Tuesday, April 11, 2006

Malam nan sunyi...

assalamualaikum
-------------------
Malam nan sunyi...
Malam Maulud Nabi...
------------------

malam nan sunyi,
ditemani kegelapan,
memenuhi segenap ruang duniawi,
memberi ruang kerehatan,
merungkai angkuhnya keletihan,
memberi seribu pengertian di dalam diam...

malam nan sunyi,
menjadi medan kerehatan,
menjadi medan melepaskan lelah,
setelah siangnya mengerah kudrat,
demi sedikit dari nikmat Tuhan...

malam nan sunyi,
kedengaran hanya cengkerik bernyanyi riang,
memecah keheningan malam...

malam nan sunyi,
hanya ditemani kealpaan,
namun, nun di sudut sana,
ada insan,
memecah kesunyian,
menangisi kesilapan diri,
menangisi kedosaan diri,
mengharapkan keredhaan Ilahi,
mengharapkan keampunan Ilahi,
agar diri tidak dimurkai...

mencari secebis keredhaan Ilahi,
di malam nan sunyi...
-----------------------

malam nan sunyi semalam, mencetus sedikit idea untuk menulis, selepas beberapa lama tidak menulis, alhamdulillah, skill masih ada, walau tak setajam orang lain...oklah, at least, dari orang lain yang langsung tak pandai nak bermadah...

anyway, sekarang musim hujan di johor ni, petang hujan, so, agak sukar nak bersenam, nak senam pagi, takde hal, but then, lambat masuk keje arr..haha...tengok arr..nak kene tukar stail, tapi, pagi pun hujan gak, tengahari je tak hujan, tapi yelah, takkan nak joging tengahari...

anyway, cuaca yang tidak menentu, menyukarkan pergerakan, tapi, ada hikmahnya, sekarang ni, kat utm tengah spring, giler arr...pokok2 semua berbunga, and luruhkan bunganya...i dunno, last year is the first time it happen, and this year, yet it still spring, mungkin pokok dah matang, atau cuaca dah tak menentu? hmm...takpe ada hikmahnya...

mmm...takde apa nak cakap lagi, cuma meng"kantuk" je, akhir2 ni, tengah mencuba mengurangkan ketiduran...dah macam apa ntah! asik tidur je, harapnya, this time, mampu untuk kawal balik...insyaALLAH, usaha atas iman...

wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

2 comments:

Rockerz said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang jana wang automatik di sini.