Friday, December 30, 2005

seindah mawar berduri?

assalamualaikum

setaut kasih
aku hulurkan buatmu,
insan yang kusayang,
ungkapan doa,
aku panjatkan padaNYA,
bahagia selamanya


salah satu rangkap nasyid kumpulan saujana, permata keluarga...anyway, tak kesah lar..walau apapun...

baru2 ni, dengar kaset ceramah, pilar-pilar dakwah, kaset yang sangat indah, salah satu ungkapan yang ustaz tu bagi adalah

"kita, terlalu sibuk mengejar dunia, sehingga, lupa untuk mengejar dunia dan segala isinya..."

satu ungkapan yang sangat dalam maksudnya, tak terungkap...yelah, dunia kita nampak, tapi, dunia dan segala isinya, tak nampak..bukankah terdapat hadith yang menyatakanya bahawa, sekiranya kita mengerjakan solat sunat sebelum subuh, nilainya sama seperti dunia dan segala isinya? so, kita tak kejar dunia sepenuhnya, tapi, cuma mengejar dunia...

mesti penin kan? takpe, sastera memang mendalam maksudnya...

sebahagian orang menyatakan agama islam sebagai ibadah, ada yang menyatakan sebagai politik dan sebagainya...so, kalaulah kita, yang sepatutnya, kita try yang terbaik, menjadi muslim sejati...bukan muslim sebahagian ini, dan sebahagian itu, dan meninggalkan sebahagian yang lain...

sepatutnya, seorang muslim sejati, hidupnya sepenuhnya kerana islam, everything is islam...islam is the way of life...cuma nak praktikkan bagaimana? mahasiswa, ada kelas, masa solat subuh, tido, solat zuhur makan, solat asar kelas@main bola, waktu maghrib baru balik main, mandi2, bersiap...waktu isya g makan, so? takde hasil...

muslim sejati sepatutnya pelik dari orang lain...apa yang peliknya? masa solat, dia yang jadi imam atau bilal, solat berjamaah di masjid atau surau, soff paling depan....masa petang, dia yang sama2 bermain bola dengan orang lain, tapi menjaga masa, sebelum maghrib berhenti, bersiap awal, dan ke masjid....masa belajar, kelas, dia sampai awal, tak pernah ponteng tanpa sebab...awal pagi, dah bangun, tahajud padaNYA...so, seluruh hidupnya merangkumi peribadatan...sukar kan? tapi kalau bukan sekarang bila lagi?...

oklah, cukuplah dulu, nanti panjang sangat lak!

-zakri cuba menjadi muslim dan mukmin sejati....-


Thursday, December 29, 2005

Sesuatu yang tidak penting

Sesuatu yang tidak penting

24 dec 2005

-----------------------

sesuatu yang tidak penting,
sesuatu yang dipandang remeh,
sesuatu yang dipandang sebelah mata,
tanpa pemerhatian teliti,
tanpa memikirkan bahawa ianya boleh menjadi
sesuatu yang amat... penting,

sesuatu yang tidak penting,
sering dilupakan,
sering diabaikan,
seolah-olah tidak pernah wujud,
seperti tidak pernah ada,

sesuatu yang tidak penting,
walau setiap hari menggunakannya,
tetap tidak terasa kepentingannya,
tidak pernah mensyukurinya,
selepas kehilangannya,
baru terasa ruginya,
betapa ianya diperlukan,
betapa ianya dipinginkan,

sesuatu yang tidak penting,
bila hilang baru rasa pentingnya,
bila hilang baru rasa peritnya,
bila hilang baru berjanji untuk mensyukurinya,
bila hilang, dan bila hilang,

sedarilah sesuatu yang tidak penting itu,
jangan biarkan ianya dipandang sebelah mata,
jangan biarkan ianya menjadi bebanan,
jangan biarkan ianya sekadar sandaran,

sesuatu yang tidak penting,
suatu hari nanti,
pasti terasa kepentingannya...

Friday, December 23, 2005

selsema nan teruk....

Assalamualaikum

selsema ibarat ritma kehidupan,
kadang melanda, disaat tidak memerlukan,
banyak pandangan pada sakit nan satu ini,
ada yang mengatakan ianya musibah,
ada menyatakan ianya nikmat,
ada yang mengatakan ianya menyusahkan,
dan seribu satu pandangan yang memihak diri sendiri,
menyedapkan hati sendiri...


tiga hari selsema teruk...dan dua hari demam teruk...hehe, satu segi, sangat2 bersyukur, satu segi, rasa kesal....nak tahu sebabnya? nanti dulu...before that, hari selasa, alhamdulillah, dah berjaya mendaftar master, walaupun tengok pada subjek, macam mencelarukan, macam tak berhasil, tapi insyaALLAH, ALLAH takkan membebankan hambaNYA dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNYA itu, kan?

mengatakan tentang bebanan, kadang2, kita rasa kita tak mampu untuk menghadapi sesuatu perkara, contohnya macam kita kena sesuatu penyakit kronik, ataupun kita diberikan tugas untuk program tertentu, kita cakap, kita tak mampu, padahal, kita boleh, tapi tak nak terima, menjadikan ianya satu alasan (zakri pun sama gak dulu! haha, tapi sekarang, insyaALLAH tak lagi...)...kalau betul2 kita tak mampu, dan kita DAH USAHA, its ok, memang betul tak mampu, kalau just cakap tak mampu...heh, silap arr tu...

anyway, terpulang pada individu kan? ada yang tak tahu, ada yang tak nak amik tahu, dan ada yang tak peduli pun...ada juga yang tak tahu, dan mula mengambil tahu, dan ada yang dah tahu, dan ada yang amik tahu, dan betul2 mengetahui tentangnya. so, kita pilih dan masuk yang mana satu, kan?

so, tentang first thing tadi, dua pandangan berbeza apabila demam....first, bersyukur, sebab? sebabnya, dalam hati kecik ni, rasa bersyukur, sebab at least, ALLAH masih memerhatikan diri ni, dan DIA masih sayangkan diri yang hina ni, dan menurunkan ujianNYA pada hambaNYA ini, agar dapat muhasabah balik, tengok balik diri sendiri...kalaulah sihat sentiasa, takut2 terlupa untuk muhasabah...bila demam tak boleh bangun ni, kita akan betul2 muhasabah, kalau kita muhasabah...insyaALLAH, dapat tengok balik kesalahan diri...

secondly, kesal, sebabnya? sebab tak dapat bergerak, g program pun diam jer, yelah, orang demam, nak cakap pun "kurang larat"...hehe...so, bila ada perbincangan, kita ada idea, tapi tak dapat sampaikan, sebab "kurang larat", so, takde hasil...so, thats the two point, bila demam...tapi apapn, still bersyukur, walaupun kesal sedikit, tapi syukur masih banyak...at least, ALLAH uji dengan ujian yang mampu dihadapi, bukannya ujian yang lebih besar, macam accident, lagi teruk, kan? terpaksa stay kat hospital, kat wad, then tak dapat ikut program, langsung tak boleh buat apa, apa yang boleh buat, merapatkan sillaturrahim, yelah, bila sakit masuk wad, orang datang lawat, orang yang lama tak jumpa pun boleh datang, so, alhamdulillah, dapat rapatkan ukhuwah, kan? lagi baik, bila ada kawan2 yang temankan, jaga masa kat hospital....i know how it feel staying at ward...bosan giler...

so, enough is enough...cukuplah dulu, akan datang, ingat nak citer tentang pengalaman stay kat wad, sebab itu salah satu perkara yang menyedarkan diri sendiri, and pengalaman jaga ibunda tersayang kat wad...dan ayahanda tersayang...juga di wad, semua kat wad hospital sultanah aminah, johor bahru...sekian..


-zakri masih demam, tapi datang kerja, sejuk lak tu, demam baliklah macam ni!!-

Tuesday, December 20, 2005

Pagi nan mendung....

Assalamualaikum

Chemistry~Butterfingers...

pagi hari nan mendung, sedari awal pagi, sehingga ke tengahari, membawa mood yang kurang pada sesetengah orang, dan menjadi mood yang sangat baik pada sesetengah nan lain.

alhamdulillah, pagi2 lagi, berjaya melayan hasutan syaitan, tak tidor lepas subuh! haha, alhamdulillah, lega gak...teringat beberapa perkara yang jadi kat diri sendiri beberapa hari nan lepas, drive dengan sorang ikhwah, bawak tak laju, tapi keadaan memaksa menyelit antara kereta, dan seronok sangat, "wwooohoooo!!" lebih kurang arr seronok bila lepas selit-menyelit, then ikhwah tu cakap "bukan nak cakap alhamdulillah ker..." adus, terasa sangat, apa daa...tarbiyah diri tak cukup mantap lagi! haha...zakri masih peringkat belajar...

anyway, kisah sensasi di berita beberapa hari ni adalah berkaitan dengan banjir, bahagian utara banjir besar..dah tiga orang (semalam) meninggal! macam tak lojik right? yelah, dengan kerajaan sibuk war-war kene berjaga2 tapi still jadi kematian...dan pagi tadi, dalam radio era, sebab radio ikim tak berapa best pagi tadi...bab banjir gak, antara rata-rata pemanggil, cakap seronok banjir, main air, yang tak pernah kene, nak kene, banjir, boleh main air...but then, dieorg tak sedar, yang itulah yang jadi masalah, yang menyebabkan kematian...sedey gak, tapi tak boleh nak buat apa...

then, satu benda yang agak kritikal di malaysia nih, bab kemiskinan, yeah, ramai sangat2 orang miskin kat malaysia nih...and banyak pembangunan yang dieorg tak kecapi...yang paling tak tahan, bila kene masuk tv, bersamamu, and so on, and so on...kesian dieorg ni, patutnyer, benda ni dibuat oleh ADUN-ADUN yang dilantik, yelah, pemimpin, ambil tahu hal rakyat...mungkin ada, dan alhamdulillah, ada ADUN yang sedar benda tu, DAN AMBIL TINDAKAN, ada yang sedar benda tu, dan ambil tindakan dekat pilihan raya jer...mmm...korupsi yang melampau...

anyway, just opinion sebagai seorang yang sayangkan negara sendiri...apapun, setiap orang ada tanggungjawab sendiri, dan diri sendiri tengah mentarbiyah diri sendiri untuk menjadi manusia yang lebih baik, dengan dakwah umum dan khususnya..moga usaha yang sangat2 sedikit ni, mampu menarik perhatian ALLAH untuk memandang diri ini....ada yang baik dalam pengurusan, dalam pergerakan haraki, but then, tarbiyah diri kantoi...so, disebabkan diri sendiri dah sedar kelemahan diri sendiri ni, so, diri sendiri nak perbaiki dan mendidik serta mengislahkan diri sendiri agar menjadi manusia yang mampu membeli saham akhirat yang sangat berharga tu...

alamak, cukuplah dulu, dah zuhur, nak g makan, then ada taklimat untuk master...hehe, kami dah jadi pelajar kembali, seronok, sebab akan dapat ilmu baru, dan dapat menunaikan tuntutan ALLAH dan RasulNYA supaya menuntut ilmu, walau ke liang lahad, right?

"bacalah, dengan nama Tuhanmu..."

-zakri kelaparan...tak makan tengahari lagi...-

Friday, December 16, 2005

Doa Pagi...

Assalamualaikum...

bahagia itu dari dalam diri,


dari pagi menaip, tak upload2 gak blog nih, hampeh tul zakri..actually, dah menaip dah pun, just nak publish jer, tapi ntah kenapa, hati tak tergerak nak tekan butang tu, tak kesah arr..

anyway, nak citer sikit tentang majlis2 yang biasanya akan diadakan di akhir tahun nih! majlis perkahwinan! penat doo..yelah, as a member, kene datang gak, what ever happen pun, terutamanya bila ikhwah2 yang ada bound yang sangat kuat antara satu sama lain.."band of ikhwah", yang sangat best...letih gak nak g sana, nak g sini, tapi bila pegi, tengok pengantin ceria, alhamdulillah, selesai sudah separuh agama mereka, bukan kita, haha...

tak nak ah citer pasal ni, nak citer pasal r2a, road to acheh! best sangat, terasa nak join bebudak tu g acheh, tapi mana nk cari rm1000? alhamdulillah, setakat ni, ada simpanan, tapi akan dihabiskan pada yuran master, apa hasil? takde hasil...so, modul pertama sedang berlangsung....walaupun tak involve sepenuhnya, just memberi idea, yela, orang bekerja, nak curi masa kerja pun tak sanggup, tengok arr, lepas present kerja nih, insyaALLAH, akan try datang dengan banyaknya...hehe, tapi ada class untuk master, takpe, belasah jer...gunakanlah slogan "KAMI KENTAL!!"

lepas solat jumaat tadi, jumpa sorang ayahanda, ayahanda saifudin, yang baru balik dari cuti...hehe, seronok gak, lama tak nyakat dia, last2 dapat gak nyakat, zakri nakal! nak buat macamana, memang kami macam ni....apapun, r2a still running, esok akan ada futsal, riadah untuk bebudak tu..and dengarnyer, nak kene bawa usrah untuk dieorg, ok gak, lama dah tak bawa usrah...mesti seronok...bincang2 dengan dieorg...

mmm....ok, ok, sambung keje zakri, letih woo..teringat masa belajar, lepas solat jumaat takkan ada class, sebab dah tukar pada masa lain...every semester!! haha...kadang2, satu sem tu, sampai dua hari cuti seminggu, maksudnya, seminggu, hanya belajar 3 hari...sabtu ahad cuti, campur dua hari cuti...seronok!! and paling best, last semester, hari isnin cuti, jumaat petang takde class...lepas jumaat, rumah yang jauh2 semua balik, isnin petang baru sampai kolej, memang tak senonoh...biasanya orang2 KL, seremban dan yang dekat2 jer...yang jauh2, g berjalan kat JB, haha..

okeh, enough is enough...ngantok!!!

-zakri tak makan tengahari...-

Doa Pagi...

Assalamualaikum...

apa yang ada,
jarang disyukuri,
apa yang tiada,


dari pagi menaip, tak upload2 gak blog nih, hampeh tul zakri..actually, dah menaip dah pun, just nak publish jer, tapi ntah kenapa, hati tak tergerak nak tekan butang tu, tak kesah arr..

anyway, nak citer sikit tentang majlis2 yang biasanya akan diadakan di akhir tahun nih! majlis perkahwinan! penat doo..yelah, as a member, kene datang gak, what ever happen pun, terutamanya bila ikhwah2 yang ada bound yang sangat kuat antara satu sama lain.."band of ikhwah", yang sangat best...letih gak nak g sana, nak g sini, tapi bila pegi, tengok pengantin ceria, alhamdulillah, selesai sudah separuh agama mereka, bukan kita, haha...

tak nak ah citer pasal ni, nak citer pasal r2a, road to acheh! best sangat, terasa nak join bebudak tu g acheh, tapi mana nk cari rm1000? alhamdulillah, setakat ni, ada simpanan, tapi akan dihabiskan pada yuran master, apa hasil? takde hasil...so, modul pertama sedang berlangsung....walaupun tak involve sepenuhnya, just memberi idea, yela, orang bekerja, nak curi masa kerja pun tak sanggup, tengok arr, lepas present kerja nih, insyaALLAH, akan try datang dengan banyaknya...hehe, tapi ada class untuk master, takpe, belasah jer...gunakanlah slogan "KAMI KENTAL!!"

lepas solat jumaat tadi, jumpa sorang ayahanda, ayahanda saifudin, yang baru balik dari cuti...hehe, seronok gak, lama tak nyakat dia, last2 dapat gak nyakat, zakri nakal! nak buat macamana, memang kami macam ni....apapun, r2a still running, esok akan ada futsal, riadah untuk bebudak tu..and dengarnyer, nak kene bawa usrah untuk dieorg, ok gak, lama dah tak bawa usrah...mesti seronok...bincang2 dengan dieorg...

mmm....ok, ok, sambung keje zakri, letih woo..teringat masa belajar, lepas solat jumaat takkan ada class, sebab dah tukar pada masa lain...every semester!! haha...kadang2, satu sem tu, sampai dua hari cuti seminggu, maksudnya, seminggu, hanya belajar 3 hari...sabtu ahad cuti, campur dua hari cuti...seronok!! and paling best, last semester, hari isnin cuti, jumaat petang takde class...lepas jumaat, rumah yang jauh2 semua balik, isnin petang baru sampai kolej, memang tak senonoh...biasanya orang2 KL, seremban dan yang dekat2 jer...yang jauh2, g berjalan kat JB, haha..

okeh, enough is enough...ngantok!!!

-zakri tak makan tengahari...-

Wednesday, December 14, 2005

Kembara Ukhuwah Pantai Timur

Assalamualaikum

so, its me again...so, alhamdulillah, pagi nan indah ni, beberapa perkara menarik telah berlaku, seronok sangat2...yelah, bila sahabat2 yang lama kita tak jumpa, tiba2 muncul depan mata, kan? so, abg rizza dan manaf, dua "orang lama", datang jb malam tadi, seronok, cerita2, and bukan sekadar borak2 kosong, tapi dengan beberapa objektif yang dirancang...insyaALLAH, abg rizza akan stay sampai esok, tapi manaf katanya, akan kembali ke rumah pagi ni, takpelah, nak buat macamana, semua orang dah kerja, takkan nak paksa duduk sini, kan?

anyway, tiga empat hari yang lepas, alhamdulillah, telah berjaya menunaikan hak2 seorang muslim ke atas saudara muslimnya, dengan menziarahi rumahnya, walaupun jauh, namun, tetap digagahi jua...awalnya, ke taman universiti, rumah junior sekolah dulu, aliya murshida, dia nikah pagi tu, dan sebagai salah sorang orang tua, datang menziarahi, lagipun, nak tahu gak macamana muthanna tu, hampeh gak, same jer perangai, nakal!! haha...


then, selepas berhempas pulas, terus bertolak ke pahang, dengan ikhwah2 yang lain. sampai ke keratong 2, selepas 3 jam perjalanan...letih gak, tapi semangat tetap kuat! hehe...majlis perkahwinan 'athif, kali ke tiga, sampai2 jer, keluarga belah suami baru nak bertolak balik. so, layan jap, amik gambor awang...ehhehe...lepas makan, terus bertolak lagi, kali ni, destinasi, kuantan...

sebelum kuantan, d gambang, singgah sebentar d rumah abg rizza, the "OTAI" lama ikhwah sini, best betul! sorang yang sangat sayang kat anaknya, mujahid, tapi email abu mus'ab, takde hasil...anyway, makan lagi kat rumah mamat ni..letih tul! asik makan jer...then, terus ke rumah sorang lagi ikhwah, umayr, lagi best! layan giler..borak2 tentang kisah2 silam dan terbaru...bestnyer...

pagi esoknyer, ke rumah indra, sorang lagi ikhwah yang terapung2 di atas air, dengan pelbagai spekulasi...haha...seronok tengok family dia, memang ceria, giler arr..walaupun sederhana, tapi hati senang, alhamdulillah, bagus gak family dia nih!

lepas tu, terus running balik jb, sampai jb lebih kurang 3ptg, letih badan, sebab drive straight 3 jam, hehe, lama dah tak drive lama2, dah tua2 nih, letih gak! target, nak drive jb-kelantan, mungkin 8-10 jam, sebab kuala terangganu, pernah buat 8 jam balik terengganu...nak try kelebihan badan ni..


okeh, cukup dulu, nak buat kerja lak, dah 9pg! alamak! kerja banyak!

wassalam...


-zakri terkejar2...-

gambor2 kat kzhf.modblog.com haha..

Friday, December 09, 2005

Kisah Nasyid

Assalamualaikum,

lafaz bismillah pembuka kata, kata bererti kata yang suci,
moga apa yang ditulis memberi erti,
menjadi pedoman, mengharungi hidup ini....

tatkala ini, telinga sedang didendangkan dengan nasyid2 baru dan lama, nasyid dari awal 80-an, hinggalah, yang terbaru, dari kumpulan tak bernama, terbitan al-azhar, hinggalah terbaru, dari brothers, reunited...

satu masa dulu, penasyid2 cuma gunakan botol plastik, untuk mengeluarkan bunyi kompang, atau apa pun...meja, semua boleh...sekarang, macam2 jenis bunyi ada, yang tak boleh dibuat dengan anggota badan pun boleh, guna software, insyaALLAH, semua jadi...kan? pernah sekali, ada program di PD, akhir 80-an atau awal 90-an, pakcik2 menggunakan botol untuk bernasyid, tapi penuh semangat, dan semangat tu, meresap ke dalam hati, walaupun masa tu, baru lepas tadika, seronok sangat...teringat salah satu nasyid masa tadika dulu2, tadika masa tahun 1987-88, 5&6tahun, tadika amal jalan kent, nasyid nurul iman.


Nurul Iman berdiri di tingkap.
Memandang2, melihat2,

ada awan di langit biru,
terapung2 di atas bukit,
tiada tiang tiada tali,
namun jatuh tak sekali,

nasyid yang tersangat simple, macam kelakar bila dengar sekarang, tapi hakikatnya, apa yang nak disampaikan jelas dan nyata, penuh dengan mesej, tanpa berselindung...nasyid ni, takde kompang langsung, takde muzik belakangnya, cuma perlu menyanyi sahaja...lepas tu, teknologi dalam bidang nasyid berkembang lagi, tahun 90-an, kumpulan dari sekolah menengah islam al-amin menunjukkan belang, dengan album kembali, generasiku, dan pelbagai lagi...

kami adalah pemuda dakwah,
pemuda nusantara,
akan kami tegakkan perjuangan cara hidup Islam,

kami adalah generasi,
Al-Quran dan As-Sunnah,
akan kami tegakkan perjuangan seluruh bumi,

kami, pemuda nusantara,
hadir di sini,
kerana kasih, padamu,
ummah tercinta,

kami, pemuda nusantara,
bersatu hati, mengatur langkah,
menegak kebenaran, kemanusiaan...

sambutlah, gapai tangan kami,
kita bersama, menuju, Ilahi,
sambutlah, salam hati kami,
kita bersama, membentuk diri,
mengorban harta, dan masa,
jua tenaga...

lebih sikit, kurang sikit, tapi mesej padat...masih terasa kalau dengar nasyid ni...macam nak bangkit kembali, dari tidor lena yang tersangat panjang...cuma, sekarang, bila dengar nasyid baru2, dah kurang faham dengan liriknya, mesej yang nak disampaikan tidak jelas...macam kumpulan rabbani (sorry to say), dia tak sampaikan point penting, tapi elebrate dari point, so, apa yang nak disampaikan, penerangan@point? which one lebih penting?

brothers reunited, memang best, tapi, sama, memang betul, ayat2 yang digunakan sangat sedap, lagi2, me suka sajak...tapi sajak, tak semua orang faham...macam puisi osman awang, tak semua orang faham...sajak ialah luahan rasa...tapi, salah sendiri gak, tak cuba faham seni...sepenuhnya...tak kisahlah...anyway, memang bagus nasyid2 sekarang, tapi, tak terasa semangat macam dulu...brothers tak macam masa mirwana zaman sekolah, yang nasyidnya bisa menggegar hati, menusuk kalbu...dengan semangat pejuangan, lirik berkait dosa dalam diri, dengan cara penyampaian yang sangat2 terasa bila dengar. bila dengar, dan nyanyi sama2, terasa sama diri berdosa...

Nasyid2 sekarang pun still ada yang bagus, macam odei anak-raihan, debu-debu dosa-hijjaz, sangat menyentuh kalbu, terasa betapa berdosanya diri, dan perlunya bertaubat...nasyid ababil, sumayyah, bercerita kembali sirah, memberikan maklumat kepada anak muda yang semakin jahil dengan sirah (sejarah) perjalanan Rasulullah, nabi2 dan para sahabat...harap2nya, tak hilang kumpulan2 yang benar2 nak memperjuangkan ISLAM, dan BERDAKWAH, bukan sekadar memenuhkan ruang yang ada, dan mengikut telunjuk syarikat2 naungan, mungkin di awal, perlu begitu, masyarakat pun makin kurang oemahaman ISLAM...salah sendiri gak, sebab tak menyampaikan pada mereka....

oklah, cukuplah, rasanya, ikhwah2 lama, mesti nak cari balik album2 lama, terbitan pustaka azhar dulu2, kan? nak cari album dari kumpulan sekolah al-amin dulu2, mirwana zaman sekolah, best sangat2...yang baru ni, takdapat adapt sepenuhnya, sebab terasa kurang "ROH"dalamnya....harap2, "roh2" nasyid, dakwah, kembali ada, masyarakat tidak seperti dulu lagi, berdakwahlah dengan nasyid, tarbiyahlah masyarakat dengan nasyid, perjuangkan nasyid dengan sepenuh tenaga, jiwa, harta even nyawa, jika itu diperlukan...sampaikalah mesej berguna, walaupun terpaksa menerima tekanan...pasti ada orang yang inginkan mesej2 begitu disampaikan...


-zakri berhenti di sini dahulu-

*p/s: di US, mesej disampaikan dengan lagu2 hip hop, even dalam dakwah, walaupun, selepas itu, ada yang terbunuh...

Thursday, December 08, 2005

azan zuhur dari masjid...


Assalamualaikum


tuhan, leraikanlah dunia,
yang mendiam, di dalam hatiku,
kerana di situ tidak ku mampu,
mengumpul dua cinta,

hanya cintaMu,
ku harap tumbuh,
dibajai bangkai,
dunia yang ku bunuh,



semalam, banyak benda terjadi, it look like, everything compress only in one day. apa daa aku tulis...anyway, semalam, beberapa benda unexpected terjadi..sebelum ni, ada gak menjadikan salah satu prinsip hidup, ialah "expected the unexpected", and i'm always remembering myself, and my fren about this, especially, time ada program besor2...so, patut dijadikan rujukan dimasa depan..

anyway, banyak benda kene settlekan, dan alhamdulillah, ALLAH bagi sedikit keyakinan dalam hati ini, untuk sentiasa optimis dalam hidup, untuk perkara2 duniawi, dalam ukhrawi? kurang sikit, tak berapa yakin, takut2 ALLAH tak terima semua amalan kita, sebab benda2 yang kecik yang kita tersilap...mmm...

anyway, sebenarnya nak sangat belajar tentang ISLAM dengan lebih mendalam, dalam bab hukum-hakam...sedih sangat kalau kita solat, pose, tapi tak ikut syariat, tak ikut sunnah nabi...main bantai jer...ikut kepala otak jer...kadang, risau bila memember yang tak nak terima benda ni, seem like dieorg dah cukup ilmu...tak nak usaha, even sedikit pun...sedih gak...tapi diri sendiri kene cari..jelous gak kat orang2 yang dimudahkan untuk mencari&belajar...satu lagi, nak belajar pembacaan Al-Quran secara talaqi...bersambungan ke Rasulullah, tak nak belajar dari kaset, dari apa2 yang lain..memang boleh, untuk pembacaan, tapi tak puas hati...

seronok sangat, bila something yang kita buat, terutamanya dalam bab ibadah ni, sama macam Rasulullah, kekasih ALLAH, best sangat!! kalau orang bercinta, mesti nak sama macam orang yang kita cintai, right? pakai baju sama warna, minat benda yang sama...bla bla bla...so, bila cintakan Rasulullah, mesti nak sama, kalau boleh, sedaya mampu...lebih2 dalam bab ibadah...mmm...seronoknyer...


-zakri yang cuba perbaiki diri-

Wednesday, December 07, 2005

Berlari, dan terus berlari...

Assalamualaikum

seni,
perkara yang terpaling halus,
atas dunia
-tangisan marhaenis: hattan-

t
ak semua orang pernah dengar lagu ni, tak kesahlah, anyway, hari yang sangat indah, suasana yang cerah, dengan pelbagai bunyi2an di pagi hari..seronoknya, alangkah nikmatnya hidup ini...lebih nikmat lagi bila ianya dikecapi di akhirat kelak...kan?


semalam, petang yang suam2 kuku, konon2 nak joging, dan berjoging pun, tapi tak tahu kenapa, rasa berat sangat badan...kenapa ye? biasanya tka penat macam ni...lupa nak bagitahu, joging naik balai cerap, and balai cerap adalah tempat paling tinggi dalam utm skudai nih, so, only 1.5 km, but pancitnyer, ALLAH jer yang tahu...macam nak tercabut jantung, tapi degil gak, still jog sampai habis...hehe, istiqomah kata orang...

ramai yang tak amik kisah tentang benda ni...lagi2 "Penggerak2" yang aktif nih...sedih gak, patutnya, kita jaga badan kita, jaga kesihatan, bukan sebab apa, tapi sebab ALLAH suruh, pendek kata, badan yang kita guna ni, ALLAH bagi pinjam, so, kene jaga dia, sebelum dia minta balik nanti...takkan kita nak bagi barang yang kita pinjam dalam keadaan rosak, right?

dalam arkanul baiah pun imam Hassan AL-Banna menekankan tubuh badan yang sihat...right?dalam rukun amal, kewajiban pertama, menjaga tubuh badan...menjaga kesihatan tubuh badan...kalau kita tengok, Rasulullah s.a.w sendiri masih gagah, di kala umurnya 60-an...tak terbayang dek kita, kan? umur 60tahun, boleh g perang lagi...sahabat2 nabi, pun sama gak, gagah perkasa...


pasti akan ada orang yang menyatakan, SAHABAT dulu lain, sekarang kita lain, yeah, memang lain, tapi dia manusia, kita juga manusia, sebab apa ALLAH turunkan nabi dikalangan manusia? sebab ALLAH MAHA BIJAKSANA, dan DIA tahu, manusia mampu ikut contoh tauladan yang DIA turunkan untuk membimbing manusia ini...cuma, nak atau tak?....

cukuplah dulu, tapi yang penting, kita kene ingat, sebab apa kita jaga tubuh badan kita, bukan sebab nak jaga kecantikan, sebab nak kuruskan perut (like me!), tapi, sebab memang ALLAH suruh, dan kan ALLAH suka mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah, tak kiralah, dalam rohani ke, jasmani ke, aqliah ke...yang penting, kene up dari orang lain...


aduh penat...ngantok lagi...nak sambung joging petang nanti, tak tahu larat tak, hehe..


-zakri kental!!!-

"adakah kamu sangka kamu akan dibiarkan mengatakan kamu kental, sedangkan kamu belum diuji?"

Monday, December 05, 2005

Pasrahkan diri...

Assalamualaikum,

diri ini penuh dosa,
kuharapkan, ampunan bagi diriku,
sucikan hati dari debu dan noda,
padamu,
kuserahkan, jiwaku...

selepas dua hari bercuti, macam jadi dalam masa dua hari...last two days, on friday, me with my fren, goes to a sister friend's wedding, macam tu lah kiranya, then, tolong2 basuh pinggan and cawan, suddenly, dua cawan, pecah, actually, satu tu, memang dah tahu pecah, dan dah asingkan, but then, there another one, tengah seronok2 basuh, zaassss...kene tangan...luka habis, cepat2 basuh tangan....tekan dengan tisu...then, letak plaster...hehe, lama dah tak kene. padan dengan muka sendiri...tapi, alhamdulillah, tak kene main arteri ke, boleh menaip dengan laju lagi..kafarah dosa, banyak sangat dosa nih!!...

hari sabtu, hari untuk tidor, dengan tido yang sangat banyak kuantitinya....dan menyebabkan keletihan badan...bosan jer...hari ahad is the best, pagi2, dah kuar g bandor, cari barang, lepas beberapa minggu busy dengan program, at last, dapat gak kuar, cari apa2 yang patut....

okeh arr tu, giler ngantuk...pagi tadi joging pusing utm lagi, tapi kurang mencabar, sebab joging berdua, then, kawan pancit lak tengah2 jalan, so, tak sempat penat, tak betul2 jog ah kiranya...

k, till next time...anyway, tadi tengok family picture masa raya, adik2 semua perangai sama macam abang dia yang sorang ni, huduh betul, kalau boleh, nanti nak upload gambor tu, tengok arr macamana...

lupakan kisah dukamu,
kerna ia akan membelenggu dirimu,
carilah cintaNYA,
cinta hakiki,
tiada tolok bandingnya,
ramai yang kecewa,
ramai yang gugur,,
tabahkan hatimu,
kuatkan semangatmu,
dalam mencari syurga hakiki,
dalam mencari redha ILAHI...

-zakri nak rehat kejap, penat arr...-

Friday, December 02, 2005

ikan dan sotong

Assalamualaikum

salam sejahtera,

mmm...hari jumaat, hari yang paling indah antara semua hari dalamseminggu, dan hari yang sangat baik untuk berubah, menjadi satu momentum untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari hari semalam....dan hari2 yang sebelumnya...

alhamdulillah, pagi tadi, awal pagi, lepas solat suboh, tiba2 tergerak hati kecil untuk keluar dari rumah sebentar...rasa macam tak sedap perut, rasa lemak2 berlebihan kat perut, so, decide nak joging, dan alhamdulillah, habis satu utm, dan masih mampu pergi kerja lagi lepas tu...jam 6.45 keluar,, joging, beli sarapan, jam 8 pagi dah kat pejabat, rasa refreshing, seronok sangat, not like yerterday, rasa mual, moody jer..sampai member pejabat pun tegur, so, today, i'll try my best, okeh, laporan ArcHydro, come on, bring out the flame!! betul ker? ala, belasah jer ar...


anyway, zakri have been zakri again, after another day of "the moody thing" happening...bestnyer perasaan ni...semalam, actually, ada mesyuarat, and terasa sangat penat...sebabnya, dari hari isnin, balik dari program petang isnin, malam g beli barang, tido macam biasa 12am, pagi, selasa, pagi keje, then petang tido jap, malam ada mesyuarat, tengah malam habis, rabu, sama gak, keje, petang main basketball, then, malam mesyuarat lagi, tapi mesyuarat lain, and last night, pun ada mesyuarat, so tak leh nak g, nak rehatkan badan, untuk menghadapi hari berikutnya dengan penuh semangat...

kadang2, tension bila kita tengah sibuk2, kalut nak siapkan itu, nak siapkan ini, then, bila tertidor, kita tertidor terlebih2...then kita menyesal, sebab tak terpaksa lebih lagi spend masa untuk kerja yang "termakan masa tidor" tadi. kalau nak fikir secara ligiknya, mesti kita rasa tertekan lagi..but try ubah cara berfikir...

sebenarnya, ALLAH sengaja nak rehatkan kita, nak bagi badan kita recover, supaya lepas tu, kita mampu bergerak dengan lebih laju lagi...tu sebab, kalau g program, pastu ada mesyuarat, tiba2 collapse, tidor mati, redha dengan ketentuan ILAHI, sebab kita manusia biasa, ada had, ada masanya, tenaga tertentu, so, redha dengan apa yang terjadi...tapi try jadi lebih baik, dengan cara....berjoging di pagi hari, mainbasketball petang hari...

-zakri ingin jadi mukmin sejati....-

Thursday, December 01, 2005

Dunia Baru Islam-song

Dunia Baru Islam
song by The Zikr

Masih basah, kenangan indah,
zaman cemerlang,
era gemilang,
ketika Rasul,
ada disisi,
para sahabat,
mentadbir bumi

zaman nubuwwah,
era khullafah,
Islam laksana,
api yang menyala,
menerangi teman,
dan juga sahabat,
bahang panasnya
membakar lawan

dicelah itulah,
kami, mengatur langkah
membina, sebuah thoifah
disini bara, tak pernah padam
digengggam kukuh,
sebuah azam,

ayuhlah para mujahid,
ayuhlah, para mujahidah
kita tinggalkan zaman fitnah,
agar tertegak kalimah ALLAH,
agar terbangun,
dunia baru Islam...

==================

-zakri tertanya, adakah ianya akan tercapai? sempatkah zakri melihatnya?...-





something weird and beautiful...

Assalamualaikum

hari ni, sangat2 indah, sangat2 best, sebab pagi tadi, rasa bengang jer, rasa tension, tertekan, and alhamdulillah, selepas something happen, semua kerunsingan hilang.....bestnyer...indahnyer hidup bawah naungan ILAHI...

anyway, ceritanyer bermula begini....pagi tadi, terbangun lambat, hampeh betul! then, kejar2 g pejabat, sekali dapat task baru, task yang sebelumnya tak siap lagi, tension gak, and after a while, rasa stress sangat2...kawan sepejabat pun dah tegur, "ko ni zak, asal moody jer pagi2 ni?", teruk betul, malu gak tadi...

then, lepas tu, ada ikhwah minta tolong, nak pinjam kereta, but the person who will drive, i never knew he could drive, so, i said to him "tak boleh pinjam kereta", because, thats not my car, but my fathers car, so, if anything happen, how i'll answer to my father? after that, he send a message, said like this and that...make me more stress...

and then, suddenly, one of ikhwah, call me, ask if i want to join him, meet a new ikhwah, came from kelantan, and i said, "okeh, bereh! a dok hal!" so, we went to aliff pulai utama, so have a lunch, actually, today i'mm fasting, but to celebrate a new ikhwah, i brake my fasting...haha...tak kesah ar..insyaALLAH, ada ganjaran dariNYA...and after a little talk, solat together, all my stress gone with the wind...best betullah macam ni...one of the advantage having an ikhwah around...best sangat..and right now, i'm really energetic! haha, come zakri, lets play, and make some noise!! ho ho ho....

insyaALLAH, the bond of our "band of ikhwah" will never end...it will last until hari qiamah, insyaALLAH...right? indahnya ukhuwah bersulam kefahaman....

-zakri begitu bertenaga!!-

Wednesday, November 30, 2005

Atas Nama Chenta...

Assalamualaikum,

Hari yang indah, pagi yang indah, penuh kesyahduan dan rasa rendah diri...

penat sangat, mayB sebab tenaga guna habis-habisan time program ahad isnin lepas, rasa lembik jer badan, tak cukup tido? tak cukup makan? entahlah, apapun, semua ni, tetap kene teruskan...

mata mengantuk arr...semalam ada mesy malam, malam ni pun sama, bertindih lagi, ada dua, satu untuk r2A, best sangat...tapi tak tahulah, dengan condition badan macam ni, larat ker tak, tak tahulah...tapi, tetap rasa bertanggung jawab untuk datang, tengok arr macamana...

program, hari ahad dan isnin lepas, sangat berguna, rasa macam nak ulang balik, but banyak2 program, lepas beberapa tahun bergelumang dengan tarbiyah dan dakwah ni, paling terasa time supercamp, 2003, paling best, sebab memang otak focus kat program jer, takde sibuk2 dengan yang lain...masih terasa lagi, terbayang-bayang lagi ikhwah2 yang join sekali, yang sama2 panjat bukit, turun curam, memang sangat2 bagus, terasa macam nak ulang balik...

apapun, walau sesibuk manapun, walau terasa betapa teruk pun, tetap kene teruskan...walau tinggal seorang, tetap kene teruskan, harap2, lepas program lepas, hati ni dapat kembali suasana seperti ramadhan dulu, kembali mengejar redhaNYA, kembali berlari mengejar amalan2, cita2, matlamat utama hidup ini...

malam isnin, masa program, ada slot masuk ke dalam hutan dengan menggunakan tali, dan malam tu, sangat gelap...dan menjadi orang pertama masuk, time tu, terfikir, kalau apa2 jadi, memang takde orang lain nak suppport, time tu, memang redha & tawakal paling tinggi rasanya dalam hidup setakat ni, tak tahu nak cerita macamana, sebab diri sendiri fasilitator, dan orang yang akan menjaga orang lain, so, kalau apa2 jadi, takde orang nak support, patutnyer, kita yang support orang, tapi kalau takde support, susah gak....

anyway, cukuplah dulu, penat dah menaip, lagipun, mengantuk giler, tak ingat...UTM dah takde orang, semua dah balik, tinggal orang2 kuat JKM jer lah...so, cukuplah dulu..

______________________________________________

-zakri dah penat-

Tuesday, November 29, 2005

Assalamualaikum,

Khabar yang indah di pagi yang tersangat indah, dan bersama nikmat iman dan islam, yang tiada banding taranya lagi...alhamdulillah...

pagi2 lagi, dah dengar nanyid "wahai mujahid"-sing by the Zikr, the old name for kumpulan nasyid raihan, rasa tersentak, sebab ada beberapa bait kata2 yang sangat menusuk kalbu...anyway, last two days, ada program di kluang, ahad and isnin, yeah i know, i've gotto work on monday, and this my first time "ponteng" to attend such a program..rasa berbaloi, walaupun sangat penat, actually, sengal badan jer, tak cukup tido. dan rasa seronok sangat, bila ada dibelakang tabir, bukannya orang yang diarah, tapi orang yang sama2 rancang, rasa berbaloi sangat, walaupun tak dapat 100%, tapi, 25%, even 1% is enough for me. syukur, at least, ada something, kan?

anyway, sampai rumah jam 7ptg, pastu terus g jusco, jalan2 sambil beli barang sikit, penat sangat2...giler arr...

tak kesah arr...alamak, ngantuk arr...k, ni sajer g kuiz apa ntah! resultnyer, jadi harry potter, bosan jer...tak kesah ah...

-zakri kepenatan-

Mengarut kejap....

You scored as .

Harry Potter

80%

Hermione Granger

80%

Remus Lupin

80%

Ginny Weasley

75%

Sirius Black

75%

Draco Malfoy

65%

Albus Dumbledore

65%

Ron Weasley

60%

Severus Snape

50%

Lord Voldemort

30%

Your Harry Potter Alter Ego Is...?
created with QuizFarm.com

Friday, November 25, 2005

Pagi Jumaat yang INDAH...

Assalamualaikum,

Hari Jumaat, seronok sangat, dapat solat jumaat, jumpa teman2, lepak2 jap, pastu, g makan! haha...apa daaa...anyway, selamat kembali, selamat membaca kembali. modblog masih down, biaq pi arr...anyway, masih belum habis belajar lagi kat cini, nak letak link, sebab susah nak menaip orang nyer alamat, leceh tul! tak salah kene guna hello, tapi komputer ni tak support kot, tak pun networking yang bermasalah! apa2 lah!

anyway, alamak, apasal warna jambu sangat nih? zakri, tukor arrr! okeh, okeh, tukor jap...k, macamana? better? oklah tu....mmmm....ngantok arr..sorang2 kat tempat keje nih! g minum kang, naya jer! apa daa...semalam, ustazah azimah datang rumah, haha, kelakar gak, sebab tak pasti, dia pernah datang tak, anyway, she's first daughter will get married on 10 disember, good luck to them!

hai...laju jer dieorg nih! rasa2 nya, tak ramai yang tahu blog nih, sajer jer...nak belajar menaip balik, bila dah ok nanti, baru publish betul2...

anyway, over here, rancak bercerita tentang gejala black metal, not the muzik, but the culture, they trying to make the muzik as a religion! tak semua, but ada yang buat! memang sengal! tak salah mak bapa, sebab for sure mak bapa try yang terbaik for their son&daughter, right? sebab dalam mastika pun, salah sorang yang cuba untuk "menjelajah" lebih dalam pun, kagum, sebab black metal, ada kitab sendiri! giler ah! apa la dieorg nih! pastu memuja syaitan yang direjam! haha...kesian, puja2, masuk neraka, kene siksa, sedih gak! tapi tak boleh nak buat apa, sebab tak tahu keadaannya, lepas disiasat, baru tahu! kalau berani, bagitahu arr kat seluruh tanah air ni, yang korang semua mengamalkan agama satanism, boleh g tazkirah, kalau tak nak gak, boleh bunuh jer, tak nyusahkan orang lain, kan?...

alamak, lebih2 lak zakri ni, k, cukup dulu, aduh, aduh, wei jangan pukul, aku tak bersalah arr....k, jumpa lagi...

-zakri-

Thursday, November 24, 2005

Assalamualaikum...


Assalamualaikum

dah lama blog ni ada, cuma malas nak upload, sebab biasa guna modblog, dan modblog asik down jer, so, decide, this one, mayB gonna b the main blog for me, hehe...cuma tak berapa nak pandai guna lagi, kene explore lagi! (tu yang maleh tu!)

anyway, insyaALLAH, apa yang akan disampaikan, cuba disampaikan sebaik mungkin, kalau boleh, nak belajar tukor2 benda dalam ni, tapi tak cukup masa, yelah, keje, sikit2 jer, curi2 masa sikit menaip, nak adjust, mmm...sukar gak! tak kesah ar...

ok, cukuplah dulu, rasa macam tak berapa familiar, tapi insyaALLAH, dalam masa terdekat, akan cuba try perbaiki lagi...tapi tak suka benda banyak2...suka simple2 jer...anyway, nak belajar dari hana', macamana nak upgrade sampai macam blog dia...hehe...

wassalam

-zakri kembali dengan blog yang lain-

Friday, October 28, 2005

Kedamaian dan keindahan...

cerita belum bertajuk

---------------------------------

Ramadhan tahun ini, dilalui dengan penuh pengharapan, namun, harapan tetap tinggal harapan, impian tetap tinggal impian, apa yang diimpikannya, semua tidak menjadi...

Amalan yang dilakukannya, tidak membawa erti sedikit pun, namun, tetap digagahinya, demi impian dan harapannya yang satu...

-bersambung...

Monday, February 14, 2005

Hari ni hari yang indah....

salam...

so, this is my blog, i'll try my best to make it better and better, although i'm not expert, i'll learn, coz, i'm a quick learner, so, dont underestimated me...hehe, just joking, but ill try, k?