Monday, May 22, 2006

Al-Quds, kami menyayangimu...

assalamualaikum,

--------------------------
Al-Quds

Al-Aqsa, Al-Aqsa,
air mata berderai,
al-Aqsa, Al-Aqsa,

duhai Al-Aqsa,
ku rindu padamu,
duhai Al-Aqsa,
ku sayang padamu,
engkaulah kiblatku yang pertama,
---------------------------

akhir2 ini, para pejuang bertambah sering berbicara tentang Al-Quds, Masjid umat islam yang pertama, Masjid Al-Aqsa, yang merupakan salah satu dari tiga masjid yang akan menjadi penaung umat islam di akhirat kelak...

lebih2 lagi, di saat kerajaan hamas mula didesak oleh kuasa2 besar...sebagai kerajaan pengganas katanya, namun, pengganas sebenarnya, mereka sendiri...orang malaysia khususnya, memang tidak sedar kepentingan palestin ini, bila dikhabarkan mengenai palestin, penderitaan mereka, kerakusan israel menghancurkan tanah tumpah darah mereka, kita sekadar berkata "kesiannya..."tanpa ada yang berminat untuk berbuat apa-apa (termasuk diri sendiri)

akhirnya, selepas berlakunya insiden terbaru, umat islam, penggerak2 khususnya, mula bertumpu pada isu ini, mencari dana untuk membantu saudara seislam...alhamdulillah, walaupun mungkin tidak akan menyelesaikan keseluruhan masalah, namun inilah bantuan yang mampu kami berikan...sebulan, sebulan, sebulan, setahun...mungkin masih lagi...inilah cara kami, inilah jalan kami..."hazdha hua Thariiq...", inilah dia jalannya...

azam pada diri ini, selepas ini, palestin menjadi isu tetap dalam hati ini..memberikan yang terbaik untuk medan yang diceburi...

palestin, palestin...

al-aqsa, al-aqsa,

-zakri-
-al-quds dalam hati...-

1 comment:

zaido said...

al-aqsa fi quluubina! al-aqsa yunaadikum! hehe semangat nih.