rasa bangga dengan diri kita, kita rasa, bagus gak, kemas aku ni, rasa sombong dengan apa yang ada dengan kita...komputer yang kita pakai, jenis DELL, Compaq, VAIO, rasa baguslah sikit...

perasan tak...bukan ke kita dah mula melihat sesuatu, sama seperti pandangan iblis yang awal2 tadi?...kita melihat dari segi yang iblis juga melihat begitu...tak ke, kita "sama dengan dia"...bila melihat ayat2 ni, rasa, alhamdulillah, takpelah aku begini je...pakai baju kemeja kotak2 pun ok, beli kat reject hop rm15 satu pun ok, boleh pakai, cantik lagi, ok lah tu...tutup aurat? tak nampak tubuh badan? ok...alhamdulillah, ada baju...

handphone, pakai, boleh call orang, boleh call mak, boleh ajak orang g majlis ilmu, boleh ajak anak2 usrah g usrah, g program...oklah tu, alhamdulillah...boleh mesej untuk update kedudukan ikhwah2 yang lain, alhamdulillah, tapi jangan lak digunakan untuk contact awek, itu dah salah tu...pakai motor, alhamdulillah, kalau hujan, balik, kene tunggu hujan reda sikit, boleh baca2 buku, boleh buat overtime lebih sikit, alhamdulillah, ALLAH sayang, uji kita dengan hujan, bukan ke hujan itu rahmat?...

lihatlah sesuatu, dari kacamata Islam, tak sukar pun, mudah sangat, samada nak atau tak je...kalau masih terasa tak boleh, mulakanlah, sikit demi sikit...harapnya, ia akan dapat membentuk peribadi kita seterusnya...bila kita ingin membeli sesuatu, kita akan melihat dari sudut islamiknya, bila ingin buat sesuatu, lihat samada ianya selari dengan islam atau tak...jika nak ke program, lihat samada ianya bercanggah dengan islam atau tidak, dan jika bercanggah, atau kurang selari, apa yang perlu dibuat, agar perbuatan kita, selari dengan kehendak ALLAH, selari dengan pandangan ISLAM...

so, dah baca, terpulang pada diri sendiri...contoh banyak sangat...terpulang pada kita, samada ingin terus menggunakan kacamata jahiliah, atau bertukar kacamata, kacamata ISLAM, yang lebih indah, dan terjamin keasliannya...

wassalam

-zakri-
-9 June 2006 - 10:54am-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-