Wednesday, April 05, 2006

nyanyian serambi...

assalamualaikum

-------------------
nyanyian serambi-ramli sarip

tuai pagi balik petang
adakala sampai malam
cari rezeki bawa pulang
buat orang yang tersayang
bersabarlah

wajahmu di mana-mana
senyum kasih mesra kasih
cinta murni kan bersemi
bersama ketulusan budi
bersemilah

lama ku cari rahsia kasih
rindu kasih untuk berkasih
senang2 duduk diserambi
senandung lagu puisi
zikir zaman nyanyian zaman

andai kasturi hilang harum
mawar tak berkuntum
cinta tak bersambung

biar emas setinggi gunung
kan ku peluk rimbun ampun
rahmat yang Maha Agung

------------------

mungkin, sesiapa yang selalu dengar Ikim.fm, akan familiar dengan lirik lagu ni, lagu dari ramli sarip, dari satu segi, macam tak best, but then, perhatikan liriknya, sangat mendalam, and betapa ramai orang yang tertipu, and betapa ramai lagi yang akhirnya, pulang kembali, dan alhamdulillah, masih dalam rahmat yang Maha Agung...

okeh arr..hari rabu, pertengahan minggu, mungkin bagi sesetengah orang, inilah masa yang sesuai untuk something...but pada sesetengah orang, inilah masa paling "penat", sebab terkejar2, yelah, lagi dua hari dah weekend, by today or tomorrow, kene siapkan milestone yang dah ditarget...sebab jumaat kene hantar progresss and so on...

so, lepas beberapa minggu dengan semangat nan hilang, akhirnya, semangat yang segar bugar sudah kembali...diharapkan ianya akan terus kekal, at least, kalau terjatuh sekali lagi, tidaklah tergolek, cukuplah sekadar terduduk je...

okeh, enough is enough...power point dah settle, sekali, ada satu assignment tertinggal, apa daa zakri..buruk perangai, rosak akhlak, tak senonoh...hehe, tiga kenyataan yang selalu disebut...hehe

jangan jadi macam zakri

wassalam
-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...